AYAT MAJMUK - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

AYAT MAJMUK

Description:

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN CIKGU NORMILA_at_DYSS AYAT MAJMUK Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat tersebut dicantumkan berdasarkan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:791
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: S7197
Category:
Tags: ayat | majmuk | budaya | seni

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: AYAT MAJMUK


1
AYAT MAJMUK PANCANGAN
KOMPLEMEN
  • CIKGU NORMILA_at_DYSS

2
AYAT MAJMUK
  • Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu
    ayat tunggal.
  • Ayat tersebut dicantumkan berdasarkan peraturan
    tertentu sehingga menjadikan ia satu ayat baru.
  • Contoh
  • Encik Ahmad pensyarah tetapi rakannya
  • guru.

3
AYAT MAJMUK PANCANGAN
  • Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk
    oleh klausa yang tidak setara.
  • Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu
    klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih
    klausa tak bebas atau ayat  kecil.

4
AYAT MAJMUK PANCANGAN
menggunakan bahawa
menggunakan yang
menggunakan kata hubung seperti ketika sebab,
jikalau, apabila, semenjak
5
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang
    dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya
    menjadi komplemen kepada ayat utama.
  • Makna komplemen ialah pelengkap.
  • Jadi, kita akan memanggil ayat kecil itu ayat
    kecil pelengkap.

6
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Ayat kecil pelengkap itu dihubungkan kepada
    perbuatan atau kata kerja dalam ayat besar dengan
    kata hubung bahawa dan untuk.

7
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Ibunya sudah tahu (sesuatu).
  • Dia ingin meminang anak tuk penghulu.
  • Ibunya sudah tahu bahawa dia ingin
  • meminang anak tuk penghulu.

8
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Para pekerja di kedai songket itu mengatakan
    (sesuatu).
  • Gaji mereka tidak mencukupi.
  • Para pekerja di kedai songket itu
  • mengatakan bahawa gaji mereka tidak
  • mencukupi.

9
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Mereka berpendapat (sesuatu).
  • Remaja sekarang harus menghargai warisan budaya
    Melayu.
  • Mereka berpendapat bahawa remaja
  • sekarang harus menghargai warisan
  • budaya Melayu.

10
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Encik Salim menganyam tikar mengkuang.
  • Perkara itu tidak mustahil.
  • Untuk Encik Salim menganyam tikar
  • mengkuang tidak mustahil.

11
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
  • Maznah mempelajari seni tenunan dalam masa yang
    singkat.
  • Perkara itu memang mustahil.
  • Untuk Maznah mempelajari seni tenunan
  • dalam masa yang singkat memang
  • mustahil.

12
Mari cuba
  • Saya sangat yakin (sesuatu).
  • Dia akan berjaya dalam usahanya.
  • Saya sangat yakin bahawa dia akan
  • berjaya dalam usahanya.

13
Mari cuba
  • Kami bersetuju (sesuatu).
  • Perusahaan kraf tangan akan digiatkan semula.
  • Kami bersetuju bahawa perusahaan kraf
  • tangan akan digiatkan semula.

14
Mari cuba
  • Kami membuat tembikar daripada tanah liat.
  • Perkara itu amat sukar.
  • Untuk kami membuat tembikar daripada
  • tanah liat amat sukar.

15
Mari cuba
  • Ana belajar menganyam tikar.
  • Perkara itu sangat mudah.
  • Untuk Ana belajar menganyam tikar
  • sangat mudah.

16
Rujukan
  • Portal Pendidikan Utusan
  • http//www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_pancangan
    /ayat_majmuk_pancangan.htm
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com