Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914

Description:

Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914 MAKSUD IMPERIALISME Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1185
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 34
Provided by: Rodz7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914


1
Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat
di Asia Tenggara pada tahun 1914
CHINA
VIETNAM
BURMA
LAOS
THAILAND
FILIPINA
KEMBOJA
SABAH
TANAH MELAYU
PETUNJUK
SARAWAK
INDONESIA
TIMOR-TIMUR
2
KESAN IMPERIALISME
3
MAKSUD IMPERIALISME
  • Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan
    wilayahnya untuk kepentingan tertentu
  • Berlaku sejak semenjak zaman Empayar Yunani dan
    Rom
  • Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, di
    mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah
    di Amerika Latin, Afrika dan Asia

4
EMPAYAR YUNANI/ROM
5
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
  • Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda,
    Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat
  • 1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor
    Laste
  • Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina
  • Belanda menjajah Indonesia
  • British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah,
    Sarawak dan Brunei
  • Peranchis menjajah IndoChina
  • Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk
    menguasai perdagangan rempah sahaja.
  • Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan
    kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai
    ekonomi politik tanah jajahan.
  • Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara
    kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis
    Barat

6
Faktor-faktor imperialisme Barat
  • Geografi
  • Revolusi Perindustrian
  • Sistem perhubungan dan pengangkutan
  • Persaingan kuasa-kuasa Barat
  • Beban Orang Putih

7
Geografi
  • Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan
    China dan India
  • Menjamin pasaran yang lebih luas
  • Tanah yang subur
  • Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti
    Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah,
  • Thailand- bijih timah dan kayu jati
  • Burma- kayu jati
  • Filipina- tebu dan kelapa

8
Revolusi Perindustrian
  • Menyebabkan dasar imperialisme berubah.
  • Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai barang
    dagangan mewah
  • Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang
    kilang dikeluarkan secara besar-besaran
  • Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan
    pasaran baru
  • Kesannya imperialisme Barat pesat di China, India
    dan Asia Tenggara.

9
(No Transcript)
10
Sistem perhubungan dan pengangkutan
  • Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak
    diangkut
  • Mempercepatkan perjalanan Timur Barat
  • Pembukaan Terusan Suez 1869 yang menghubungkan
    Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan
    jarak perjalanan antara Barat dan Timur
  • Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan
    Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat
    menjimatkan kos

11
TERUSAN SUEZ
12
  • Penciptaan telegraf- kuasa imperialis dapat
    memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah
    jajahan dengan lebih cepat
  • Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan
    wakil-wakil mereka di Timur dan
  • urusan perniagaan menjadi lebih mudah
  • Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat

13
Persaingan kuasa-kuasa Barat
  • Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan
    tanah jajahan
  • Semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan
    diterima
  • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan
    kekayaan kuasa barat.

14
Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun
  • Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun
  • Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk
    di Asia
  • British Belanda beban kulit putih
  • Peranchis tugas sebarkan tamadun
  • Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan
    agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

15
TERUSAN SUEZ
16
Perubahan Sistem Politik Asia Tenggara
  • Sebelum kehadiran barat pemerintahan beraja.
  • Selepas kedatangan barat- digantikan dengan
    sistem birokrasi Barat.

17
Ciri-Ciri Birokrasi Barat
18
Filipina
  • Sebelum penjajahan
  • Terdiri daripada daerah-daerah kecil barangay
    yang diperintah oleh golongan Datu.
  • Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam.
  • Selepas penjajahan
  • Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan
  • Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi
    peringkat pusat
  • Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil

19
  • Barangay disatukan menjadi encomienda yang
    ditadbir oleh encomiendaro
  • Tugas encomiedaro
  • Menjaga keamanan
  • Mengutip cukai
  • Mengkristiankan penduduk barangay
  • Penyatuan barangay menjejaskan kuasa Datu
  • Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina
    kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan
    tenaga

20
Indonesia
  • Sebelum penjajahan
  • Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan
    Bantam
  • Diperintah oleh raja dan pembesar
  • Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar
    daerah
  • Selepas penjajahan(Belanda)
  • Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
    diperkenalkan
  • Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General
    yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda

21
  • Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar
    tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda
  • Ditubuhkan jabatan kerajaan Jabatan Pelajaran
    dan Jabatan Pertanian.
  • Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai
    penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa
    undang-undang
  • Majlis Rakyat Volksraad ditubuhkan atas desakan
    Parti Sarekat Islam.

22
Burma
  • Sebelum penjajahan
  • Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti
    Konbaung
  • Raja dibantu oleh Majlis diraja Huttaw
  • Pegawai kerajaan wun
  • Ketua Bandar myothugyi
  • Pegawai dirajaAhmudan
  • Pembesar tradisional Athi
  • Raja penaung sami Buddha

23
  • Selepas penjajahan
  • Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma dikuasai
    oleh British
  • Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan
    pembesar dihapuskan
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah
    tertinggi
  • Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta
    Perkampungan Burma(1889) melenyapkan pemerintahan
    tradisional
  • Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai bandaran
    Myo-ok

24
  • Undang-undang Barat diperkenalkan
  • Pengaruh golongan agama merosot
  • Fungsi raja sebagai penaung sami terhapus
  • Majlis Perundangan ditubuhkan
  • Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan
    Pelajaran diwujudkan.

25
Indochina
  • Sebelum penjajahan
  • Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang
    berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada
    pembesar tempatan.
  • Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja
    berkuasa mutlak
  • Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang
    dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa
    dan kesusasteraan China

26
  • Selepas penjajahan (Perancis)
  • Pentadbiran diketuai oleh Gabenor general yang
    bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah
    Jajahan di Paris.
  • Dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah
    naungan/jajahan
  • Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen General
  • Leftenan General dibantu oleh
  • Residen Wilayah
  • Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagai Union
    Indochinoise (1887)

27
  • Merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri
    daripada Vietnam dan Kemboja
  • Laos menyertainya pada tahun 1904
  • Semua undang-undang di Indochinoise diluluskan
    oleh Parlimen Perancis.
  • Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan
    pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan
    kerahan tenaga

28
Tanah Melayu
  • Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu
    Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan
    institusi raja di Melaka
  • Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus
    terhapus
  • Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang
    dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri
    Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi
    NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor.
    Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu
    dikekalkan
  • Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak,
    Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British
    telah memperkenalkan Sistem Residen

29
  • Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB),
    Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor,
    British memperkenalkan Sistem Penasihat
  • Residen dan penasihat British ini diletakkan di
    bawah Gabenor NNS
  • Tugas utama residen dan penasihat British adalah
    untuk menasihati Sultan dalam semua perkara
    kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
    Melayu

30
Thailand
  • Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut
    dan Raja Chulalongkorn
  • Dasar Raja Mongkut
  • Melantik 80 penasihat Barat mengetuai pelbagai
    jabatan di samping melatih pegawai tempatan
  • Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis dari Britain

31
Raja Chulalongkorn
  • Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis
    Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat
    raja dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet
    Menteri(terdiri daripada golongan bangsawan
    berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian)
  • Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian
    perbendaharaan negara
  • Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan
    diperkenalkan menggantikan raja berkuasa mutlak.
  • Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh
    pembesar tradisional dan institusi raja.
  • Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan
    antara faktor penting dalam mengekalkan
    kemerdekaan Thailand.

32
RAJA CHULALONGKORN
33
Rumusan
  • Pada keseluruhannya, perubahan sistem politik
    yang diperkenalkan oleh imperialis Barat terhadap
    negara yang dijajah menjadi faktor kejayaan
    mereka menguasai ekonomi tanah jajahan untuk
    kepentingan mereka.
  • Walaupun institusi-institusi pemerintahan beraja
    masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi
    peranannya berkurangan.
  • Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah
    mengambil alih peranan raja dan pembesar yang
    akhirnya membawa kepada tercetusnya gerakan
    nasionalisme di Asia Tenggara.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com