TATABAHASA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

TATABAHASA

Description:

Title: TATABAHASA Author: SK BAGAN PASIR Last modified by: Mior87_PAS Created Date: 6/4/2004 1:13:52 PM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2254
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 107
Provided by: SKBAGA
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TATABAHASA


1
TATABAHASA
2
ASPEK TATABAHASA
  1. Morfologi ( pembentukan kata )
  2. Sintaksis ( pembinaan ayat )
  3. Semantik ( perihal makna )
  4. Sebutan
  5. Intonasi
  6. Peribahasa
  7. Kesalahan Umum

3
MORFOLOGI
  • Pembentukan kata
  • i. Pengimbuhan
  • ii. Pemajmukan
  • iii. Penggandaan
  • Kata tunggal
  • Kata terbitan
  • Kata majmuk
  • Kata ganda

  • m.s 59-79

4
MORFOLOGI
  • B. Penggolongan kata
  • i. Kata nama
  • ii. Kata kerja
  • iii. Kata Adjektif
  • iv. Kata Tugas

  • m.s 83-94

5
PEMBENTUKAN KATA
6
i. Pembentukan Kata
  • Kata Tunggal
  • Satu suku kata
  • ( yu, am, cat, stor, teks, skru, skrip )
  • Dua suku kata
  • ( ibu, ais, ekor, ufti, umbut, bau, buih,
    bisu, pasung, sendi, sandar )

7
i. Pembentukan Kata
  • iii. Tiga suku kata
  • ( biola, kiamat, idea, belia, mentua,
    maruah, lengkuas, azali, isyarat, isteri, putera,
    penjuru, ikhtiar, amaun, riwayat, martabak,
    royalti, sempurna, kelompok )
  • Empat suku kata / lebih
  • ( keluarga, sejahtera, sangkakala,
    sentiasa, selesema, kelemumur, sentimeter,
    singgahsana, nasional, universiti, cenderawasih,
    maharajalela )

8
i. Pembentukan Kata
  • Akronim
  • ( Pembentukan gabungan huruf awal dan /atau
    suku kata )
  • LTH, DBP, ATM khas
  • Tabika,ubahsuai, kugiran am
  • Bernama, Intan, Mara - khas

9
PENGIMBUHAN
10
i. Pengimbuhan
  • Kata Terbitan
  • Awalan kata nama
  • Akhiran kata kerja
  • Apitan kata adjektif
  • Sisipan

11
i. Pengimbuhan
  • Awalan kata nama
  • pelari, pembawa, pendatang, penggali,
    pengebom, pelajar, perasap, pesakit, ketua,
    juruukur, mahasiswa, tatabahasa,
  • prasejarah, subkelas, suprakelas, ekawarna,
    dwifungsi

12
i. Pengimbuhan
  • b. Awalan kata kerja
  • menyikat, membawa, mendaki, mengikut,
    mengetut, memperluas, berserta, berasa, belunjur,
    terjebak, diatur, diperoleh
  • Awalan kata adjektif
  • terbesar, teringan, secantik

13
i. Pengimbuhan
  • Akhiran kata nama
  • mainan, usahawan, seniman, seniwati,
    nasionalisme, hadirin, hadirat, ustazah
  • Akhiran kata kerja
  • tinggikan, dekati

14
i. Pengimbuhan
  • Apitan kata nama
  • pelaksanaan, pembinaan, pentakrifan,
    penggunaan, pengesahan, pesisiran, persalinan,
    pelajaran, kelainan
  • b. Apitan kata kerja
  • memainkan, mendermakan, membaikkan,
    menggunakan, mengepinkan, beralaskan,berlanjutan,
    dibiarkan, melalui, mencurigai, membaharui,
    mengairi, diadili, diperlihatkan, diperingati,
    memperlihatkan, memperingati, kehujanan
  • Apitan kata adjektif
  • kearaban

15
i. Pengimbuhan
  • Sisipan kata nama
  • -el- kelengkeng, telunjuk, kelabut
  • -er- keruping, seruling, serabut
  • b. Sisipan kata adjektif
  • -el- kelebak, selerak, gelembung
  • -er- serabut, gerigi
  • -em- gemilang, semerbak, gemerlap
  • -in- sinambung

16
PEMAJMUKAN
17
ii. Pemajmukan
  • Rangkaian kata bebas
  • gambar rajah, alat tulis, meja tulis
  • Ketua Menteri, Naib Canselor
  • b. Istilah khusus
  • lut sinar, atur cara, urus setia
  • Maksud kiasan
  • kaki ayam, duit kopi, manis mulut

18
ii. Pemajmukan
  • a. Kata yang telah mantap
  • antarabangsa setiausaha
  • beritahu sukarela
  • bumiputera tandatangan
  • jawatankuasa suruhanjaya
  • kakitangan tanggungjawab
  • kerjasama warganegara
  • olahraga pesuruhjaya
  • matahari

19
ii. Pemajmukan
  • Lazim dieja bercantum
  • Kata nama peribadi, peribahasa, hulubalang,
    dinihari, perikemanusiaan
  • Kata adjektif sukacita, dukacita
  • Kata sendi nama kepada, daripada
  • Kata Hubung apabila, manakala,padahal, darihal,
    barangkali, kadangkala, apakala, walhal
  • Kata tanya bagaimana

20
ii. Pemajmukan
  • Penggandaan
  • i. alat-alat tulis, guru-guru besar
  • ii. tandatangan-tandatangan,
  • warganegara-warganegara
  • Pengimbuhan
  • i. Bercampur-aduk
  • ii. menyatupadukan

21
PENGGANDAAN
22
iii. Penggandaan
  • Penggandaan penuh
  • pulau-pulau, pelatih-pelatih
  • b. Penggandaan separa
  • lelaki, berlari-lari, tolong-menolong
  • Penggandaan berentak
  • i. pengulangan vokal kuih-muih
  • ii. Pengulangan konsonan
  • gunung- ganang
  • iii. Pengulangan bebas anak-pinak

23
PENGGOLONGANKATA
24
2. PENGGOLONGAN KATA
  • Kata Nama
  • kata nama am
  • kata nama khas
  • kata ganti nama
  • Kata Kerja
  • kata kerja tak transitif
  • kata kerja transitif
  • C. Kata Adjektif

25
2. PENGGOLONGAN KATA
  • Kata Tugas
  • kata hubung kata nafi
  • kata seru kata pemeri
  • kata tanya kata sendi nama
  • kata perintah kata pembenar
  • kata pangkal ayat kata bilangan
  • kata bantu kata arah
  • kata penguat kata pembenda
  • kata penegas kata penekan

26
KATA TUGAS
27
KATA NAMA AM
  • Sesuatu yang bernyawa
  • Manusia guru, petani
  • Haiwan - ikan, burung
  • Tumbuh-tumbuhan paku-pakis, kulat
  • Sesuatu yang tidak bernyawa
  • Konkrit duri, sekolah
  • Abstrak agama, senyuman

28
KATA NAMA KHAS
  • Sesuatu yang bernyawa
  • Manusia Ali
  • Haiwan - Comel
  • Tumbuh-tumbuhan paku-pakis, kulat
  • Sesuatu yang tidak bernyawa
  • Negeri Perak, Negeri Sembilan
  • Judul buku Hujan Pagi
  • Bangunan Bangunan Berkembar Petronas
  • Bandar Ipoh

29
KATA GANTI NAMA DIRI
Tunggal Jamak
Pertama aku, beta, daku, hamba, saya, patik, kita, kami,
Kedua anda, awak, dikau, engkau, kamu, tuanku anda, kalian, kamu
Ketiga baginda, beliau, dia, ia, mereka
30
KATA GANTI DIRI SINGKAT
  • kau awal sahaja
  • ku awal dan akhir
  • mu akhir sahaja
  • Nya akhir sahaja
  • Jangan tinggalkan daku seorang diri.(/)
  • Daku pergi ke sekolah awal pagi lagi.(x)

31
KATA GANTI TANYA
  • Kata ganti tanya apa, mana, siapa,
  • Kata keterangan tanya bagaimana, bila, siapa,
  • Kata bilangan tanya - berapa
  • Adakah?
  • BABAS BDM

32
KATA GANTI
  • Kata Ganti Tempat sana, sini, sini
  • b. Kata Ganti Tunjuk ini,itu,
  • Tugasnya
  • i. penanda kata nama
  • ii. predikat Inilah buku saya.
  • iii. subjek Ini buku saya
  • iv. penentu belakang Dia tinggal di rumah ini.
  • Kata Ganti Tak Tentu
  • apa-apa, mana-mana, siapa-siapa (sesiapa),
    masing-masing, seseorang, sesuatu,

33
KATA KERJA
  • Kata kerja berimbuhan beradu, berguguran,
    memperalat
  • b. Kata kerja tanpa imbuhan
  • i. Kata kerja asal tidur, ambil, pikul,
  • ii. Kata kerja dasar terikat / bebas alir,
    baca
  • iii. Kata kerja haus makan, minum,minta, mohon
  • Golongan kata kerja
  • i. Kata kerja tak transitif
  • ii. Kata kerja transitif

34
KATA KERJA
  • Kata kerja tak transitif
  • i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
  • -Adik saya masih tidur.
  • ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap
  • (kata adjektif, frasa sendi nama, kata
    nama)
  • - Lukanya beransur baik.
  • b. Kata kerja transitif
  • i. Kata kerja transitif aktif imbuhan
    meN-(kan/i) dan ter-
  • ii. Kata kerja transitif pasif imbuhan ter-
  • i. Saya telah menjawab surat itu.
  • ii. Surat itu telah saya jawab.
  • iii. Saya terpijak tangannya
  • iv. Buku itu terkarang oleh Zaba.

35
KATA ADJEKTIF
  • Jenis kata adjektif
  • i. Sifatan / keadaan baik, lemah
  • ii. Warna merah, ungu
  • iii. Ukuran panjang, rendah
  • iv. Bentuk leper, lekuk
  • v. Waktu baharu, lewat
  • vi. Jarak hampir, nyaris
  • vii. Cara jelas, selalu
  • viii.perasaan rindu, ragu
  • ix. Pancaindera sedap, cantik, lunak, harum,
  • halus

36
KATA HUBUNG
  • Kata Hubung Gabungan
  • ( menghubungkan dua klausa / lebih yang sama
    tara sifatnya )
  • - dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan,
    sambil, kemudian
  • Kata Hubung Pancangan
  • i. k.h.p. relatif yang
  • ii. k.h.p. komplemen bahawa, untuk
  • iii. k.h.p. keterangan kerana, sekiranya,
    andai kata, walaupun,

37
KATA HUBUNG
  1. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
  2. Budak yang sedang membaca itu adik saya.
  3. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
  4. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.

38
KATA SERU
  • aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas,
    wahai, aduhai
  • i. Syabas, engkau telah menang!
  • ii. Wahai anak-anakku, berbaktilah
  • kepada negara.

39
KATA TANYA
  • i. Harga barang itu berapa?
  • ii. Berapa tahunkah dia belajar di luar
  • negeri?

KATA PERINTAH
Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong,
harap i. Jangan buang sampah di sini.
40
KATA PEMBENAR
  • ya, benar, betul,
  • i. Ya, dialah orangnya.

KATA PANGKAL AYAT
hatta, maka, kalakian, sebermula, shahadan i.
Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
41
KATA PENGUAT
  • i. kata penguat hadapan
  • terlalu, paling, agak,
  • Sungai itu agak dalam.
  • ii. kata penguat belakang
  • sekali, benar, nian,
  • - Lambat benar bas itu tiba.
  • iii. kata penguat bebas
  • amat, sangat, sungguh,
  • Dia terbeli baju yang besar sangat.

42
KATA PENEGAS
  • i. -kah, -lah, -tah,
  • ii. juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang,
  • a. Apatah daya kita.
  • b. Hujan hanya turun pada musim dingin sahaja.

KATA NAFI
  • bukan frasa nama, frasa sendi nama,
  • Projek itu bukan usaha saya.
  • tidak frasa kerja, frasa adjektif
  • b. Saya tidak akan datang lagi.
  • c. Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah
  • orangnya.

43
KATA PEMERI
  • i. ialah (persamaan/ekuatif)
  • hadir di hadapan frasa nama
  • a. Bangunan yang tertinggi di negara kita
  • ialah Bangunan Berkembar Petronas.
  • ii. adalah (huraian/kualitatif) frasa sendi
  • nama, frasa adjektif
  • a. Percakapannya adalah benar belaka.

44
KATA PENEKAN
  • Memberi penegasan kepada kata yang bergabung
    dengannya.
  • a. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

KATA PEMBENDA
menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada
kata nama sebagai kata nama a. Lajunya ialah 120
km sejam.
45
KATA BANTU
  • i. Kata bantu aspek(masa)
  • telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan,
    belum,
  • Ahmad akan ke sana esok.
  • ii. Kata bantu ragam ( ragam perasaan )
  • hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat,
  • Kita boleh bertolak ke Ipoh esok.

46
KATA SENDI NAMA
  • i. di hala, arah, tempat,
  • Ibunya bekerja di sekolah itu.
  • ii. ke, dari, tempat, arah, masa,
  • Penyelam itu terjun ke dalam sungai.
  • Pegawai itu dari Pejabat Pelajaran Daerah
  • iii.daripada punca, asal kejadian, perbezaan,
  • Cara berfikirnya lain daripada yang lain.
  • iv. Kepada sasaran, pecahan, perubahan
    keadaan,
  • Suhu badannya meningkat kepada 39 darjah
    celsius.
  • v. pada keterangan waktu, ada , tempat
    perbuatan,
  • Wang itu ada pada ibu.
  • Tuliskan nama pada kertas ini.

47
KATA SENDI NAMA
  • vi. Untuk / bagi kegunaan sesuatu
  • untuk bahagian yang ditentukan
  • Kereta itu untuk / bagi kegunaan pejabat
    sahaja.
  • Hadiah itu untukmu.
  • vii. demi tujuan, penegas,
  • Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi
    kestabilan negara.
  • Buku itu disusun satu demi satu.
  • viii. tentang rujukan umum,
  • Mereka berbincang tentang masalah negara.
  • ix. Seperti, bagai, umpama, laksana
    perbandingan
  • Hatinya seperti, bagai,umpama,laksana batu.
  • x. dengan bersama-sama, cara sesuatu
    dilakukan, memakai,
  • perbandingan serupa,
  • Ayah pergi ke pekan dengan ibu.
  • Berita itu diterimanya dengan perasaan
    sukacita.
  • Ani melukis potret itu dengan cat air.
  • Adakah sama akar dengan rotan?

48
KATA SENDI NAMA
  • xi. sejak penanda waktu
  • Mereka berjaga-jaga sejak subuh lagi
  • vii. terhadap rujukan penyambut yang tentu,
  • Jangan bersikap biadap terhadap orang tua.
  • xii. akan mengikuti kata adjektif emosi
  • Wanita itu amat rindu akan anaknya.
  • xiii. oleh pembuat dalam ayat pasif, maksud
    sebab,
  • Kuih itu dibeli olehnya.
  • Ia mati oleh (sebab)/lantaran senjatanya
    sendiri.
  • xiv. Hingga / sampai had masa, waktu, tempat
  • Mereka mengaji hingga/sampai dinihari.
  • xv. dalam / antara
  • Dalam hal ini, kita semua setuju.
  • Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu
    sudah ditandatangani
  • semalam.

49
KATA BILANGAN
  • i. k.b. tentu
  • ii. k.b.tak tentu
  • segala, semua, para, beberapa, sekalian,
    seluruh, banyak, sedikit,
  • iii. k.b.himpunan
  • beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu,
    berabad-abad,
  • iv. k.b.pisahan
  • masing-masing, tiap-tiap,
  • v. k.b.pecahan
  • setengah, sepertiga, separuh,
  • vi. k.b.tingkat
  • kedua, ketiga,

50
KATA ARAH
  • i. Hala dan jurusan
  • atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah,
    dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi selatan,
    samping, timur, barat, hadapan, utara, keliling
  • a. Kita jangan berjalan di hadapan
  • orang tua.

51
i. Pengimbuhan
  • Awalan Kata Nama
  • i. peN- ( pe-,pen-,pem-,peng- )
  • peN- menjadi pe- m,n,ny,ng,r,l,w
  • p,t,k,s m,n,ng,ny
  • pukul pemukul tahan penahan
  • karang pengarang selam penyelam

52
i. Pengimbuhan
  • b. peN- menjadi pem - b dan perkataan
    pinjaman yang bermula b,f,v,
  • baca pembaca blok pemblok
  • fatwa pemfatwa veto pemveto
  • peN- menjadi pen- d,c,j,sy,z, t,s,
  • pendapat, pencuri, penjaja, pensyarah,penziarah,
  • pentafsir, penswasta
  • kekecualian - penternak

53
i. Pengimbuhan
  • peN- menjadi peng - g,kh,h, a,e, I, o, u,
    k
  • penggali pengkhianat penghubung
  • pengatur, pengelak, pengikat, pengolah,
    pengurus, pengkritik
  • kekecualian pengkaji
  • peng- menjadi penge- apabila bergabung
  • dengan berekasuku kata
  • peN- bervariasi dengan pel-
  • ajar - pelajar

54
i. Pengimbuhan
  • Awalan Kata Nama
  • ii. pe- pesakit, petinju, pesuruh,
  • iii. per- perasap, pertapa, perbara, perburu,
  • iv. ke- ketua, kekasih, kehendak
  • v. Juru juruwang, jurukira, jurutera,

55
i. Pengimbuhan
  • Akhiran Kata Nama
  • i. Kerja/perkara kritikan, tulisan,
  • ii. Kawasan/bidang lautan, dataran, tepian,
  • iii. Banyak ratusan, durian,
  • Alat saluran, acuan,
  • orang/haiwan tahanan, buruan,
  • perkara/ benda hamparan, makanan,
  • Sifat kata dasar manisan, kilauan,
  • Tempat melakukan kurungan, hentian,
  • Ukuran/kiraan harian, tahunan,

56
i. Pengimbuhan
  • Apitan Kata Nama ( peN--an )
  • i. PeN--an menjadi pe--an
    m,n,ng,ny,r,l,y,w
  • pemandian, penantian, pewarisan,
  • p, t, k, s pemulangan, penipuan,
    pengurangan, penyiaran,
  • ii. peN--an menjadi pem--an b, b,f,v,
  • pembacaan, pemblokan,
  • iii. peN--an menjadi pen--an d,c,j,sy,z
    t,s,
  • pendapatan, pentadbiran,
  • iv. peN--an menjadi peng--an g, kh, h dan
    huruf vokal
  • penggalian, pengkatalogan,
  • Ukuran/kiraan harian, tahunan,

57
i. Pengimbuhan
  • b. ( pe--an )
  • pesisiran, pekarangan, peperiksaan,
  • c. peR--an persatuan, perisikan,
  • Ke--an kedatangan, kedaulatan, kemalasan,
  • Sisipan -el-, -er-, -em-
  • kelemumur, seruling, kemuncup,

58
i. Pengimbuhan
  • Awalan Kata Kerja
  • i. Awalan meN-
  • meN- menjadi me- m,n,ny,ng,r,l,w, y,
  • mewangi, meyakinkan,
  • p,t,k,s m,n,ng,ny
  • memesan, menari, mengaji, menyinar
  • meN- menjadi mem- b,f,p,v,
  • memberi, memfitnah, memproses, memveto,

59
i. Pengimbuhan
  • c. peN- menjadi pen- d,c,j,sy,z, t,s,
  • mensyukuri, menskru, mentafsir,
  • kekecualian menternak, mentertawakan,

60
i. Pengimbuhan
  • meN- menjadi meng - g,gh,kh,h, a,e, I, o, u,
    k
  • mengghairahkan, mengulit,
  • kekecualian mengkaji
  • meng- menjadi menge- apabila bergabung
  • dengan berekasuku kata
  • kekecualian menstor, membrek, mengklip

61
i. Pengimbuhan
  • Jenis Kata Kerja berawalan meN-
  • i. Kata kerja transitif tanpa akhiran
  • membaca buku, menendang bola
  • ii. Kata kerja transitif berakhiran
  • menejalankan, menjalani,
  • Kata kerja tak transitif
  • menangis, menguning,

62
i. Pengimbuhan
  • Makna awalan beR-
  • Melakukan perbuatan bertukar,belari
  • b. Refleksif berhias, bersandar
  • c. Saling bertumbuk, berkelahi,
  • d. Sudah sedia bertulis, bersusun,
  • e. Mempunyai berumah, beristeri,
  • f. Menggunakan berkasut, berbahasa,
  • Mengusahakan bersawah, berkebun,
  • h. Menghasilkan berbuah, bertelur,
  • i. Bantuan daripada berguru, berdukun,
  • Berada dalam keadaan bergembira, berduka,
  • Memperoleh beruntung,
  • Menjadi bersatu,
  • Bilangan dalam kumpulan berdua, berlima,
  • Bersama-sama berserta
  • Mendapat - beroleh

63
i. Pengimbuhan
  • Awalan Kata Kerja
  • iii. Awalan teR-
  • Terikat, terambil,
  • Terentang, terancang,
  • Tersergam, terpercik,
  • Jenis kata kerja berawalan beR-
  • Kata kerja transitif aktif termakan, terambil,
  • Kata kerja transitif pasif terpijak, terambil,
  • Kata kerja tak transitif terjatuh, terduduk,
  • Maksud tak sengaja termakan, tertelan (oleh)
  • Maksud keupayaan terangkat, tertewas,
  • Maksud tersedia tersusun, terhidang

64
i. Pengimbuhan
  • Awalan Kata Kerja
  • iv. Awalan di-
  • Ditulis, digulai,
  • Awalan memper-
  • memperalat, memperkemas, memperoleh,memperdaya
  • Jenis kata kerja awalan memper-
  • Perbuatan/kiasan memperhamba, memperbudak,
  • Menjadikan lebih/ bertambah memperbesar,
    mempercepat,
  • Mendapat sesuatu memperoleh,
  • vi. Awalan diper-
  • Dijadikan diperisteri, diperkawan,
  • Dijadikan lebih diperkemas, diperbesar,
  • Terdapat sesuatu diperoleh,

65
i. Pengimbuhan
  • Akhiran Kata Kerja
  • i. Akhiran -kan
  • Bukukan, carikan, lahirkan, besarkan,
  • Makna akhiran kan
  • Kausatif / menyebabkan jadi
  • wariskan, panjangkan,
  • Benefaktif / perbuatan manfaat orang lain
  • jahitkan, hadiahkan,
  • Makna akhiran i
  • kausatif sudahi, hambai,
  • lokatif naiki, tumpahi
  • persamaan menduduki-mendudukkan,
    menaiki-menaikkan, mendekai-mendekatkan,
    memagarkan-memagari,

66
i. Pengimbuhan
  • Apitan Kata Kerja
  • i. Apitan meN-kan
  • merundingkan, memberikan, mendirikan,
    menggulingkan, mengepinkan,
  • Jenis kata kerja
  • meN--kan dengan satu objek
  • Ibu sedang menidurkan adik.
  • meN--kan dengan dua objek
  • Hasnah membelikan Asri sebuah buku.
  • Asri dibelikan sebuah buku oleh Hasnah.
  • Sebuah buku dibelikan Asri oleh Hasnah. (x)
  • Hasnah membeli sebuah buku untuk Asri.
  • Sebuah buku dibeli oleh Hasnah untuk Asri.

67
i. Pengimbuhan
  • Apitan Kata Kerja
  • Makna apitan meN--kan
  • membuat sesuatu merancangkan,
  • kausatif membesarkan,
  • benefaktif membelikan,
  • ii. Apitan beR--kan
  • bertilamkan, berhakimkan,
  • Makna apitan beR--kan
  • menjadikan berbantalkan lengan
  • Apitan beR--an
  • berkiriman, berterbangan, bermaafan,
    berlanjutan,
  • Makna apitan beR--an
  • Jumlah yang banyak bergantungan
  • bersalingan bertembakan
  • berulangan, berterusan - berdebaran

68
i. Pengimbuhan
  • Apitan Kata Kerja
  • Apitan di-kan
  • diberikan, dinafikan,
  • v. Apitan meN--i
  • membelakangi, mengotori, menutupi, memasuki,
    menyudahi,
  • Kata kerja meN- -i dengan satu objek.
  • Hujan membasahi jemurannya.
  • b. Kata kerja meN--I dengan dua objek.
  • Pak Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
  • Ahmad dihadiahi sebuah basikal oleh Pak Ali.
  • Pak Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada
    Ahmad.
  • Sebuah basikal dihadiahkan oleh Pak Ali kepada
    Ahmad.
  • Sebuah basikal dihadiahi Ahmad oleh Pak Ali.
    (x)

69
i. Pengimbuhan
  • Perbezaan apitan meN--i dengan meN--kan
  • 1a. Pak Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada
    Ahmad.
  • 1b. Pak Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
  • MeN--kan menerima objek tak bernyawa
  • meN--i menerima objek bernyawa
  • 1a. Ali memberi kucing makanan.
  • 1b. Ali memberikan makanan kepada kucing.
  • Menerima apitan meN-..-kan dan meN--I saling
    berganti
  • tanpa berbeza makna.
  • 1a. Ali sedang membaiki kereta yang rosak.
  • 1b. Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

70
i. Pengimbuhan
  • Apitan Kata Kerja
  • Apitan di-i
  • dipelopori, dikotori,
  • vii. Apitan memper--kan
  • memperisterikan, memperdengarkan,
  • Makna memper--kan.
  • Kausatif mempersatukan
  • Menyebabkan orang lain melakukan perbuatan
  • memperlihatkan
  • Perbezaan
  • Menjadikan lebih memperbesar, memperindah,
  • Berbeza makna
  • memperhamba-memperhambakan, memperister-memperist
    erikan,
  • mempersuami-mempersuamikan,

71
i. Pengimbuhan
  • Apitan Kata Kerja
  • viii. Apitan mempeR--i
  • memperingati, memperkawani, mempersuami,
    memperisteri,
  • ix. Apitan ke--an
  • kecurian, kepanasan, kehujanan,
  • Apitan dipeR--kan
  • diperjodohkan, diperbahaskan,
  • Makna diper--kan.
  • terjadi / disebabkan dipertemukan,
    dipertautkan,
  • Menyebabkan orang lain melakukan perbuatan -
    diperlihatkan, diperdengarkan
  • Perbezaan
  • Menjadikan lebih diperbesar, diperindah,
  • Berbeza makna
  • diperisteri-diperisterikan, dipersuami-dipersuami
    kan,
  • Apitan dipeR--I
  • diperingati, diperkawani, dipersuami,
    diperisteri

72
i. Pengimbuhan
  • Awalan Kata Adjektif
  • Awalan ter-
  • perbandingan/paling terkecil, termasyhur,
  • Awalan se-
  • Pengertian sama setinggi
  • Apitan Kata Adjektif
  • Apitan ke--an
  • kebaratan, kearaban,

73
i. Pengimbuhan
  • Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
  • Darjah biasa bandingan yang sama
  • sebesar, secantik,
  • Darjah penghabisan
  • sepandai-pandai, terpandai, paling pandai,
    pandai sekali, teramat pandai, tersangat tinggi,
    amat pandai sekali, sungguh cergas sekali, sangat
    merdu sekali,

74
i. Pola Ayat
Subjek Predikat
Pola 1 FN Ali FN guru.
Pola 2 FN Adikku FK sedang tidur.
Pola 3 FN Pegawai itu FA amat rajin.
Pola 4 FN Rumahnya FSN di Kampung Baru.
75
i. Susunan Ayat
Subjek Predikat
1 Ali guru sementara di sekolah itu.
Predikat Subjek
2 Guru sementara di sekolah itu Ali.
Ayat susunan biasa Ayat songsang
76
i. Jenis Ayat
Ayat penyata, Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan
1 Ayat suruhan Siapkan kerja itu dengan segera!
2 Ayat larangan Jangan berludah di sini.
3 Ayat silaan Tolong tutup pintu itu.
4 Ayat silaan Sila buat laporan di balai polis.
77
KESALAHAN AYAT 1. KATA2. FRASA3. AYAT4.
STRUKTUR AYAT5. PENGIMBUHAN6. PERBENDAHARAAN
KATA
78
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Ganti Diri
  • Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah.
  • Dia/ia ditangkap kerana mengedarkan dadah.
  • c. Pembunuh itu dapat ditangkap oleh pihak polis.
    Ianya akan didakwa di mahkamah esok.
  • d. Pembunuh itu dapat ditangkap oleh pihak polis.
    Ia akan didakwa di mahkamah esok.

79
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Ganti Diri
  • Mereka-mereka ialah petani yang gigih.
  • Mereka ialah petani yang gigih.
  • g. Perabot ini sangat mahal kerana ia/ianya
    diimport dari Itali.
  • Perabot ini sangat mahal kerana diimport dari
    Itali.
  • Perlawanan petang ini penting untuk kami, kata
    Cikgu Anuar kepada murid-muridnya.
  • j. Perlawanan petang ini penting untuk kita,
    kata Cikgu Anuar kepada murid-muridnya.

80
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Bilangan
  • Berbagai jenis makanan terhidang di atas meja.
  • Berbagai-bagai (Pelbagai ) jenis makanan
    terhidang di atas meja.
  • c. Setengah orang masih tidak memahami sistem
    ejaan baru.
  • d. Sesetengah ( setengah-setengah ) orang masih
    tidak memahami sistem ejaan baru.

81
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Bilangan
  • e. Tiap warga negara mesti mendaftarkan diri
    sebagai pengundi.
  • f. Tiap-tiap ( setiap ) warga negara mesti
    mendaftarkan diri sebagai pengundi.
  • g. Para-para pelajar harus meningkatkan disiplin
    mereka.
  • Para pelajar harus meningkatkan disiplin mereka.
  • Saya menantinya selama dua suku jam.
  • Saya menantinya selama dua jam suku.

82
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Penjodoh Bilangan
  • Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat
    yang berbilang kaum.
  • Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat yang
    berbilang kaum.
  • Sebahagian orang penduduk
  • Seluruh buah negeri Semua orang gadis
  • Para oarang pelajar Segala ekor binatang
  • Setengah-setengah orang peserta
  • Setiap orang warga negara

83
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Sendi
  • Saya menantinya daripada pukul tiga petang.
  • b. Saya menantinya dari pukul tiga petang.
  • c. Kain ini dibuat dari sutera.
  • Kain ini dibuat daripada sutera.
  • Dia tidak bersekolah di hari itu.
  • Dia tidak bersekolah pada hari itu.
  • Buku itu ada dengan Cikgu Minah.
  • Buku itu ada pada Cikgu Minah.

84
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Sendi
  • i. Ibu pergi kepada pasar dengan bas.
  • j. Ibu pergi ke pasar dengan bas.
  • k. Surat itu diserahkan ke pegawai yang bertugas.
  • l. Surat itu diserahkan kepada pegawai yang
    bertugas.
  • m. Saya amat tertarik dengan lukisan yang indah
    itu.
  • n. Saya amat tertarik oleh lukisan yang indah
    itu.
  • o. Lawatan ke Kuala Lumpur oleh kerana tidak
    mendapat kelulusan daripada Guru Besar.
  • p. Lawatan ke Kuala Lumpur oleh sebab tidak
    mendapat kelulusan daripada Guru Besar.

85
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Kerja
  • Orang itu senyum kepada saya.
  • b. Orang itu tersenyum kepada saya.
  • c. Anda perlu cari jalan keluar setiap kali anda
    menghadapi masalah.
  • Anda perlu mencari jalan keluar setiap kali anda
    menghadapi masalah.

86
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Kerja
  • Dia menghadiahkan saya seutas jam tangan.
  • Dia menghadiahi saya seutas jam tangan.
  • Dia menghadiahkan seutas jam tangan
  • kepada saya
  • Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada penjahat
    itu.
  • Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada penjahat
    itu
  • Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman gantung.

87
4. KESALAHAN DARI SEGI KATA
  • Kata Hubung
  • Para penonton tertawa bila melihat telatah
    pelawak itu.
  • Para penonton tertawa apabila melihat telatah
    pelawak itu.
  • c. Anda perlu berakhlak mulia agar supaya anda
    dihormati orang.
  • d. Anda perlu berakhlak mulia agar supaya anda
    dihormati orang.
  • Amerika Syarikat menyerang Iraq sebab Iraq
    menyerang Kuwait.
  • Amerika Syarikat menyerang Iraq kerana Iraq
    menyerang Kuwait.

88
4a. KESALAHAN DARI SEGI FRASA
  • Frasa Nama
  • Baju-bajunya cantik-cantik belaka.
  • Bajunya cantik-cantik belaka.
  • Baju-bajunya cantik belaka.
  • Kesalahan penggunaan kata bilangan
  • dua buah lori-lori
  • beberapa orang pekerja-pekerja
  • Pelanggaran Hukum D-M.
  • lain-lain hal mini bas

89
4a. KESALAHAN DARI SEGI FRASA
  • Frasa Adjektif
  • Dialah pelari yang terhandal sekali.
  • Dialah pelari yang terhandal .
  • Peluasan frasa adjektif
  • Saya suka durian.
  • Saya suka akan durian.
  • Dia patuh arahan itu.
  • Dia patuh kepada arahan itu.
  • Kata adjektif awalan ter- sebagai predikat
  • Bangunan itu tertinggi.
  • Bangunan itu paling tinggi.

90
4a. KESALAHAN DARI SEGI FRASA
  • Frasa Kerja Aktif
  • i. Peluasan frasa adjektif
  • Dia bertanya saya.
  • Dia bertanya kepada saya.
  • ii. Penggunaan frasa kerja tak transitif
    berapitan ber--kan.
  • Meja itu beralaskan dengan sehelai kain.
  • Meja itu beralaskan sehelai kain.

91
4a. KESALAHAN DARI SEGI FRASA
  • Frasa Kerja Aktif
  • iii. Kesalahan frasa kerja transitif
  • Dia belum mengetahui tentang hal itu.
  • Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang
    penulisan.
  • Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu.
  • d. Dia belum mengetahui hal itu.
  • e. Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam
    bidang penulisan.
  • Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi.

92
4b. KESALAHAN DARI SEGI FRASA
  • Frasa Kerja Pasif
  • i. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama
  • Jambangan bunga ini digubah olehku.
  • Jambangan bunga ini kugubah.
  • Bentuk frasa kerja pasif diri kedua
  • Lukisan ini dihasilkan oleh kamu?
  • Lukisan ini kamu hasilkan?
  • Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga
  • a. Keropok ini ibu goreng.
  • Keropok ini digoreng oleh ibu.
  • Penyisipan kata lain
  • a. Tempat itu saya belum kunjungi.
  • b. Tempat itu belum saya kunjungi.

93
4c. KESALAHAN STRUKTUR AYAT
  • Ayat Tergantung
  • i. Tiada Subjek
  • Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis
    kami.
  • Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami.
  • Tiada Predikat
  • Kelalaian yang menyebabkan kemalangan sering
    berlaku.
  • Kelalaianlah yang menyebabkan kemalangan sering
    berlaku.

94
4c. KESALAHAN STRUKTUR AYAT
  • Struktur Ayat yang Salah
  • i. Ayat tanya berpartikel -kah
  • Beliau guru kamukah?.
  • Guru kamukah beliau?
  • Susunan Kata
  • Mereka dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan
    kerja itu.
  • Mereka dikehendaki menyiapkan kerja itu dalam
    masa seminggu.

95
4c. KESALAHAN STRUKTUR AYAT
  • Ayat Gabungan
  • i. Ketiadaan Kata Sendi
  • Mereka akan melancong ke Australia atau
    Indonesia?
  • Mereka akan melancong ke Australia atau ke
    Indonesia?

96
4c. KESALAHAN STRUKTUR AYAT
  • Ayat Pancangan
  • a. Semua pelajar tahu dia anak hartawan.
  • Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan.
  • Dia mengatakan yang dia sakit.
  • Dia mengatakan bahawa dia sakit.
  • Pembentukan ayat
  • Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
  • Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.

97
4d. KESALAHAN PENGIMBUHAN
  1. Dengan cara berunding, sefahaman dapat dicapai.
  2. Dengan cara berunding, kesefahaman dapat dicapai.
  3. Dia menyerah wang itu kepada guru.
  4. Dia menyerahkan wang itu kepada guru.

98
4e. KESALAHAN DARI PERBENDAHARAAN KATA
  1. Adakah dan Apakah
  2. Apa dan Siapa
  3. Apabila dan Bila
  4. Banyak dan Ramai
  5. Belok dan Blok
  6. Belot dan Belut
  7. Bena dan Bina
  8. Bukan dan Tidak
  9. Cocok dan Cucuk
  10. Jemput dan Undang
  11. Menonton dan Menuntun

99
4e. KESALAHAN DARI PERBENDAHARAAN KATA
  1. Pedalaman dan Pendalaman
  2. Pendapat dan pendapatan
  3. Rasmi dan resmi
  4. Seloroh dan seluruh
  5. Telor dan Telur
  6. Tembok dan Tembuk
  7. Tempoh dan Tempuh
  8. Tepok dan Tepuk
  9. Karenah dan Kerenah

100
BIASAKAN YANG BETUL
BETULKAN YANG BIASA
101
MAKNA IMBUHAN meN-
  • Awalan meN
  • a. Melakukan perbuatan
  • Melakukan sesuatu
  • - menggulai, menggoreng, menumis
  • Mengeluarkan suara
  • - mengaum, mencicit, mengiau
  • Mencari/mengumpulkan sesuatu
  • - merotan, merumput, mendamar

102
  • iv. Menuju sasaran
  • - melaut, mendarat, menepi
  • v. Berlaku seperti / menyerupai sesuatu
  • - mengekor, membusut, membukit
  • b. Menyatakan Keadaan
  • Hidup sebagai
  • - menjanda, menduda
  • Menjadi
  • - memucat, memutih, memanjang

103
MAKNA IMBUHAN meN-
  • Awalan memper-
  • Membawa maksud kiasan (k.n)
  • - memperalat, memperdaya, memperbudak,
    memperhamba
  • Menjadikan lebih / bertambah (k.adj.)
  • - memperbesar, memperkemas,
  • Mendapat sesuatu (k.tugas)
  • - memperoleh

104
  • Akhiran -kan
  • Kausatif / menyebabkan jadi
  • - bukukan, panjangkan, tinggikan,
  • ii. Benefaktif / melakukan sesuatu untuk orang
    lain
  • - belikan, masakkan, jahitkan,
  • Akhiran i
  • Kausatif / menyebabkan jadi
  • - baiki, hambai, sudahi
  • Lokatif
  • - naiki, tumpahi, dekati ( dekat kepada mereka )

105
  • Apitan me--kan
  • Membuat sesuatu
  • - mendirikan, meyakinkan, merancangkan,
  • ii. Kausatif / menyebabkan
  • - membesarkan, memalukan, menaikkan,
  • Benefaktif / manfaat
  • - membelikan, memasakkan, menjahitkan
  • Apitan meNi
  • lokatif
  • - menghadiahi, menghidangi, mengurniai,
    menjatuhi
  • Menerima objek bernyawa
  • - memberi kucing,
  • Saling bertukar ganti
  • - membaiki/membaikkan kereta, melupai/melupakan
    peristiwa

106
  • Apitan memper--kan
  • Kausatif / menyebabkan
  • - mempertemukan, mempersatukan, mempertautkan,
  • ii. Menyebabkan orang lain melakukan perbuatan
  • - memperdengarkan, memperlihatkan,
  • Apitan memper-i
  • memperingati, memperkawani, mempersuami,
    memperisteri,
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com