CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Description:

SENI VISUAL STPM KERTAS 1 CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Oleh : Azmir Shafizi Tukiran SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR) A1 SOALAN A2 ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:161
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 15
Provided by: Windo917
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN


1
SENI VISUAL STPM
KERTAS 1
  • CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Oleh Azmir Shafizi Tukiran SMK Sultan Abdul
Aziz, Kuala Selangor.
2
BAHAGIAN A(SOALAN STRUKTUR)
A1
SOALAN
3
Nyatakan tiga bidang yang terdapat dalam
pengkaryaan seni halus. (i).....................
..................................... (ii).......
..................................................
(iii)...........................................
............. 3
Jawapan
4
Jelaskan secara ringkas tentang maksud seni
visual. .
. 5
Jawapan
5
(i) Lukisan (ii) Catan (iii) Arca
Kembali
6
Seni visual merupakan satu bidang ilmu atau
kemahiran yang menghasilkan, mencipta dan
menggubahkan sesuatu yang boleh dinikmati melalui
deria mata serta yang dianggap cantik dan indah.
Ia boleh dibahagikan kepada pengkaryaan (seni
halus) dan perekaan (komunikasi visual, senireka
teknologi dan senireka persekitaran). Contohnya,
lukisan, catan, arca, poster, landskap dan
sebagainya adalah seni visual.
Kembali
7
BAHAGIAN B(SOALAN ESEI)
B1
SOALAN
B2
SOALAN
8
Penggunaan media konvensional mempunyai batasan
tertentu bagi menghasilkan perekaaan grafik
berbanding dengan media elektronik. Bincangkan.
Jawapan
9
Terdapat hubungan timbal balik antara idea dengan
teknologi dalam perkembangan dan penghasilan
karya Seni Visual. Huraikan pernyataan ini dengan
memberikan 3 contoh.
Jawapan
10
B1
JAWAPAN
Pendahuluan -komponen perekaan grafik -maksud
media konvensional(m.k) -maksug media elektronik
(m.e)   Isi 1. batasan masa - guna m.k makan
masa lebih lama. 2. batasan kos - kos m.k lebih
mahal dalam j.masa lama. 3. batasan teknik dan
skil - m.k perlukan kemahiran melukis dan mewarna
yang tinggi.  (untuk setiap isi, pelajar beri
huraian dan contoh)   Penutup m.e telah beri
impak baru dalam industri kreatif.
Kembali
11
B2
JAWAPAN
Penghasilan karya Seni Visual dapat dibahagikan
kepada pengkaryaan dan perekaaan. Pengkaryaan
seperti penghasilan catan, arca dan cetakan
berkait rapat dengan nilai makna manakala
perekaan, contohnya Seni Grafik atau Reka Bentuk
Teknologi amat mementingkan nilai fungsi. Idea
merupakan faktor penting dalam penghasilan karya
seni. Idea kreatif berperanan menterjemahkan
maksud dan fungsi karya seni. Idea juga bukanlah
milik mutlak seseorang pengkarya. Idea seseorang
pengkarya boleh pula diperkembangkan lagi oleh
pengkarya atau pereka yang lain supaya
penghasilan kerja seni akan lebih pelbagai dan
lebih kreatif.
sambungan
12
Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan dan
penghasilan pengkaryaan atau perekaan Seni Visual
kini mempunyai hubungan timbal balik dengan dunia
teknologi. Daripada proses penjanaan idea lagi,
teknologi dapat memainkan peranan yang penting.
Contohnya, seseorang pengkarya yang ingin
menghasilkan sebuah catan, Teknologi Maklumat
atau internet mmembolehkan pengkarya melihat
idea-idea atau pengaruh karya artis-artis yang
terdahulu. Beliau boleh mempelajari gaya atau
stail yang dapat menterjemahkan ekspresi diri dan
idea yang ingin disampaikan. Melalui internet
juga, mengkaji hal benda atau 'subject matter'
menjadi lebih efisien. Bagi seseorang pereka,
misalnya seorang pereka tekstil yang ingin
menghasilkan rekaan bermotifkan bunga orkid
beliau tidak perlu lagi menghabiskan masa dan
wang ringgit untuk ke Taman Orkid atau masuk ke
dalam hutan untuk mencari jenis-jenis orkid yang
unik dan luar biasa. Pereka tersebut hanya perlu
mengadap komputer dan pelbagai gambar orkid dari
pelbagai sudut dapat disaksikan. Dari situ,
pereka dapat membuat lakaran-lakaran kajian bagi
mendapatkan idea untuk motif rekaan yang
dikehendaki.
sambungan
13
Bagi seorang pereka grafik pula, idea rekaan
dapat pula diterjemahkan dengan menggunakan
perisian komputer grafik. Menghasilkan risalah
atau kulit buku dan majalah menggunakan perisian
komputer menjadikan kerja-kerja grafik lebih
mudah, cepat dan kemas. Teknologi juga
membolehkan seseorang artis seni visual
menghasilkan ciptaan lukisan maya benda-benda
yang tidak pernah wujud di dunia. Contohnya,
filem animasi seperti Avatar memerlukan idea yang
hebat dengan skil melukis yang hebat juga bagi
mewujudkan kesan visual yang realistik.
Kerja-kerja melukis untuk filem animasi menjadi
lebih mudah dengan adanya teknologi perisisan
komputer dan teknologi maklumat. Justeru, sama
ada pengkarya atau pereka Seni Visual sepatutnya
dapat memanfaatkan teknologi terkini bagi
menghasilkan idea-idea kreatif yang hebat dan
dapat menyuntik fungsi penghasilan seni ke dalam
masyarakat.
Kembali
14
Semoga berjaya dengan cemerlang
Sekian, Terima Kasih..
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com