Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender - PowerPoint PPT Presentation

1 / 20
About This Presentation
Title:

Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender

Description:

Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender Oleh: TENGKU NAUFAL TENGKU MANSOR LL.B (Hons) IIUM LL.M (Comm & Corp Law) London M Sc. (Corp Comm) Uniputra – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:659
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 21
Provided by: anmGovMy
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender


1
Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender
Oleh TENGKU NAUFAL TENGKU MANSOR LL.B (Hons)
IIUM LL.M (Comm Corp Law) London M Sc. (Corp
Comm) Uniputra Peguambela Peguamcara Mahkamah
Tinggi Malaya Peguam Syarie Wilayah Persekutuan
2
(No Transcript)
3
Keganasan Berasaskan Gender.
  • Wanita adalah kejadian/makhluk yang lemah
  • Wanita sering melakukan kesilapan
  • Wanita dilahirkan untuk berkhidmat kepada lelaki
  • Wanita adalah objek memuaskan nafsu seks
  • Wanita tidak berfikiran yang rasional
  • Wanita hidup adalah atas ihsan suami (lelaki)
  • Wanita perlu bergantung sepenuhnya kepada suami
    (lelaki)

4
Keganasan Berasaskan Gender
  • Taraf /status wanita adalah jauh lebih rendah
    daripada lelaki
  • Lelaki berkuasa penuh terhadap wanita
  • Lelaki adalah berhak menentukan halatuju hidup
    wanita yang tidak mampu/tidak boleh membuat
    keputusan sendiri
  • Lelaki boleh memukul wanita kerana lelaki adalah
    ketua kepada wanita

5
Keganasan Terhadap Wanita-Bagaimana ia berbeza
dari keganasan yang lain?
  • Keganasan terhadap wanita adalah keganasan
    terhadap gender. Ia adalah keganasan yang
    tertumpu terhadap wanita kerana ketidakseimbangan
    taraf lelaki dan wanita dalam masyarakat.

6
Keganasan Terhadap Wanita Jenis(I)
  • Keganasan Rumah Tangga
  • Rogol
  • Sumbang Mahram
  • Pelacuran Paksa
  • Penjualan Manusia
  • Memalukan/menjatuhkan maruah

7
Keganasan Terhadap Wanita Jenis(II)
  • Mengurung
  • Female Genital Mutilation
  • Perkahwinan awal
  • Honour Killing
  • Pengasingan Sosial

8
AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994
  • Seksyen 2 AKRT 94
  • Definisi Keganasan Rumahtangga
  • mengancam untuk mencedera
  • menyebabkan kecederaan fizikal
  • memaksa atau mengugut untuk berbuat sesuatu
    (seks)
  • mengurung
  • menyebabkan kesedihan, keganasan, kemusnahan
    kepada harta

9
Kategori-kategori Keganasan Terhadap Wanita
Penderaan Psikologi dan Emosi Ugutan, penghinaan,
menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan
kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana
ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan
perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal
kehidupan sendiri.
10
  • Penderaan Fizikal
  • Memukul, menumbuk, menampar,
    menggigit, menendang, melukakan, mematahkan
    tulang, membaling barang dan menggunakan senjata
    adalah contoh jelas penderaan seumpama ini.
    Menghalang keperluan manusia seperti makan,
    minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah
    juga merupakan salah satu bentuk penderaan
    fizikal.

11
  • Penderaan Seksual
  • Memaksa melakukan atau melihat
    sesuatu berbentuk seksual tanpa
    kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita
    ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan
    sebagai penderaan seksual.

12
  • Penderaan Sosial
  • Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam
    rumah di mana wanita sering didorong untuk
    bergantung kepada pasangan masing-masing dan
    diasingkan dari mendapat sokongan luar.

13
  • Penderaan Kewangan
  • Seorang wanita yang dihalang dari mencari
    pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk
    membuka akaun bank atau menyimpan wang
    pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi
    penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan
    terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan
    seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada
    tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun
    keperluan asas beliau.

14
(No Transcript)
15
  • Undang-Undang Yang Wujud
  • Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
  • Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
  • Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan
    Perceraian) 1976
  • Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 1997

16
  • Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi
    Keganasan Rumah Tangga
  • Suami adalah pelindung kepada isteri
  • Suami perlu mentadbir rumah tangga dengan hikmah
    dan kebijaksanaan bukan emosi dan keganasan
  • Isteri berhak dihormati sebagai insan yang
    membantu memudahkan kerja suami
  • Tidak salah jika suami membantu isteri bagi
    kerja-kerja di dapur

17
  • Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi
    Keganasan Rumah Tangga
  • Suami Isteri perlu berbincang dalam membuat
    sesuatu keputusan
  • Anak lelaki dan perempuan adalah kurniaan Tuhan
    sebagai amanah yang perlu disayangi secara
    saksama
  • Anak perempuan tidak membawa malang kepada
    keluarga
  • Isteri berhak memenuhi impian perkembangan diri

18
  • Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi
    Keganasan Rumah Tangga
  • Tiada siapa yang berhak menyiksa mana-mana insan
    yang lain
  • Keganasan kepada wanita adalah jenayah
  • Walaupun Islam membenarkan pukul isteri dalam
    keadaan isteri nusyuz, tetapi tidak digalakkan
  • Terima hakikat dan hargai perbezaan antara suami
    dan isteri-elak stereotyping

19
  • Buat Renungan
  • Di antara orang-orang mukmin yang terbaik
    imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan orang
    yang terbaik akhlaknya ialah orang yang terbaik
    sikapnya terhadap isterinya
  • Hadis Rasulullah
  • Orang baik-baik antara kamu, nescaya tidak akan
    memukul isterinya Hadis Rasulullah

20
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com