EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK - PowerPoint PPT Presentation

1 / 27
About This Presentation
Title:

EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Description:

PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN arasid_at_putra.upm.edu.my Lahir di Malta pada 1933 Bidang pemikiran kreatif Prinsip De Bono: A. sentiasa bersikap positif dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:153
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 28
Provided by: iDEC3
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


1
EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
  • PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN
  • arasid_at_putra.upm.edu.my

2
Edward de Bono
3
  • Lahir di Malta pada 1933
  • Bidang pemikiran kreatif
  • Prinsip De Bono
  • A. sentiasa bersikap positif dan konstruktif
  • B. tujuan berfikir
  • C. pemikir alternatif
  • D. penglibatan nilai

4
SIFAT KECERGASAN SEMULA JADI PADA KANAK-KANAK
  • Edward de Bono (1993) menggunakan pendekatan CoRT
    Thinking Programme yang membina perkembangan dan
    kecerdasan pemikiran kanak-kanak.

5
  • 6 bahagian program Cognitive Research Trust
  • CoRT 1 Keluasan
  • CoRT 2 Organisasi
  • CoRT 3 Interaksi
  • CoRT 4 Kreativiti
  • CoRT 5 Maklumat dan rasa
  • CoRT 6 - Tindakan

6
CoRT Program
  • CoRT 1 - terdapat perkara yang boleh diambil kira
    dan dikaitkan dengan kecerdasan pemikiran
    kreativiti kanak-kanak.
  • Aims, Goals and Objectives (AGO) Tujuan,
    Matlamat dan Objektif
  • First Important Priorities (FIP) - Perkara
    Penting yang Menjadi Keutamaan
  • Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua
    faktor

7
  • Other Peoples View (OPV) - Pandangan orang
    lain
  • Alternatives, Possibilities and Choices (APC) -
    Alternatif, kemungkinan, pilihan
  • Consequence Sequel (CS) - Kesan dan
    akibat daripada kesan
  • Plus, Minus Interesting (PMI) Yang baik, yang
    buruk dan yang menarik

8
  • Aims, Goals and Objectives (AGO) Tujuan
  • Matlamat dan Objektif
  • Membantu kanak-kanak supaya lebih fokus apabila
    berfikir.
  • Membantu supaya tidak tersasar jauh daripada
    matlamat berfikir
  • Menyelesaikan masalah yang utama.

9
  • AGO dapat dikaitkan dengan tujuan asal
  • seseorang itu berfikir.
  • Menggelak kanak-kanak daripada memikirkan
  • perkara-perkara yang tidak berkaitan dan hal
  • yang remeh-temeh.
  • AGO juga menghalang kanak-kanak
  • menyeleweng ke arah lain.

10
  • First Important Priorities (FIP) - Perkara
    penting yang menjadi keutamaan
  • FIP untuk membantu kanak-kanak supaya mengambil
    kira perkara-perkara yang mustahak
  • Menghalang kanak-kanak berfikir perkara yang
    tidak penting
  • Kanak-kanak menyusun perkara-perkara yang
    penting sahaja sebagai maklumat penting.
  •  

11
  • Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua
    faktor
  • Meluaskan pandangan ke arah yang penting.
  • Mudah dipelajari , diingat dan digunakan dalam
    kehidupan seharian.
  • Melatih otak kanak-kanak jangan berfikir satu
    hala sahaja.
  • Ia menolong meluaskan persepsi.

12
  • Other Peoples View (OPV) - Pandangan orang
    lain
  • Kanak-kanak fikirkan ada memberi kesan kepada
    orang lain.
  • OPV membantu kanak-kanak memahami sudut
    pandangan orang lain.
  • Kanak-kanak boleh merasai apa kanak-kanak lain
    rasa.

13
  • Alternatives, Possibilities and Choices (APC) -
    Alternatif, kemungkinan, dan pilihan
  • Digunakan supaya kanak-kanak berfikir secara
    selari.
  • Mengkehendaki kanak-kanak berfikir mara ke depan
    dan beberapa perkara secara serentak.
  • Kanak-kanak akan mencipta pelbagai penjelasan dan
    persepsi.

14
  • Consequence Sequel (CS) - Kesan dan
    akibat daripada kesan
  • Guna CS untuk meramalkan apa yang akan berlaku
    pada masa depan.
  • Tujuannya untuk membuat penilaian secara terbaik.

15
  • Plus, Minus Interesting (PMI) baik, buruk dan
    menarik
  • Kanak-kanak mengarahkan mindanya ke arah yang
    penting sahaja. Individu yang cekap akan
    membuat penilaian atas apa-apa yang mereka lihat
    mahupun dengar. Penilaian mereka berdasarkan apa
    yang mereka tahu.
  • Mudah digunakan. Ia sangat sesuai dengan
    kehidupan seharian kanak-kanak.

16
ENAM TOPI BERFIKIR Edward de Bono
  • Topi putih Pemikiran berdasarkan maklumat, fakta
    dan data.
  • Siapa?, berapa?, di mana?, bila?,
    bagaimana?.
  • Topi merah Pemikiran berkaitan perasaan, naluri
    dan gerak hati.
  • Apa? dan mengapa?

17
  • Topi hitam Pemikiran perihal penghakiman,
    kebenaran dan kesesuaian fakta.
  • Kanak-kanak mengetahui kebenaran sama ada betul
    atau salah, benar ataupun palsu
  • Kanak-kanak dapat menghindarkan diri melakukan
    kesalahan, kesilapan ataupun membuat keputusan
    yang tidak bijak. Soalan yang sering ditanya
    ialah Adakah...?
  • Mementingkan realiti dan kebenaran. Kanak-kanak
    cenderung mencari apa-apa sahaja yang terbukti
    salah.

18
  • Topi kuning Pemikiran berkaitan kelebihan,
    manfaat dan keunikan sesuatu idea.
  • Lambang pemikiran konstruktif, iaitu gaya
    pemikiran membina, mencari segala kebaikan,
    manfaat, kelebihan, keunikan ataupun faedah
    daripada mana-mana idea. Kanak-kanak akan
    bertanya
  • Apakah manfaatnya?
  • Apakah faedahnya?
  • Di manakah kebaikannya?

19
  • Topi hijau Memikir idea baharu, cadangan,
    eksplorasi dan alternatif.
  • Gaya pemikiran kreatif.
  • Kanak-kanak mencari idea, alternatif dan
    menyediakan cadangan-cadangan baharu.
  • Kanak-kanak mencari sebanyak mungkin idea baharu.
    Idea yang ada jangan dikritik.

20
  • Mengambil idea lucu ataupun pelik ataupun
    dianggap gila-gila.
  • Kanak-kanak digalak mencabar idea lama.
  • Kita perlukan idea baharu.
  • Kita perlukan cadangan baharu di sini.
  • Kita memerlukan cara baharu di sini.

21
  • Topi biru Pemikiran tentang bagaimana mengawal
    dan menyelia proses berfikir bagi enam topi itu.
  • Kanak-kanak ini menganggap dirinya lebih baik
    daripada kanak-kanak lain.
  • Kanak-kanak ini dapat menegur idea kanak-kanak
    lain. Kanak-kanak ini cuba menjadi hero.
  • Memaksimumkan kejayaan melalui gabungan dengan
    idea kanak-kanak lain.

22
Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences)
  • Howard Gardner mempercayai kanak-kanak yang
    kreatif dan mengalami perkembangan kecerdasan
    yang melibatkan otak dapat dibahagikan kepada
    sembilan kumpulan.
  • Kecerdasan bahasa
  • Mempunyai kemahiran berbahasa tinggi, baik dari
    segi pertuturan mahu pun penulisan.

23
  • Kecerdasan logikal/matematik
  • Kanak-kanak sering digelar pemikiran saintifik,
    iaitu melibatkan pemikiran induktif dan deduktif,
    penaakulan, proses pengiraan dan struktur logik.
  • Kecerdasan tampak/ruang
  • Pengamatan tampak, menghasilkan imej mental, peka
    dalam gambaran pola atau corak.

24
  • Kecerdasan kinestetik
  • Pergerakan fizikal atau psikomotor, kebebasan
    tubuh badan yang berkait rapat dengan gerak balas
    otak.
  • Kecerdasan ritma/muzik
  • Penguasaan corak ton muzik dan bunyi. Kanak-kanak
    sensitif pada bunyi dan irama.

25
  • Kecerdasan interpersonal
  • Hubungan dengan orang lain dari segi komunikasi.
    Mempengaruhi orang lain kerana mempunyai
    kemahiran tertentu.
  • Kecerdasan intrapersonal
  • Mempunyai keyakinan dan pemahaman pada diri
    sendiri, kemahuan, perasaan dan kesedaran yang
    dimiliki.

26
  • Kecerdasan spiritual
  • Keupayaan luar jangkaan manusia biasa,
    berkeupayaan bertindak atau berkomunikasi secara
    yang tidak lazim, mencakupi dimensi roh (ghaib)
    yang luar keupayaan manusia biasa.
  • Kecerdasan ekologi
  • Keupayaan manusia menyesuaikan dirinya dan
    mengadaptasikan dengan suasana dan keadaan alam
    persekitarannya.

27
  • Sekian.
  • Terima kasih.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com