NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Description:

nasab anak luar nikah: undang-undang di malaysia dr azizah mohd jabatan undang-undang islam aikol, uiam – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:654
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 53
Provided by: cpd15
Category:
Tags: anak | luar | malaysia | nasab | nikah | undang | nikah

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA


1
NASAB ANAK LUAR NIKAH UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
  • DR AZIZAH MOHD
  • JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAM
  • AIKOL, UIAM

2
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)
  • LOCATION
  • Main Campus Gombak, Selangor (283 hectares)
  • Centre for Foundation Studies Campus Petaling
    Jaya Nilai
  • Kuantan Campus Bandar Indera Mahkota (404
    hectares)
  • International Institute of Islamic Thought
    Civilization (ISTAC) Campus Kuala Lumpur (8
    hectares)

3
  • POPULATION
  • STUDENTS
  • Undergraduate 15,807 Students
  • (Malaysian 14,003, Internationals 1,804)
  • Postgraduate 3,008 Students
  • International students come from over 90
    countries
  • STAFF
  • Academic Staff 1,633 Lecturers
  • Administrative Staff 1,489 Staff

(As of June 2007)
(As of Feb 2007)
  • LANGUAGE
  • Medium of instruction
  • ENGLISH
  • ARABIC (for faculty of Laws Islamic Revealed
    Knowledge)
  • FACULTY
  • No. of faculties 15 (Some of them include Laws,
    Economics Management Sciences, Engineering,
    Architecture, Medicine, Allied Health Sciences,
    Dentistry and Pharmacy)

4
Pendahuluan
  • Anak merupakan aset sesebuah keluarga.
  • penyambung generasi dan keturunan
  • penyambung misi sesebuah masyarakat dan bakal
    mengganti pucuk pimpinan Negara.
  • Demi menjamin satu masa depan yang gemilang,
    Islam mensyariatkan supaya ia dilahirkan di dalam
    satu ikatan yang suci murni iaitu ikatan
    perkahwinan

5
Pendahuluan Samb
  • Ikatan perkahwinan satu permulaan yang mulia
  • menjanjikan satu kehidupan yang penuh bermakna
    bagi anak-anak,
  • mereka terhasil melalui jalan yang syarI penuh
    dengan kehormatan.
  • memberikan anak-anak satu nasab keturunan yang
    sah yang bakal menjanjikan pula perlindungan
    hak-hak

6
Pendahuluan Samb
  • Nasab adalah juga merupakan satu hak kanak-kanak
    yang utama wajib ditunaikan oleh ibu bapa,
  • kerana sekiranya adanya nasab, kehormatan mereka
    terpelihara dan dalam masa yang sama hak-hak dan
    keperluan mereka tidak terabai dan dilindungi.

7
Latar Belakang
  • Malangnya, dewasa ini, sealiran dengan
    perkembangan teknologi, Ramai kanak-kanak yang
    dilahirkan di luar pernikahan yang sah, yang mana
    ini bakal menafikan hak mereka ke atas nasab.
  • kehormatan mereka juga tercalar akibat dari
    perbuatan ibu bapa mereka yang tidak
    bertanggungjawab

8
Latar Belakang Samb
  • Di Malaysia kelahiran anak di luar perkahwinan
    yang sah (anak luar nikah) amat ketara dan
    berleluasa.
  • laporan resmi dari Jabatan Pendaftaran Negara
    (JPN) bahwa sekitar 257.000 angka kelahiran
    didaftarkan tanpa catatan nama bapanya sejak
    tahun 2000 hingga bulan Julai 2008.
  • Berdasarkan statistic kelahiran anak luar nikah,
    ada kemungkinan yang kelahiran kanak-kanak di
    luar nikah di Malaysia akan sentiasa meningkat
    tahun demi tahun.

9
Sumber Jabatan Pendaftaran Negara
10
Sumber Hasyim (berita harian 21/03/2010)
  •  
  •  

11
Sumber Berita harian (21 Mac 2010)
12
Fenomena Buang Bayi
13
Samb
14
Buang bayi di lantai fletPosted on
February 4, 2009 by pemudasarawak
15
Bayi ditemui dalam lubang tandas 14/12/2008
dalam keadaan sedang menghisap jari.
16
(No Transcript)
17
Selamat Bayi.jpg
18
(No Transcript)
19
Sumber Polisi Diraja Malaysia (PDRM)
20
Pengertian Nasab
  • Nasab adalah perkataan dari Bahasa Arab dari segi
    bahasanya yang bermaksud
  • keturunan atau asal usul seseorang
  • Dari segi istilah pula ia merujuk kepada hubungan
    darah yang menghubungkan manusia dengan ibu bapa
    serta datuk neneknya, anak-anak dan keturunannya
    dan juga kaum kerabatnya

21
Pengertian Anak Luar Nikah
  • Seorang anak yang dilahirkan di luar pernikahan
    yang sah atau pernikahan syubhah

22
Nasab Anak Luar Nikah Peruntukan Undang-undang
di Malaysia
23
Pengenalan kepada sistem perundangan Malaysia 
  • masyarakat Malaysia terdiri dari dua kumpulan
    masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan
    Islam.
  • Bagi menepati penduduknya yang berbilang bangsa
    dan berlainan agama, Malaysia mempraktikkan
    sistem perundangan dualisma Undang-undang Sivil
    dan Undang-undang Islam

24
Perundangan Msia samb
  • Penggubalan Undang-undang Islam diletakkan di
    bawah kuasa kerajaan Negeri.
  • Walau bagaimanapun, bidangkuasa Badan Perundangan
    Negeri dalam menggubal perkara-perkara mengenai
    undang-undang Islam adalah terhad

25
Butiran 1 Senarai II (Senarai Negeri) Perlembagaan
  • Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga
    bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk
    Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta
    berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan,
    perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah,
    pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan
    anak, pemberian,, pembahagian harta dan amanah
    bukan khairat.

26
Samb
  • Nasab anak adalah satu perkara di bawah
    undang-undang diri dan keluarga
  • Di bawah bidangkuasa kerajaan negeri

27
Samb
  • Kuasa Badan Perundangan Negeri termasuklah
    menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke
    atas orang Islam (Mahkamah Syariah)
  • Perkara 121 (1A) Mahkamah Tinggi Sivil dan
    mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa
    di dalam mana-mana perkara yang termasuk di bawah
    bidang kuasa Mahkamah Syariah

28
Nasab dan Anak Luar Nikah di bawah Akta Keluarga
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
  • nasab ditakrifkan sebagai keturunan yang
    berasaskan pertalian darah yang sah
  • Terma Anak luar nikah di Malaysia adalah anak
    tak sahtaraf
  • tak sahtaraf berhubungan dengan seseorang anak,
    ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak
    dari persetubuhan syubhah seksyen 2

29
Peruntukan Berkenaan Kesahtarafan Seorang Anak
  • Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan
    seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih
    daripada enam bulan qamariah dari tarikh
    perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun
    qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan
    sama ada oleh sebab perceraian, dan perempuan itu
    pula tidak bekahwin semula, maka lelaki itu
    hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu....
    AUKI s. 110
  • Peruntukan yang sama terdapat dalam Enakmen
    Negeri-negeri

30
Peruntukan Lain
  • sekiranya seorang anak dilahirkan selepas empat
    tahun pembubaran perkahwinan, bekas suami tidak
    boleh dianggap sebagai bapa kepada anak tersebut
    kecuali si bapa atau warisnya mengaku anak
    tersebut adalah anak kepada lelaki itu s. 111

31
Kes-kes Yang Telah Diputuskan
  • Salim lwn Masiah
  • Masiah telah menuntut nafkah untuk anaknya
    Maimon.
  • Pernikahan pada 6 Oktober 1968 dan telah
    melahirkan seorang anak pada 2 Jun 1969. Si suami
    mendakwa beliau telah mengandung terlebih dulu
    sebelum bernikah dengannya. Mahkamah telah
    memutuskan bahawa anak tersebut adalah sah
    tarafnya.

32
Hj Ghazali lwn Asmah
  • rayuan di atas keputusan Kadhi yang telah
    menghukumkan pihak perayu untuk membayar nafkah
    anak.
  • Perayu mendakwa bahawa anak itu bukan anaknya
    kerana isterinya telah mengandung terlebih dahulu
    sebelum mereka berkahwin. Responden telah
    berkahwin dengan perayu pada 7 November 1974 dan
    melahirkan anak pada 11 Ogos 1975. Mahkamah
    memutuskan bahawa anak yang dilahirkan selepas
    perkahwinan yang sah adalah sah tarafnya.

33
Ismail lwn Kalam
  • Pihak menuntut telah menceraikan isterinya pada
    28 September 1985. Seorang anak telah dilahirkan
    pada 23 September 1989.
  • Oleh kerana jarak perceraian dengan tarikh anak
    itu dilahirkan adalah lebih dari empat tahun,
    Mahkamah memutuskan bahawa anak tersebut tidak
    boleh dinasabkan kepada bekas suami ibu anak
    tersebut.

34
Fatimah binti Abdullah dan Seorang lagi v Mat Zin
bin Kassim
  • berkahwin dengan defendan pada 1 November 1976
    dan bercerai pada 11 Disember 1976. Pada 26
    November, plaintif pertama telah melahirkan
    seorang anak selepas setahun bercerai
  • ada berlakunya persetubuhan di antara plaintif
    petama dan defendan selama 5 kali, dan anak itu
    telah dilahirkan lebih enam bulan dari tarikh
    persetubuhan tersebut.
  • Diputuskan sabit nasab

35
Norzaini binti Alias lwn Mohamad Sharif bin
Mohamad Taib
  • pernikahan pada 10/4/1987.
  • bercerai pada 21/8/1989.
  • Anak dilahirkan pada 27/2/1988, iaitu selepas
    kandungan berusia 9 bulan
  • Sabit nasab

36
Maryam Nurisa binti Othman lwn Huzairin bin Basir
  • pihak-pihak telah berkahwin pada 22 Ogos 2008.
  • Anak perempuan telah lahir pada 25 September
    2008.
  • Plaintiff (ibu kanak-kanak) dalam keterangannya
    telah menyatakan bahawa dia telah mengandung
    dahulu sebelum berkahwin. Ini juga telah diakui
    oleh Defendan (bapa biologi anak tersebut.
  • Mahkamah tak sahtaraf dan tak sabit nasab

37
Peruntukan Berkenaan Persetubuhan Syubhah
  • Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan
    syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya
    perempuan itu melahirkan seorang anak dalam
    tempoh di antara enam bulan qamariah hingga empat
    tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka
    lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak
    itu s. 113

38
Contoh kes persetubuhan syubhah
  • kes Ismail lwn Aris Fadilah dan Seorang lagi
  • Hussin lwn Saayah dan seorang lagi

39
Pensabitan Nasab
  • Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain,
    sama ada dengan nyata atau dengan tersirat,
    sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah
    disifatkan sebagai bapa anak itu s. 114

40
Syarat2 Pengakuan
  • anak itu tidak berbapa
  • umur keduanya dalam keadaan yang munasabah bahawa
    wujud pertalian bapa dan anak
  • Anak bersetuju dengan pengakuan yang dibuat
    sekiranya pada masa pengakuan itu dibuat, dia
    telah dewasa.
  • ibu kepada anak boleh disatukan dalam perkahwinan
    yang sah ketika pembenihan anak itu.

41
Syarat2 Pengakuan samb
  • Pengakuan itu juga haruslah mengakui anak itu
    sebagai anak sahtaraf
  • Tujuan pengakuan dibuat untuk memberi
    kesahtarafan anak itu juga diambil kira dan
    pengakuan itu mestilah jelas maksudnya dan anak
    itu diakui sebagai anak kandungnya

42
Peruntukan lain
  • Nafkah ATST s. 80(1)
  • Kes Roslan lwn Zulkifli
  • Penjagaan (Hadanah) Anak Tak Sahtaraf
  • S. 85 kes Maryam Nurisa binti Othman lwn
    Huzairin bin Basir
  • Wali - Umum- Wali Raja
  • Sharifah Yuliana bt Syed Ali Hanafiah v Muhammad
    Munif bin Osman

43
Keputusan Fatwa Kebangsaan
  • Perempuan yang sedang mengandung anak luar
    nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak
    boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat
    pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram
    kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi
    walinya.
  • Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak
    sahtaraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan
    kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah
    dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

44
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
(MKI) pada tahun 2004
  • Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada
    akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada
    persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
    perhambaan
  • Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah
    (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh
    tamkin (setubuh)

45
  • Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2
    lahzah (saat) mengikut takwim qamariah daripada
    waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan
    ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut
    ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan)
    mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau
    salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi
    yang memenuhi syarat-syarat mengikuti Hukum
    Syarak.

46
Fatwa Berkenaan Bank Air Mani dan Bayi Tabung Uji
  • i - Mengadakan Bank air mani adalah haram dalam
    Islam.
  • ii- Sekiranya bank air mani telah sedia wujud
    maka kerajaan hendaklah bertindak untuk
    menghapuskannya.
  • iii- Permanian berhadas yang dilakukan kepada
    manusia adalah haram kecuali jika air mani
    daripada suami didapati secara muhtaram
    (diluluskan oleh syarak) dibenarkan oleh Islam.
  • iv Penglibatan doktor pakar atau mana-mana
    pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah
    haram

47
Fatwa Bayi Tabung Uji
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-5
    dan ke-6, 16-17 November 1982 10 Oktober 1983
  • Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang
    dicantumkan secara terhormat adalah sah di sisi
    Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan
    suami isteri yang sah bayi tabung uji itu adalah
    tidak sah.

48
Fatwa Bayi Tabung Uji
  • Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh
    menjadi wali dan berhaj menerima harta pusaka
    dari keluarga yang berhak
  • Sekiranya benih dari suami atau isteri yang
    dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan
    dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara
    terhormat

49
Perbandingan Negara Islam (Syria)
  • Di Syria, Qanun al-Ahwal al-Shakhsiyyah 1953,
  • S. 128 memperuntukkan masa terpendek hamil ialah
    180 hari, dan masa maksima hamil ialah setahun.
  • Seterusnya, s. 29 meletakkan dua syarat bagi
    nasab perkahwinan yang sah
  • Kelahirannya melepasi masa terpendek hamil
  • Tidak sabit bahawa kedua suami isteri tidak dapat
    berjumpa dalam bentuk yang boleh dibuktikan oleh
    5 pancaindera
  • Sekiranya salah satu dari syarat di atas tidak
    dipenuhi, maka tidak sabit nasab anak kecuali
    apabila ayahnya beriqrar atau mengakui bahawa
    anak itu adalah anaknya. (s 129 (2)

50
Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah al-Kuwaiti no. 51,
1983
  • Peruntukan yang sama terdapat di Kuwait,, yang
    memperuntukkan masa terpendek hamil ialah enam
    bulan qamariah dan masa terpanjang hamil ialah
    365 hari (s. 166).
  • Dua syarat yang sama dikenakan untuk
    kesahtarafan (s. 169 (1)). Sekiranya syarat tidak
    mencukupi, tidak sabit nasab anak kecuali dengan
    iqrar dari suami

51
Penutup
  • Salah satu daripada maqasid syariyyah adalah
    untuk memelihara nasab keturunan manusia.
  • Perkahwinan disyariatkan demi menjaga kesucian
    nasab dan memelihara manusia dari perbuatan
    tidak bermoral seterusnya melindungi hak anak2
    secara bermaruah
  • Perkahwinan ini juga adalah titik tolak untuk
    mengelakkan dari lahirnya anak yang tidak berdosa
  • Agama Islam mengharamkan perzinaan dan mengenakan
    sekeras-keras hukuman pada orang yang berzina
    yang bertujuan untuk menghalang dari lahirnya
    anak-anak di luar pernikahan

52
Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com