Sejarah Perkembangan Drama - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Sejarah Perkembangan Drama

Description:

Title: Slide 1 Author: Department of Industrial Design Last modified by: permata Created Date: 7/7/2004 9:30:34 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:956
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 25
Provided by: Department1046
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Sejarah Perkembangan Drama


1
Sejarah Perkembangan Drama
  • Perkembangan awal pementasan drama di Malaysia
    ada pertalian erat dengan pertumbuhan drama
    pentas di Greek, Mesir, India, China, Jepun atau
    Indonesia.
  • Memasukkan unsur-unsur dan amalan ritual iaitu
    kepercayaan kepada amalan nenek moyang yang
    bersifat animisme kepercayaan terhadap alam
    sekeliling yang dianggap mempunyai kuasa-kuasa
    tertentu.

2
  • Kepercayaan animisme dihubungkaitkan dengan
    pemikiran manusia purba dengan melihat
    fenomena alam sekeliling seperti hujan ribut,
    banjir dan kemarau yang menjurus kepada
    penyembahan dan pemujaan.
  • Amalan ini dianggapkan mampu dan boleh mengubah
    nasib mereka. Melalui upacara penjamuaan
    terhadap roh-roh, dikatakan mampu membangkitkan
    rasa kekuasaan.
  • Kemunculan drama ada pertaliannya dengan
    keagamaan (Francis Edward1976). Di Mesir Tua
    misalnya ada upacara keagamaan yang berbentuk
    tarian dan lakonan. Di Malaysia -main pantai,
    puja pantai, main puteri yang memperlihatkan
    unsur animisme (Mana Sikana1991).

3
  • Tradisi main pantai yang telah dipraktikkan
    sejak 200-300 tahun dahulu diadakan selepas
    musim menuai padi bertujuan supaya padi akan
    menjadi.
  • Upacara tersebut dimulai dengan jampi serapah,
    makan sirih lalu diikuti dengan istiadat
    berararak, bersanding, menyanyi dan menari dengan
    iringan muzik dombak, gong dan rebana.
  • Main Puteri - satu aktiviti perubatan yang
    dipenuhi dengan dialog-dialog perbomohan,
    nyanyian dan tarian dan diikutsertakan dengan
    cerita-cerita dan lakonan yang secara miripan
    memiliki ciri-ciri sebuah drama.

4
  • Berasaskan aktiviti keagamaan itu telah
    mengarah kepada penciptaan drama
    tradisional.
  • Fungsi aktiviti tersebut juga berubah daripada
    persembahan untuk supernatural berfungsi pula
    sebagai hiburan.
  • Walaupun fungsinya sudah berubah namun kegiatan
    tersebut belum berhasil membentuk drama
    tradisional yang baru.
  • Kegiatan Main Puteri dan lain-lain kegiatan
    wujud seperti seadanya. Kegiatan ritualisme itu
    sekadar menjadi akar landasan bagi membentuk
    drama tradisional yang lebih bersifat dramatik.

5
  • Wayang Kulit wujud sekitar abad ke-13 dan ke-14
    yang dikatakan berasal dari Jawa.
  • Merupakan drama tulen Indonesia yang dikesan
    kewujudannya sejak kurun pertama sebelum masihi.
  • Terdapat juga sejenis wayang kulit dari Thailand
    yang dinamai wayang kulit Siam.
  • Bentuk drama ini telah mendapat sambutan yang
    menggalakan daripada rakyat jelata sebagai satu
    sumber hiburan yang cukup memberi kesan.

6
  • Namun, dalam abad ke-18 telah muncul pula sebuah
    drama dari Thailand yang khalayaknya daripada
    golongan bangsawan yang dikenali sebagai Makyung.
  • Ia bukan sebagai wayang kulit yang dihidupkan
    oleh dalang tetapi manusia sendiri yang
    bertindak sebagai pelakon dan melakonkannya.
  • Makyung sudah memiliki ciri-ciri pendramaan yang
    terungkapnya cerita, lakonan dan tarian walaupun
    sebaran khalayaknya berkisar di Kelantan sahaja
    disebabkan faktor bentuk dan bahasa tempatan yang
    mendominasi kewujudan ciri-cirinya.

7
  • Drama tradisional Melayu lebih cenderung dan
    bercorak tempatan seperti boria di Pulau Pinang
    yang mengandungi tarian dan lakonan yang
    bermotif masyarakat pada peringkat awal sebelum
    disampaikan nyanyian.
  • Di Negeri Sembilan ditemui randai yang
    terkandungnya lakonan dan cerita.
  • Di Johor terkenal dengan kuda kepang yang
    memperlihatkan jampi serapah dan gerak gerinya
    melambangkan pendramaan.
  • Di Perak terdapat pula Dabus yang seakan-akan
    kuda kepang tetapi mengandungi unsur-unsur
    teater.

8
  • Drama-drama Melayu tradisional berkait dengan
    sikap dan sistem kemasyarakatan.
  • Penyebarannya berkisar dalam daerah tempatan
  • Abad ke-19 dilihat sebagai satu titik mula
    dalam drama Melayu merobah lingkaran
    persempadanan keseluruh negara.

9
Drama Bangsawan
  • Kemunculan drama bangsawan dikatakan berasal
    dari benua kecil India.
  • Pada 1870 datang rombongan dari India yang
    dikenali sebagai Rombongan Wayang Parsi atau
    Mandu yang anggotanya terdiri daripada lelaki
    dan perempuan dan persembahannya menggabungkan
    unsur lakonan, nyanyian dan tarian.
  • Tema yang dipilih pula berkisar mengenai
    cerita-cerita fantasi, pengembaraan ke alam
    khayal manakala tujuan persembahannya ialah
    sebagai hiburan.

10
  • Persembahan tersebut jelas mendapat sambutan luar
    biasa kerana kelainan yang ditunjukkan.
  • Ini mendorong Syed Abdul Rahman al-Masyhor
    menubuhkan kumpulan yang pada awal pembabitannya
    tertumpu kepada nyanyian dan tarian tetapi
    kemudiannya berubah kepada bentuk kumpulan drama.
  • Bertitik tolak dari sinilah bermulanya sejarah
    pertumbuhan bangsawan.

11
Tahap Perkembangan
  • Lima tahap sejarah pertumbuhan bangsawan
  • i. 1870-1884 tahap pengenalan drama India ke
    alam Melayu
  • ii. 1885-1902 zaman permulaan pertapakan
    bangswan
  • iii. 1902 1935 zaman kecemerlangan- wujud
    pembaharuan dengan memasukkan unsur barat
    misalnya drama Shakespeare.
  • iv. 1936- 1945 zaman kemerosotan terutama zaman
    pemerintahan Jepun
  • v.  Tahun-tahun selepas itu sebagai zaman
    kemalapan atau kegelapan.

12
  • Bangsawan merupakan drama tradisional.
    Penggolongan ini berdasarkan
  • Peristiwa bangsawan berpanjangan dan merupakan
    struktur daripada beberapa episod.
  • Bentuk lakonan yang ditokok tambah dengan
    unsur-unsur lucu, farce, melodrama.
  • Bersifat didaktik
  • Plot yang hampir sama
  • Watak-watak streo-type dan peranannya hampir sama
    iaitu orang muda, seri panggung, ahli lawak, jin
    afrit dan orang jahat (Mana Sikana 1989).

13
  • Peringkat awal, pelakon bangsawan lelaki .
    Pelakon perempuan hanya dibenarkan memegang
    watak Sri Panggung.
  • Tarikan utama pada tarian pelakon-pelakon lelaki
    dan perempuan.
  • Dalam satu-satu persembahan, drama bangsawan
    mengandungi 15 hingga 20 babak dan dilangsungkan
    dalam beberapa malam.
  • Sambutan penonton menjadi penentu panjang atau
    pendeknya sesuatu bangsawan itu.

14
  • Bangsawan dipersembahkan tanpa skrip. Penggunaan
    pentas dan setting menjadi salah satu faktor
    kejayaan persembahan bangsawan.
  • Penukargantian backdrop atau curtain yang
    menggambarkan suasana disesuaikan dengan situasi.
  • Penggunaan special effect atau dalam bangsawan
    dikenali sebagai tasmat iaitu penggunaan
    kesan seperti cahaya api, aspek-aspek teknikal
    yang lain.

15
  • Watak utama iaitu Orang Muda dan Sri Panggung
    mengenakan pakaian atau kostum yang menarik dan
    indah sesuai dengan peranan yang dibawakan.
  • Watak antogonis yang dimainkan oleh watak jin,
    hantu dan gergasi memakai bentuk kostum atau
    warna yang menakutkan.
  • Hubungkait antara pakaian dan kostum ini dapat
    menghidupkan jalan cerita atau mood pelakon.
  • Alam khalayan atau alam imaginasi turut
    diwujudkan .

16
DRAMA REALISME
  • Perkembangan drama Melayu menempuh era baru pada
    dekad 1960-an - pementasan drama berbentuk
    realisme yang dipelopori oleh Kala Dewata.
  • Pementasan drama yang didasarkan persoalan
    semasa, cinta budi orang Melayu, pendidikan dan
    konflik tentang kerakusan hidup di kota dan
    keharmonian hidup di desa. (Mana Sikana,
    199511).
  • Persoalan semasa untuk membentuk dan
    membangunkan negara serta diikutselarikan dengan
    dasar kerajaan menjadi asas kepada para
    dramatis mementaskan drama bentuk ini.
  • Kesediaan para dramatis bersama-sama pihak lain
    memberi satu nafas baru kepada perkembangan drama
    di Malaysia. Dekad ini dikenali juga sebagai
    zaman drama realisme.

17
  • Konsep pementasan drama realisme masih
    mengekalkan bentuk aksi seperti dalam drama
    bangsawan.
  • Persembahannya lebih lancar kerana tidak
    diselang selikan dengan selingan seperti tarian,
    nyanyian sama ada sebelum atau selepas sesuatu
    adegan.
  • Penggunaan bahasa lebih realistik dan tidak
    bersifat melankolik dengan kebanyakan pelakon
    memahami dan menghafal dialog secara eksplisit.
  • Bentuk pentasnya pula berbentuk bilik tamu
    dengan ruang-ruang pentas yang tidak
    dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian
    tertentu seperti yang wujud dalam drama
    bangsawan.

18
  • Selain Kala Dewata dramatis realisme yang
    terkenal ialah seperti Usman Awang, Awang Had
    Salleh, Othman Zainuddin, Bidin Subari, A. Shukor
    Harun dan A. Samad Said.
  • Kebanyakan drama mereka bertemakan kehidupan
    masyarakat sebenar yang berlaku sekitar dekad
    1960-an. Keterlibatan pada dramatis ini
    memberi senario baru kepada kerancakkan dunia
    pementasan.
  • Hal ini turut didorong oleh isu pembangunan dan
    soal pemikiran serta pengisian kemerdekaan
    negara yang akhirnya menuntut perubahan
    paradigma aktivis drama untuk beralih daerah
    dan kaedah pementasan yang lebih realistik
    sifatnya.
  • Perubahan kedah pementasan yang bercorak
    kepahlawanan atau kebenaran sejarah kepada
    pementasan drama yang menggambarkan kehidupan
    masyarakat semasa.

19
Sejarah Perkembangan Drama Realisme
  • Konsep pementasan drama realisme telah
    diperkenalkan oleh beberapa orang aktivis drama
    seperti George Bernard Shaw, Henrik Ibsen, August
    Strinberg dan Anton Chekhov di Eropah.
  • Dramatis Barat ini menggunakan peralatan
    realistik dalam pementasan drama mereka untuk
    menarik perhatian masyarakat kepada isu-isu
    semasa.
  • Pengaruhan pementasan bentuk ini akhirnya
    berkembang keserata tempat termasuk Malaysia
    yang dicubabawakan pada dekad 1960-an itu.

20
  • Penggaraban realistik . Latar setting cth
    dalam Atap Genting Atab Rumbia (Mustaffa Kamal
    Yassin, Tamu di Bukit Kenny (Usman Awang).
  • Perkembangan yang sama turut wujud dalam
    drama-drama radio yang antara lain mengemukakan
    dramatis seperti Salim Bachik, Fatimah Yassin,
    Othman Zainuddin.
  • Kemunculan televisyen sebagai medium penyiaran
    telah turut sama merancakkan drama di televisyen.
    Nama-nama seperti Zain Mahmud, Aziz Jahpin, Azizi
    Haji Abdullah mewarnai jalur perkembangan drama
    pada waktu itu.

21
  • Kegiatan drama 1970-an lebih kepesatan.
  • Faktor - IPT membuka ruang pementasan kepada
    para pensyarah dan pelajar masing-masing.
  • Penampilan kembali beberapa orang yang
    berpendidikan barat dalam kegiatan pementasan
    seperti Dinsman, Noordin Hasan, Syed Alwi
    mewujudkan gabungan bersama dengan kelompok sedia
    ada antaranya Hatta Azad Khan, Salleh Joned,
    Krishen Jit dan Johan Jaafar.
  • Kesan lahirnya drama beraliran absurd atau
    abstrak. Beberapa aliran drama muncul seperti
    surealisme (Tok Perak - Syed Alwi), absurdisme
    (Bukan Bunuh Diri - Dinsman) di samping
    mempergiatkan drama-drama beraliran realisme.

22
  • . Kekaburan, protes sosial serta perkembangan
    plot yang bercelaru dianggap sebagai ciri drama
    pada waktu itu.
  • Kebanyakan penulisnya mengkritik secara lantang
    terutama permasalahan yang berkaitan dengan
    ekonomi, politik dan keadilan sosial.
  • Ini terpapar dalam drama-drama Noordin Hassan
    (Tiang Seri Tegak Berlima), Johan Jaafar (Kotaku
    oh Kotaku) dan Hatta Azad Khan (Mayat).

23
  • Perkembangan mutakhir menampakan kelainan.
  • Aliran neo-realisme yang menampilkan
    persoalan-persoalan konvensional dari prespektif
    pemikiran baru dan segar.
  • Watak-watak tradisional diberi perwatakan baru
    untuk disesuaikan dengan permasalahan semasa.
  • Aliran ini dipelopori oleh aktivis drama iaitu
    Zakaria Ariffin menerusi dramanya Pentas Opera,
    Rahmah Bujang dalam drama Si Tanggang dan Noordin
    Hassan yang menampilkan drama Malam Ini Penyu
    Menangis.
  • Memberi kesan kepada perkembangan drama pentas di
    Malaysia.

24
Sekian, terima kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com