EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 74
About This Presentation
Title:

EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3

Description:

Mengenalpasti tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 3 dari teras disiplin yang berbeza ... Mengukur tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:304
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 75
Provided by: PofM
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3


1
EDU 3900PENYELIDIKAN PENDIDIKANKULIAH 3
2
  • MASALAH KAJIAN, MATLAMAT, OBJEKTIF, SOALAN
    KAJIAN/HIPOTESIS, PEMBOLEHUBAH DAN DEFINISI

3
Objektif
  • Mendefinisi dan mengenalpasti masalah kajian
    serta menerangkan kepentingannya kepada
    penyelidikan
  • Membezakan antara masalah kajian, tajuk, tujuan
    dan soalan kajian
  • Mengenalpasti kriteria untuk membuat keputusan
    sama ada perlu mengkaji atau tidak masalah kajian
  • Membezakan masalah kajian kualitatif dan
    kuantitatif
  • Menjelaskan lima unsur yang terdapat dalam
    bahagian pernyataan masalah statement of the
    problem
  • Mengenalpasti stategi yang perlu untuk menulis
    bahagian pernyataan masalah kajian

4
  • One of the most challenging aspects of conducting
    research is to clearly identify the problem
    that leads to a need for your study (Creswell,
    2005)

5
What Is a Research Problem?
  • A research problem is an educational issue
    or concern that an investigator presents and
    justifies in a research study.

6
Research Problem
  • Pernyataan masalah yang berkesan menjelaskan apa
    yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana
    hendak dikaji, dan berbentuk operasi.

7
Sumber Masalah
  • 1. Pengalaman (Experience)
  • Tekal dengan badan pengetahuan
  • Meningkatkan motivasi penyelidik
  • 2. Karya berkaitan
  • Karya mengemukakan kajian lanjut yang perlu
    dilakukan bagi memantapkan penjelasan
  • Mantap dengan rangkaian teori sesuatu bidang

8
Sumber Masalah
  • 3. Teori (Contohnya menjelaskan sesuatu fenomena)
  • Bolehkah anda membuat rumusan dan
    mengintegrasikan beberapa kajian yang lepas ke
    dalam teori?
  • Adakah terdapat ramalan teoritikal yang
    memerlukan pengujian yang empirikal?
  • Adakah anda mempunyai beberapa teori yang anda
    percaya mempunyai merit? Uji mereka!
  • Sekiranya terdapat sedikit atau tiada teori
    langsung dalam bidang yang diminati, fikirkan
    tentang membuat pengumpulan data untuk membantu
    anda mewujudkan teori dengan menggunakan teknik
    grounded theory.

9
Sumber Masalah
  • 4. Kehidupan seharian (common sense)
  • Idea penyelidikan yang biasa. Berdasarkan
    penyoalan dan perasaan ingin tahu serta
    pengalaman, kita boleh mendapat pelbagai idea dan
    tajuk untuk menjalankan penyelidikan. Contohnya
    fikirkan bagaimana teknik atau amalan dalam
    pendidikan yang akita percayai akan dapat
    memperbaiki lagi amalan dalam pendidikan. Adakah
    anda ingin membuat penyelidikan mengenai salah
    satu daripada teknik atau amalan tersebut?
  • 5. Isu yang praktikal
  • Apakah isu semasa dalam pendidikan? (pentadbiran,
    pengajaran dan pembelajaran, mata pelajaran,
    guru, murid, ibu bapa) Apakah tajuk penyelidikan
    yang kita rasa berkaitan dengan isu tersebut?

10
Sumber Masalah
  • Kajian yang lepas (previous research)
  • Kajian lepas mungkin menjadi sumber yang sangat
    penting sebab bidang penyelidikan pendidikan
    telah dilakukan secara meluas dalam pelbagai
    topik dan secara umumnya hasil penyelidikan ini
    telah menimbulkan pelbagai persoalan berbanding
    jawapan. Oleh itu kita perlu membuat penyelidikan
    lanjutan daripada persoalan yang wujud. Sorotan
    literatur yang terdapat dalam kajian lepas juga
    dapat membantu kita memperkembangkan lagi idea
    dan membuat rujukan yang lebih mendalam.
    Penggunaan penyelidikan lepas dapat membantu
    pelajar untuk mempelajari dan menyemak semula
    kaedah dan pemboleh ubah yang telah digunakan
    oleh penyelidik terdahulu.

11
Sumber Masalah
  • 7. Pengulangan (Replication)
  • Anda boleh memilih untuk mengulangi semula
    sesuatu penyelidikan yang telah dilakukan oleh
    penyelidik terdahulu disebabkan oleh anda
    berfikir dapatan kajian tersebut mempunyai
    kepentingan yang signifikan dan anda ingin
    mengesahkannya (verify).

12
Menentukan Sama Ada Masalah Boleh Diselidiki
  • Bolehkah anda mengkaji masalah tersebut?
  • Adakah anda dapat memasuki tempat penyelidikan?
  • Adakah anda mempunyai masa, sumber dan kemahiran
    untuk menjalankan penyelidikan?
  • Perlukah anda mengkaji masalah tersebut?
  • Adakah dapat menambahkan ilmu pengetahuan ?
  • Adakah dapat menyumbang kepada amalan?

13
Menentukan Sama Ada Masalah Boleh Diselidiki
  • Adakah kajian anda bersesuaian dengan sorotan
    literatur yang ada?
  • Adakah kajian anda mengulangi kajian lepas tetapi
    menggunakan sasaran dan lokasi kajian yang
    berbeza?
  • Adakah kajian anda boleh memperkembangkan lagi
    kajian lepas atau mengkaji tajuk tersebut dengan
    lebih mendalam?
  • Adakah kajian anda memberikan peluang, ruang dan
    suara kepada mereka yang tidak dihiraukan dalam
    masyarakat.?
  • Aadakah kajian ada berkaitan dengan amalan anda?

14
Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
  • 1. Sesuai untuk diselidiki aspek peribadi,
    minat, kepakaran dan kemampuan.
  • 2. Boleh dilakukan secara saintifik cerapan dan
    bukti empirik.
  • 3. Meningkatkan pengetahuan sejagat.
  • 4. Menambah dan memantapkan teori (badan
    pengetahuan yang sedia ada).

15
Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
  • 1. Sesuai untuk diselidiki aspek peribadi,
    minat, kepakaran dan kemampuan.
  • 2. Boleh dilakukan secara saintifik cerapan dan
    bukti empirik.
  • 3. Meningkatkan pengetahuan sejagat.
  • 4. Menambah dan memantapkan teori (badan
    pengetahuan yang sedia ada).

16
Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
  • Bolehkah anda mengkaji masalah itu?
  • Bolehkah anda sampai ke lokasi berkenaan?
  • Masa, sumber dan kemahiran mencukupi?
  • Perlukah anda mengkaji masalah itu?
  • Bolehkah ia menambahkan atau memperkayakan ilmu?
  • Bolehkah ia memperbaiki kepada amalan?

17
Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
  • Adakah kajian anda mengulangi kajian lain tetapi
    mengkaji populasi dan lokasi lain?
  • Adakah kajian anda adalah merupakan perkembangan
    kajian lepas atau mengkaji tajuk itu dengan lebih
    mendalam?
  • Adakah kajian anda memberi peluang kepada mereka
    yang terpinggir dalam masyarakat bagi menyuarakan
    pendapat mereka?

18
Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
  • Sesuai untuk diselidiki aspek peribadi, minat,
    kepakaran dan kemampuan.
  • Boleh dilakukan secara saintifik cerapan dan
    bukti empirik.
  • Meningkatkan pengetahuan sejagat.
  • Menambah dan memantapkan teori (badan pengetahuan
    yang sedia ada).

19
Pernyataan Masalah (Statement of the Problem)
20
Pernyataan Masalah
  • Pernyataan masalah yang berkesan menjelaskan apa
    yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana
    hendak dikaji, dan berbentuk operasi

The research problem is the educational issue or
problem within your broad topic area
Research problems tend to emphasizes the need to
explain, predict, or describe something
21
Pernyataan Masalah(Statement of the Problem)
  • Pernyataan masalah merupakan rumusan masalah
    utama kajian.
  • Mengandungi pembolehubah dan hubungan
    pembolehubah yang dikaji.
  • Pernyataan masalah yang baik
  • Dinyatakan dengan tepat dan jelas.
  • Menyatakan hubungan yang jelas antara
    pembolehubah yang dikaji.
  • Setiap pembolehubah yang dikaji boleh diuji.

22
5 Unsur Dalam Pernyataan Masalah
ALIRAN IDEA
Apakah penyelesaian Terhadap Kekurangan
Atau kelemahan
Tajuk
Bukti kepada Isu
Kekurangan dalam bukti
Isu Pendidikan
  • Dalam bukti ini
  • apakah yang
  • kurang
  • Ingin tahu
  • lebih lanjut?

Bidang yg diminati
  • Bukti
  • daripada
  • literatur
  • Bukti
  • daripada
  • pengalaman
  • Keprihatinan
  • Masalah
  • Sesuatu
  • yang
  • Memerlukan
  • penyelesaian
  • Bagaimana mahu mengemukakan apa yang diperlukan
    untuk membantu
  • penyelidik
  • pendidik
  • pembuat polisi
  • individu seperti yang
  • dikaji
  • Jurang dalam literatur
  • Laporan tentang keganasan

Penjelasana mengenai ciri-ciri keganasan
Keganasan terhadap pelajar junior
Isu etika di sekolah
  • Menilai keganasan
  • Membantu membentuk etika yang baik
  • Membantu murid memahami isu etika

23
Bahagian Pernyataan Masalah Mengandungi
  1. Tajuk
  2. Permasalahan kajian
  3. Justifikasi tentang kepentingan masalah tersebut
    seperti yang ditemui dalam sorotan literatur dan
    dalam amalan
  4. Kekurangan/kelemahan dalam pengetahuan/amalan
    sedia ada terhadap masalah
  5. Pembaca yang akan mendapat faedah daripada hasil
    kajian kelak

24
MATLAMAT PENYELIDIKAN (PURPOSE STATEMENT)
25
  • Matlamat penyelidikan ialah
  • Tujuan umum yang hendak dicapai bagi
    menyelesaikan masalah.

26
Mengapa Matlamat Penyelidikan Penting
  • Membantu mengenal pasti reka bentuk yang sesuai
  • Membantu menghubungkaitkan tujuan penyelidikan
    dengan keputusan

27
Unsur-Unsur Dalam Pernyataan Matlamat
Penyelidikan Kuantitatif
  • Memperkenalkan pembolehubah, hubungan antara
    pembolehubah, peserta kajian dan lokasi kajian
  • Panduan untuk penulisan
  • Gunakan ayat tunggal
  • Gunakan ayat seperti ..Tujuan penyelidikan ini
    adalah untuk..
  • Jika menggunakan teori, nyatakan teori yang akan
    di uji
  • Gunakan ayat kuantitatif seperti hubungan,
    perbandingan bagi menerangkan hubungan antara
    pembolehubah

28
Contoh matlamat penyelidikan kuantitatif
  • Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji
    hubungan antara penggunaan komunikasi melalui
    Internet antara guru dan ibu bapa di sekolah
    Daerah Hulu Langat dan pencapaian murid dalam
    ujian bagi mata pelajaran Sivik dan
    Kewarganegaraan.

29
  • OBJEKTIF PENYELIDIKAN

30
  • Objektif memandu reka bentuk, kaedah, cerapan,
    analisis dan tafsiran penyelidikan. Oleh itu, ia
    perlu dinyatakan dengan jelas dan berbentuk
    tingkah laku. Cara menyatakan objektif ialah
    dengan menentukan perlakuan atau domain yang
    ingin dicapai.

31
  • Kenyataan yang digunakan dalam penyelidikan bagi
    membawa maksud apa yang ingin dicapai oleh
    penyelidik.
  • Anda boleh mengenal pasti objektif dengan melihat
    kepada frasa ayat seperti objektif penyelidikan
    ini ialah
  • Contoh berikut mewakili objektif penyelidikan..
  • Untuk menghuraikan kekerapan komunikasi melalui
    internet antara ibu bapa dan guru
  • Untuk menghuraikan jenis atau kategori komunikasi
    melalui internet antara ibu bapa dan guru.
  • Untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran abakus
    dan mental arithmetik dalam kalangan peserta
    kursus.

32
  • Objektif dibentuk setelah masalah dikenal pasti.
  • Objektif mesti jelas untuk menunjukkan apa yang
    hendak dicapai, juga memandu penyelidik tentang
    apa, bagaimana dan bila data dicerap.

S M A R T
SpecificMeasurableAchievableRealisticTime-frame
33
  • Penyelidik kerap mengkategorikan objektif
    kepada dua jenis iaitu
  • Objektif umum membayangkan maksud menyelesaikan
    masalah yang telah dibentangkan dalam pernyataan
    masalah.
  • Contoh mengkaji kesan-kesan pendekatan
    konstruktivisme dalam pengajaran Sains.
  • 2. Objektif khusus
  • Contohmengkaji kesan pendekatan
    konstruktivisme terhadap pencapaian pelajar dalam
    mata pelajaran Sains.

34
Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
  • Objektif penyelidikan ini ialah untuk
  • 1. Mengenal pasti tahap keupayaan pedagogi
    kandungan guru pelatih.
  • 2. Mengenal pasti perbezaan tahap keupayaan
    pedagogi kandungan guru pelatih mengikut
    jantina.
  • 3. Mengenal pasti perbezaan tahap keupayaan
    pedagogi kandungan guru pelatih mengikut program
    pengajian.

35
Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
  • 1. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik
    pelajar-pelajar tahun 3 dari teras disiplin yang
    berbeza iaitu Sains, Kejuruteraan dan Sains
    Sosial di Universiti Teknologi Malaysia
  • 2. Mengukur tahap motivasi pelajar terhadap
    pembelajaran bahasa Inggeris
  • 3. Menentukan sejauhmana pembelajaran secara
    koperatif dapat meningkatkan pencapaian kemahiran
    menulis pelajar dalam bahasa Arab Tinggi

36
Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
  • Objektif penyelidikan ini ialah untuk
  • Menjelaskan jenis komunikasi Internet yang
    berlaku antara ibubapa dan guru.
  • Menghubungkaitkan kekerapan dan jenis komunikasi
    internet dengan pencapaian murid dalam kelas
    melalui pengukuran ujian.

37
Kata Kerja Objektif
Mengenalpasti
Mengelas
Mengukur
Merekod
Mengumpul
Menyusun
Memerhati
Menjelas
Membina
Menyedia
Mengolah semula
Mensintesis
Membincang
Meramal
Merumus
Menjumpai
Mempertahankan
Memanipulasi
Merajah
Menyalin
Menyebut
Melukis
Mempercayai
Menilai
Menyedarkan
Mengetahui
Memahami
Mencadang
Menganalisis
Membuktikan
Membezakan
Membandingkan
Mengubahsuai
Mengolah
Menyatakan
Mengunjurkan
Menghubungkan
Mendefinisi
Memberitahu
Menyenaraikan
Menerang
Melabel
Meniru
38
Pembolehubah Kajian(Research Variables)
39
Pembolehubah Kajian Berkaitan
  • Pembolehubah merupakan satu ciri atau atribut
    yang dianggap sebagai mewakili satu
    konsep/gagasan yang mempunyai nilai yang
    berubah-ubah dari satu individu ke individu yang
    lain.
  • Juga merupakan penterjemahan konsep yang terdiri
    daripada beberapa aspek yang boleh diukur apabila
    konsep telah diberi definisi operasional.

40
Apakah Pembolehubah?
Pembolehubah (Ciri atau Sifat)
Ia mungkin
dan
Boleh di ukur
Berubah-ubah
(boleh di nilai dan direkod Dalam instrumen)
(boleh berbeza nilai atau skor untuk individu
berbeza)
41
Contoh Pemboleh Ubah dan Bukan Pemboleh Ubah
  • Pemboleh Ubah
  • Gaya Kepimpinan
  • Kawalan organisasi
  • Autisme
  • Boleh diukur tetapi agak sukar
  • Sosialisasi
  • Imaginasi
  • Keinginan
  • Diskriminasi
  • Hampir mustahil untuk diukur
  • Pemikiran Subconscious
  • Kemiskinan Dunia

42
Jenis Pemboleh Ubah
43
Pembolehubah Bebas
  • Boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pemboleh
    ubah lain, meskipun ianya saling berkait
  • Akan mengubah nilai dalam pemboleh ubah bersandar
  • Contoh kaedah pengajaran mengubah markah ujian
    mata pelajaran

44
Pemboleh Ubah Bersandar
  • Pemboleh ubah yang terdiri daripada tingkah laku
    subjek yang bergantung kepada pemboleh bebas.
  • Menerima pengaruh/kesan/rentetan daripada
    pemboleh ubah bebas
  • Merupakan kesan/kesan/rentetan pemboleh bebas
    yang dicerap
  • Contoh mencerap kesan kecerdasan (pemboleh ubah
    bebas) terhadap kebolehan membaca (pemboleh ubah
    bersandar)

45
Pembolehubah Perantaraan (Intervening Variables)
  • Pemboleh ubah perantara Atribut atau ciri-ciri
    yang berada antara (stands between) pemboleh ubah
    bersandar dan pemboleh ubah bebas
  • Masuk campur atau mengganggu pemboleh ubah lain

46
Contoh Pemboleh Ubah Perantara
Pemboleh Ubah Bebas
Langkah 1
Pemboleh Ubah Bersandar
Masa pejabat yang selesa untuk pelajar berurusan
Pelajar mendapatkan bantuan daripada pejabat di
fakulti
Contoh
P/U Bebas
P/U Perantara
Independent Variable
Langkah 2
Masa pejabat yang selesa untuk pelajar berurusan
Pelajar mula mengambil risiko
Contoh
P/U Bebas
P/U Perantara
P/U Bersandar
Langkah 3
Masa pejabat yang selesa untuk pelajar berurusan
Pelajar mula mengambil risiko
Pelajar mendapatkan bantuan daripada pejabat di
fakulti
Contoh
47
Pembolehubah Ekstranous (Ancaman/Threats)
(Confounding Variables)
  • Juga dikenali sebagai Spurious variables
  • Pembolehubah yang tak dapat dikawal dan
    mempengaruhi prestasi pembolehubah bersandar,
    lalu mempengaruhi kesahan eksperimen
  • Pembolehubah yang tidak dikaji namun
    kehadirannya mungkin mendatangkan kesan kepada
    sama ada pembolehubah bebas atau pembolehubah
    bersandar, atau kedua-dua sekali.
  • Kesan ini perlu dikawal supaya tidak disalah
    ertikan
  • Mempunyai kaitan dengan ancaman kesahan luar dan
    kesahan dalaman
  • Contoh Sikap terhadap sekolah adalah ditentukan
    oleh bangsa, tetapi ciri-ciri diskriminasi juga
    wujud terhadap bangsa. Penyelidik hanya dapat
    mengukur bangsa.

48
HIPOTESIS PENYELIDIKAN
49
  • Hipotesis adalah saranan sementera bagi
    menjelaskan fenomena yang dikaji/menyelesaikan
    masalah
  • Membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan
    cerapan
  • Memberi jangkaan mengenai hubungan antara
    pemboleh ubah-pemboleh ubah
  • Dibentuk sebelum pengumpulan data bagi memberi
    panduan pengumpulan dan pentakbiran
  • Bukti dari cerapan akan menentukan sama ada
    sesuatu hipotesis perlu diterima atau diketepikan

50
Tujuan Hipotesis Kajian
  • 1. Memberi jangkaan/ramalan sementara tentang
    fenomena menghubungkan fenomena dan penyelesaian
    masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan
    fakta yang diperolehi.
  • 2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji
    secara langsung.
  • 3. Memberi panduan penyelidikan sebagai wakil
    objektif, hipotesis menentukan apakah masalah dan
    bagaimana mengumpul (kaedah kajian), menganalisis
    mentakbir data dan menentukan asas pemilihan
    sampel
  • 4. Memberi kerangka laporan dapatan dan kesimpulan

51
Ciri-ciri Hipotesis
  • 1. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat
  • Contoh Prestasi penguasaan matematik dalam
    kalangan pelajar perempuan lebih tinggi
    berbanding dengan pelajar lelaki
  • 2. Mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh
    ubah (Boleh diuji diukur dan dicerap)
  • 3. Harus bersifat khusus dan tidak boleh bersifat
    umum (khusus untuk perkara yang ingin diukur).
    Oleh itu objektif khusus boleh dijadikan panduan
    dan secara tidak langsung memudahkan proses
    mengenal pasti hubungan /perkaitan/perbezaan
    antara pemboleh ubah.

52
  • 3. Mesti tekal dengan pengetahuan yang sedia
    ada/teori, dan tidak bertentangan dengan teori
    dan hukum yang ada.
  • 4. Mempunyai kuasa penjelasan logik tepat,
    dan jelas, rasional
  • Contoh Pendekatan konstruktivisme dapat
    meningkatkan minat pelajar terhadap mata
    pelajaran Sains.
  • 5. Mesti boleh diuji pengujian hipotesis
    membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti yang
    ada menyokong ataupun tidak hipotesis yang
    bersifat sementara.

53
JENIS HIPOTESIS
Hipotesis Alternatif
Hipotesis Nol
Berarah
Tidak berarah
54
Hipotesis nol (Ho)
  • Hipotesis nol
  • Tiada perubahan dalam pemboleh ubah bersandar
  • Contoh
  • Ho Tiada perbezaan signifikan markah ujian
  • antara pelajar lelaki dan perempuan bagi
  • ujian pencapaian matematik

55
Hipotesis alternatif (Ha)
  • Hipotesis alternatif berarah
  • Menjelaskan arah perubahan pemboleh ubah yang
    diramal oleh penyelidik
  • Hipotesis berarah lebih bernas kerana menunjukkan
    arah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya
    bukti empirik menunjukkan hipotesis berkeadaan
    benar.
  • Ha Pelajar perempuan memperolehi pencapaian
  • dalam ujian matematik lebih tinggi
  • berbanding pelajar lelaki

56
Hipotesis alternatif (Ha)
  • Hipotesis alternatif tidak berarah
  • Tidak menyatakan arah perubahan dalam pemboleh
    ubah bersandar
  • Tidak menunjukkan arah fenomena
  • Ha Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan
  • pelajar perempuan berbeza dengan pelajar
    lelaki
  • Ha Terdapat perbezaan dalam markah pencapaian
    ujian
  • matematik antara pelajar lelaki dan
    perempuan

57
Kelebihan hipotesis alternatif berarah
Ho Tidak terdapat perbezaan signifikan prestasi
BI antara pelajar bandar dan luar
bandar Ha Pelajar bandar menunjukkan prestasi
BI lebih tinggi berbanding pelajar luar
bandar Jika terbukti prestasi BI di bandar lebih
tinggi berbanding dengan di luar bandar, maka
tindakan seterusnya ialah menggubal program yang
sesuai bagi meningkatkan prestasi BI di kalangan
pelajar luar bandar, dan mendorong penumpuan
penggunaan sumber pendidikan dengan maksimum.
58
  • Memandangkan hipotesis berarah sangat berkesan,
    pengkaji perlu mendapatkan sokongan literatur
    sebelum membuat keputusan mengemukakan hipotesis
    berarah.
  • Tanpa sokongan teori hipotesis berarah mungkin
    kurang bernas dan kurang berwibawa, dan
    seterusnya menghasilkan teori yang berasingan
    yang akan merosakkan badan pengetahuan sesuatu
    disiplin ilmu.

59
Membentuk Hipotesis
  • Secara induktif (aruhan)
  • Buat aruhan dari cerapan atas kumpulan kecil dan
    berasaskan cerapan itu, buat tafsiran dan
    gunakannya sebagai generalisasi atau kenyataan
    umum. Misalnya, dari cerapan didapati markah BI
    pelajar di sebuah sekolah berbeza-beza, maka
    dihipotesiskan bahawa terdapat hubungan antara
    taraf sosio-ekonomi penjaga dengan pencapaian
    Bahasa Inggeris.
  • Sesuai untuk ahli Sains Sosial dan pendidikan
    yang sering cerap tingkah laku sosial.

60
  • Secara deduksi
  • Dibentuk berasaskan teori sesuatu bidang
    penyelidikan.kepada cerapan.
  • Contoh daripada kajian literatur tentang teori
    pendidikan didapati pembelajaran berpusatkan
    pelajar lebih berkesan dalam menggarap kemahiran
    berfikir berbanding dengan pembelajaran
    berpusatkan guru.
  • Pengesahan hanya boleh dilakukan setelah kajian
    dibuat ke atas data empirik. Jika data sokong
    hipotesis, dapatan boleh digabungkan dengan
    teori, oleh itu hipotesis lebih berfungsi sebagai
    pelengkap teori.

61
Tahap Hipotesis
  • Sesetengah penyelidik hanya menggunakan istilah
    hipotesis penyelidikan bagi penyelidikan mereka.
    Hipotesis ini tidak melibatkan hipotesis nol dan
    hipotesis alternatif
  • Hipotesis penyelidikan tentang sesuatu fenomena
    biasanya dinyatakan dalam bentuk yang
    pincang/bias, namum boleh juga dinyatakan dalam
    bentuk tidak pincang.
  • Contoh
  • Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan
    pelajar perempuan lebih tinggi berbanding
    pelajar lelaki
  • Prestasi penguasaan matematik antara pelajar
    lelaki dan perempuan adalah tidak sama

62
Tahap Hipotesis
  • Pernyataan hipotesis yang melibatkan hipotesis
    nol dan alternatif adalah dikenali sebagai
    Hipotesis Operasi
  • Hipotesis nol (Ho) adalah dinyatakan dalam
    bentuk yang tidak pincang seperti tiada
    perbezaan, tiada hubungan, tiada
    perkaitan antara pemboleh ubah yang dikaji
  • Ho biasanya akan diketepikan atau ditolak selepas
    pengujian hipotesis dijalankan ke atas data jika
    hipotesis itu bernas

63
Tahap Hipotesis
  • Hipotesis alternatif (Ha) dinyatakan dalam bentuk
    yang pincang dan dijangka diterima oleh
    penyelidik pada akhir analisis.
  • Ha dinyatakan dalam bentuk positif iaitu
    bertentangan dengan Ho, kerana Ha menunjukkan
    jangkaan dapatan penyelidikan
  • Contoh
  • Ha Pelajar perempuan memperolehi pencapaian
    lebih tinggi dalam
  • ujian matematik berbanding pelajar lelaki
  • Ha dibina serentak dengan Ho dengan tujuan
    diterima
  • sekiranya Ho diketepikan.

64
SOALAN KAJIAN(RESEARCH QUESTION)
65
Soalan Kajian
  • Dibentuk daripada objektif kajian
  • Soalan kajian digunakan apabila penyelidik tidak
    mempunyai sokongan teori yang kukuh, maka lebih
    sesuai untuk mengemukakan soalan daripada
    hipotesis kajian.
  • Contoh
  • Apakah tahap pencapaian pelajar dalam mata
    pelajaran Sains?
  • Adakah terdapat hubungan antara tahap pencapaian
    pelajar dengan faktor jantina?

66
DEFINISI KONSTITUTIF DAN OPERASIONAL
67
Definisi Konstitutif Operasi Gagasan Penyelidik
  • Gagasan konsep-konsep yang abstrak
  • Contoh motivasi, konsep kendiri, kreativiti dll.
  • Dikenali sebagai gagasan kerana dibina sebagai
    label yang cuba menjelaskan secara ringkas banyak
    tingkah laku yang berkait.
  • Contoh kecerdasan semua tingkah laku dan
    kemahiran yang dipercayai menggambarkan
    kecerdasan yang mungkin dikonsepsikan dan dirujuk
    sebagai kecerdasan.

68
  • Jadi konsep merupakan pengikat bagi beberapa
    gagasan (Contoh penguasaan BI mungkin terdiri
    daripada gagasan seperti perbendaharaan kata,
    kebolehan membaca dan kebolehan mengarang).
  • Gagasan perlu didefinisikan berasaskan pemahaman
    ahli-ahli dalam bidang yang berasaskan teori yang
    terkumpul dalam kajian-kajian berkaitan.

69
  • Definisi Konstitutif
  • Pentakrifan gagasan penyelidikan yang berasaskan
    kepada teori yang diperolehi daripada kajian
    berkaitan (contoh definisi motivasi mengikut
    teori humanisme).
  • Definisi Operasi
  • - Petunjuk kehadiran atau ketidakhadiran gagasan
    dalam penyelidikan (contoh gagasan kecerdasan
    boleh dicerap daripada petunjuk tingkah laku).

70
  • Definisi operasional ialah satu ukuran yang
    jelas, terang, dan merupakan mekanisme untuk
    mengukur sesuatu tingkah laku.
  • Jackson (1988) merupakan satu proses merujuk
    kepada pemilihan indikator kepada pemboleh ubah
    konsepsi (gagasan)
  • Merupakan langkah untuk mendefinisikan konsep
    dengan cara mengkhususkan aktiviti atau
    menentukan langkah-langkah yang sesuai bagi
    menilai penyelidikan itu.
  • Definisi operasional yang jelas membolehkan
    pengkaji membentuk alat ukur yang boleh mencerap
    kewujudan sesuatu gagasan penyelidikan dan
    mengumpulkan bukti empirik.

71
Kepentingan Kajian
Significance of the study in thesis is a part
where you will tell the importance and purpose of
your study. This part is tell how the study would
be beneficial to society and specific person.
Why is your study important? To whom is it
important? What benefit(s) will occur if your
study is done?
72
Skop dan Batasan Kajian
A limitation identifies potential weaknesses of
the study. Think about your analysis, the nature
of self-report, your instruments, the sample.
Think about threats to internal validity that may
have been impossible to avoid or
minimize--explain.
  • the literature you will not review (and why
    not),
  • the population you are not studying (and why
    not),
  • the methodological procedures you will not use
    (and why you will not use them)

73
Kerangka Konsep Kajian Kerangka Teori
74
SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT MAJU JAYA
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com