USUL AL - TAFSIR - PowerPoint PPT Presentation

1 / 28
About This Presentation
Title:

USUL AL - TAFSIR

Description:

Ilmu Tajwid satu disiplin ilmu atas kaidah2 berkisar pada cara waqaf, ikhfa , iklab, idgham dan sebagainya.( tatacara membaca al-Quran) Kata kunci: ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:425
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 29
Provided by: andalusSg
Category:
Tags: tafsir | usul | tajwid

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: USUL AL - TAFSIR


1
USUL AL - TAFSIR
  • KULIAH KEDUA

U. MOHAMAD ZAHIR BIN KASIR Dikemaskini oleh Siti
Fairuz Bte Ramlan
2
NUZUL AL QURAN
SECARA BERANSUR
3
Ayat diturunkan secara beransur-ansur /
berperingkat-peringkat
  •   Al-Quran turun ke atas Nabi s.a.w. secara
    beransur-ansur selama 23 tahun, kebanyakan
    waktunya Nabi s.a.w. berada di Mekah.
  • )?????????? ??????????? ???????????? ?????
    ???????? ????? ?????? ?????????????? ??????????)
    (??????? 106(
  • Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan
    beransur-ansur agar kamu membacakannya
    perlahan-lahan kepada manusia dan Kami
    menurunkannya bahagian demi bahagian.

Kata kunci di Mekah, beransur-ansur selama 23
tahun
4
Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur
  • Melalui pembahagian al-Quran kepada Madaniyyah
    dan Makkiyyah, dapat diketahui bahawa al-Quran
    turun ke atas Nabi s.a.w. secara beransur-ansur
    mempunyai hikmah-hikmah tertentu seperti
  • Meneguhkan hati Nabi s.a.w.  berdasarkan firman
    Allah Taala (al-Furqan 2532-33) - Maksudnya
    Dan berkatalah orang-orang kafir Mengapa
    al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali
    turun sahaja? Demikianlah supaya Kami perkuat
    hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara
    tartil (teratur dan benar). Tidaklah orang-orang
    kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang
    ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu
    yang benar dan yang paling baik penjelasannya.
  • Memudahkan hafalan, kefahaman dan amalan terhadap
    al-Quran kepada manusia dengan membacanya sedikit
    demi sedikit. Firman Allah Taala (al-Isra
    17106) - Maksudnya Dan al-Quran itu telah Kami
    turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
    membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan
    Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.

Kata kunci teguhkan hati nabi, mudahkan hafalan
5
Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur
  • Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima
    dan beramal dengan ayat-ayat yang turun. Cara
    beransur menjadikan manusia menanti-nanti dengan
    penuh semangat dan kerinduan terhadap penurunan
    ayat khususnya apabila keadaan amat memerlukan
    seperti peristiwa al-Ifk (fitnah/pendustaan) dan
    al-Lian (laknat melaknati).
  • Pensyariatan secara berperingkat sehinggalah
    sampai ke tahap sempurna
  • seperti dalam ayat-ayat pengharaman arak yang
    mana meminum arak itu merupakan amalan dan
    kebiasaan manusia. Adalah berat bagi mereka
    sekiranya turun ayat yang serta-merta
    mengharamkan arak.)

Kata kunci motivasi/ pensyariatan yang
berperingkat
6
Contoh hikmah ke empat
  • Ayat pertama turun ialah firman Allah Taala
    (al-Baqarah 2219) - Maksudnya Mereka bertanya
    kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah
    Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan
    beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya
    lebih besar dari manfaatnya.
  • Ayat ini membuka penerimaan mereka terhadap
    pengharaman arak kerana akal yang waras menuntut
    supaya meninggalkan perkara yang dosanya lebih
    besar daripada manfaatnya.
  •  
  • Ayat kedua turun ialah firman Allah Taala (
    al-Nisa 443) - Maksudnya Hai orang-orang yang
    beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam
    keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang
    kamu ucapkan.
  •  
  • Ayat ini melatih mereka supaya meninggalkan arak
    pada masa-masa tertentu iaitu masa solat.
  •      

7
Sambungan Contoh hikmah ke4
  • Ayat terakhir turun ialah firman Allah Taala
    (al-Maidah 590-92) - Maksudnya Hai orang-orang
    yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar,
    berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi
    nasib dengan panah, adalah perbuatan keji
    termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
    perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
    keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud
    hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
    antara kamu lantaran (meminum) khamar dan
    berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati
    Allah dan sembahyang maka berhentilah kamu (dari
    mengerjakan pekerjaan itu). Dan taatlah kamu
    kepada Allah dan taatlah kamu kepada RasulNya dan
    berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka
    ketahuilah bahawa sesunguhnya kewajipan rasul
    Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan
    terang.
  •  
  • Ayat ini melarang sama sekali minum arak pada
    semua ketika selepas hati-hati manusia terbuka
    untuk menerima pengharaman arak dan juga selepas
    jiwa-jiwa dilatih meninggalkannya pada masa-masa
    tertentu.

8
Tertib susunan Al-Quran
  • Susunan al-Quran ialah bacaannya satu persatu
    sepertimana yang termaktub dalam mushaf dan
    dihafal dalam dada. Susunan al-Quran terbahagi
    kepada 3 jenis
  •   Susunan perkataan di mana setiap perkataan
    diberi tempatnya dalam satu-satu ayat. Susunan
    ini sabit dengan nas dan ijmak. Setakat ini, kami
    masih belum jumpa dengan orang yang menyalahi
    kewajipan susunan ini dan pengharaman
    menyalahinya. Tidak dibenarkan membaca
  • ??? ????? ?? ????????.
  •      untuk menggantikan ayat kedua surah
    al-Fatihah
  • ????????? ????? ????? ?????????????

Kata kunci susunan perkataan-mengikut nas dan
ijma
9
Tertib susunan Al-Quran
  •   Susunan ayat-ayat di mana setiap ayat diberi
    tempatnya dalam satu-satu surah. Susunan ini
    ditetapkan melalui nas dan ijmak. Ianya wajib
    menurut pendapat (lebih kuat) dan haram
    menyalahinya. Tidak dibenarkan membaca
  •  ???? ??? ?????.
  • ?????? ??????.
  • untuk menggantikan ayat 3 dan 4 surah al-Fatihah
  • ?????????? ?????????? 
  • ?????? ?????? ????????
  • Dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa
  • ??? ???? ??????? (14)?? ??? ???? ?? ?????? ???
    ?????? ?? ???? ??? ???? ???? ?? ???? ?????
    (??????????? ????????????? ???????? ???????????
    ?????????? ????????? ??????????????? ????????
    ????? ????????? ?????? ????????? )(?????? ?????
    240) ?? ????? ????? ?????? ???? ???? ????? (
    ??????????? ????????????? ???????? ???????????
    ?????????? ????????????? ???????????????
    ?????????? ???????? ????????? )(?????? ?????
    234) ???? ????? ?? ??????? ??? ??? ?????? ?
    ???? ????? ??? ???? ??? ?? ??? ??? ?? ???? ????
    ??? ?? ????? .

Kata kunci susunan ayat-mengikut nas dan ijmak
10
-Tertib susunan Al-Quran
  • Maksudnya
  •  Abdullah bin al-Zubair telah berkata kepada
    Uthman bin Affan berkenaan ayat (al-Baqarah
    2240, yang bermaksud)
  • Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di
    antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah
    berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi
    nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak
    disuruh pindah (dari rumahnya).Bagaimanakah ayat
    ini dinasakhkan oleh ayat (al-Baqarah 2234, yang
    bermaksud) Orang-orang yang meninggal dunia di
    antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri
    (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya
    (beriddah) empat bulan sepuluh hari.Sedangkan
    ayat kedua ini susunannya sebelum ayat pertama.
    Abdullah berkata, Kenapa kamu menulisnya? Jawab
    Uthman, Wahai anak saudaraku, aku tidak akan
    mengubah satupun ayat-ayat itu daripada
    tempatnya.

11
-Tertib susunan Al-Quran
  • ???? ????? ??? ???? ??? ?? ????? ??? ???? ????
    ???? ??? ???? ???? ????? ???? ????? ? ???? ???
    ??? ???? ????? ? ??? ??? ?? ??? ?????????? ? ????
    ??? ?????? ?? ?????? ???? ???? ???? ??? ????. ?
  • Maksudnya
  • Daripada Uthman r.a. bahawa beberapa surah turun
    ke atas Nabi s.a.w. Apabila turun ke atasnya
    sesuatu daripada al-Quran, Baginda akan memanggil
    mereka yang menulis seraya berkata, Letakkan
    ayat-ayat ini dalam surah yang menerangkan
    tentang sekian dan sekian.

12
-Tertib susunan Al-Quran
  • Susunan surah di mana setiap surah diberi
    tempatnya dalam mushaf. Susunan ini ditetapkan
    melalui ijtihad dan tidak wajib.
  • Terdapat sebuah hadith diterangkan 
  • ?? ????? ?? ?????? ??? ???? ??? ??? ??? ????
    ???? ???? ??? ????? ???? ????? ??? ???? ???? ????
    ?????? ? ?? ?????? ? ?? ?? ?????.3
  • Maksudnya
  • Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. bahawa
    beliau pernah solat bersama Nabi s.a.w. suatu
    malam di mana Nabi s.a.w. telah membaca
    al-Baqarah, kemudian al-Nisa, kemudian Ali Imran.

Kata kunci susunan surah-mengikut ijtihad ulama
13
-Tertib susunan Al-Quran
  • Dalam riwayat lain disebut
  •  
  • ?? ?????? ??? ??? ?? ?????? ??????? ??? ???????
    ????? ?? ????? ???? ?? ??? ?? ??? ?? ?????? ?????
    ????
  •  Maksudnya
  •  
  • Daripada al-Ahnaf bahawa beliau membaca surah
    al-Kahf pada rakaat pertama dan surah Yusuf atau
    Yunus pada rakaat kedua. Beliau mengatakan bahawa
    beliau solat subuh bersama Umar bin al-Khattab
    dengan dua surah itu.
  • Ibnu Taimiyah berkata, Dibenarkan membaca satu
    surah sebelum surah lain dan begitu jugalah
    didalam penulisan. Disebabkan inilah,
    mushaf-mushaf para sahabat berbeza-beza dalam
    penulisan. Akan tetapi selepas mereka bersepakat
    atas satu mushaf pada zaman Uthman, perkara ini
    menjadi salah satu daripada sunnah al-Khulafa
    al-Rashidin. Terdapat hadith yang menunjukkan
    bahawa mengikut sunnah mereka adalah wajib.

14
Penulisan Dan Pengumpulan Al-Quran
  • Penulisan dan pengumpulan al-Quran terbahagi
    kepada 3 peringkat
  • Peringkat pertama pada zaman Nabi s.a.w. dimana
    cara yang dipentingkan ialah hafalan melebihi
    penulisan kerana ingatan kuat dan hafalan cepat
  • Peringkat kedua pada zaman Abu Bakar pada tahun
    12 Hijrah. Sebabnya ialah banyak al-Qurra (para
    hafiz) telah terbunuh dalam peperangan al-Yamamah
    di samping kekurangan orang yang tahu menulis
    dan alat-alat tulis.
  • Peringkat ketiga pada zaman Amir al-mukminin
    Uthman bin Affan pada tahun 25 Hijrah. Sebabnya
    ialah berlakunya perselisihan manusia dalam
    bacaan (qiraat) al-Quran berdasarkan perbezaan
    lembaran-lembaran al-Quran yang berada dalam
    tangan para sahabat.

15
NUZUL AL QURAN IBTIDAI DAN SABABIY
  1. Penurunan Ibtidaiy, iaitu yang tidak didahului
    oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan
    al-Quran. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran adalah di
    bawah bahagian ini. Contohnya ialah firman Allah
    Taala (al-Taubah 975)
  2. Penurunan bersebab (berpunca), iaitu yang
    didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan
    penjelasan al-Quran. Sebab (punca) itu pula
    terdiri daripada beberapa bentuk
  3. Soalan yang dijawab oleh Allah Taala
  4. Peristiwa yang memerlukan keterangan dan
    peringatan
  5. Perbuatan atau kejadian yang memerlukan hukum.

16
Nuzul As Sababiy/ Asbabun Nuzul
  • Soalan yang dijawab oleh Allah Taala. Contohnya
    firman Allah Taala (al-Baqarah 2189) -
    Maksudnya Mereka bertanya kepadamu tentang bulan
    sabit. Katakanlah Bulan sabit itu adalah
    tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat)
    haji.
  • Peristiwa yang memerlukan keterangan dan
    peringatan. Contohnya firman Allah Taala
    (al-Taubah 965) - Maksudnya Dan jika kamu
    tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka
    lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab
    Sesungguhnya Kami hanyalah bersenda gurau dan
    bermain-main sahaja
  • Ayat ini turun dalam peperangan Tabuk berkaitan
    seorang lelaki munafik yang berkata, Tidak
    pernah kami lihat orang-orang yang perutnya
    lahap, lidahnya penipu dan pengecut pula semasa
    bertempur seperti qari-qari kita itu. Orang yang
    dia maksudkan ialah Rasulullah s.a.w. dan para
    sahabat. Perkara ini kemudiannya sampai kepada
    Rasulullah s.a.w. lalu ayat al-Quran turun
    berkaitannya. Lelaki tersebut datang dan memberi
    alasan kepada Nabi s.a.w.. Baginda hanya menjawab
    (dengan membaca potongan ayat ini (al-Taubah
    965) - Maksudnya Apakah dengan Allah,
    ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu
    berolok-olok?1
  • Perbuatan yang memerlukan hukum. Contohnya firman
    Allah Taala (al-Mujadilah 581) - Maksudnya
    Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan
    wanita yang bersoal jawab denganmu tentang
    suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah.
    Dan Allah mendengar perbincangan antara kamu
    berdua. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi
    maha melihat.

17
Faedah mengenal Asbabun Nuzul
  • Penjelasan bahawa al-Quran itu turun daripada
    Allah Taala. Kadang-kadang apabila Nabi s.a.w.
    ditanya tentang sesuatu, Baginda tidak menjawab.
    Sebaliknya, Baginda menunggu penurunan wahyu.
    Contohnya firman Allah Taala (al-Isra 1785) -
    Maksudnya
  • ?? ???? ?? ?????? ??? ?? ??? ?????? ?? ??????
    ????? ??? ??? ????? ????? ??? ???? ???? ?????
    ??? ??? ????? ????? ????? ??? ???? ????? ????
    ?????? ???? ??? ????? ???)?????????????? ????
    ???????? ???? ???????? ???? ?????? ?????? ?????
    ?????????? ???? ????????? ?????? ????????(
  • Penjelasan bahawa Allah Taala mengambil berat
    tentang rasulNya dengan mempertahankannya.
    Contohnya firman Allah Taala (al-Furqan 2532)-
    Maksudnya
  • ??? ??? ??? ???? ??? ??? ??? ????????? ???? ????
    ???? ??? ????? ?????? ???? ??? ???? ???? ????
    ??????? ?????? ????? ??? ??? ????? ????? ?? ?????
    ??? ???? ???? ????? ???? ????? ??? ???? ???? ????
    ???? ?????? ??? ??? ?? ???? ??? ??? ???? ??? ????
    ???????? ?????? ?? ?????? ?????? ???? ???? ???
    ???? ???? ?????  ????? ???? ????? ??? ?? ???
    ????? ? ??????? ????? ???? ???? ??? ???? ????
    ????

18
Faedah mengenal Asbabun Nuzul
  • Penjelasan dari Allah S.W.T atas sesuatu masalah.
    Contohnya hadis mengenai tayammum
  • ??? ??? ??? ?????? ??? ???? ????   ? ??? ?? ?????
    ??? ???? ???? ???? ?? ??? ?????? ????? ?????  ???
    ???? ???? ???? ?????? ????? ????? ??? ??? ????
    ????? ??? ??? ??? ???? ???? ??????
  • ????  ????? ???? ??? ?????? ??????? ???? ???? ??
    ???? ?? ?? ???? ?????? ?? ?? ??? ???
  • Kefahaman ayat dengan tepat. Contohnya firman
    Allah Taala (al-Baqarah 2158) - Maksudnya
    Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian
    dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah
    haji ke baitullah atau berumrah, maka tidak ada
    dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya.
  • ???? ??? ?? ???? ??? ???? ??? ?? ????? ????????
    ??? ??? ??? ????? ?? ??? ????????? ???? ???
    ??????? ?????? ??????????? ???? ????? ( ?????
    ???????? ????????????? ???? ????????? ??????? )
    ??? ???? (???? ?????????? ???????(
  • Dengan ini jelaslah bahawa yang dimaksudkan
    dengan tiada keberatan bukanlah penjelasan asal
    hukum sai, akan tetapi yang dimaksudkan ialah
    penolakan rasa berat untuk melakukan sai antara
    keduanya kerana menganggap sai adalah amalan
    jahiliyah. Hukum sai telah dijelaskan oleh Allah
    Taala dalam firmanNya (al-Baqarah 2158) yang
    bermaksud Sebahagian dari syiar Allah.

Kata kunci penjelasan / kefahaman
19
Kekuatan Hafalan Para Salafus Solehin
  • Sekiranya seorang membaca syair sehingga 1000
    rangkap syair, sekiranya ia didengar oleh seorang
    yang lain maka dapat diulangi syair tersebut
    tanpa ada kesilapan. Ini dilakukan oleh Ibnu
    Abbas
  • Maka penghafalan Al Quran suatu perkara yang
    lumrah dikalangan umat Islam
  • Penghafalan Hadits Nabi s.a.w. juga diambil berat
    oleh ulama.

20
Penulisan Pengumpulan Al Quran
  • Peringkat pertama pada zaman Nabi s.a.w. dimana
    cara yang dipentingkan ialah hafalan melebihi
    penulisan kerana ingatan kuat dan hafalan cepat
    di samping kekurangan orang yang tahu menulis dan
    alat-alat tulis. Oleh itu al-Quran tidak dikumpul
    dalam mushaf.
  • Apabila mendengar ayat, ada yang menghafalnya dan
    ada yang menulisnya pada apa-apa sahaja objek
    yang ada seperti pelepah kurma, kulit kering,
    batu dan tulang. Orang yang alim dalam bacaan dan
    ilmu al-Quran banyak jumlahnya. Selain daripada
    mereka terdapat ramai lagi al-Qurra (para hafiz)
    seperti empat khulafa, Abdullah bin Masud,
    Salim Maula Abi Huzaifah, Ubai bin Kab, Muaz bin
    Jabal, Zaid bin Thabit dan Abu al-Darda.
  • " ???? ??????? " ?? ????? ?? ?????? ??? ???
    ????? ?? ??? ??????? ????????? ? ??? ?????
    ???????? ?? ??????? ? ???? ?? ???? ????????
    ???? ??? ????? ??? ?? ??????? ?? ?????? ??????
    ?????? ???????? ? ????? ????? ??? ???? ?? ?????
    ????? ?????? ?????? ?? ??????? ?? ????? ???? ?
    ????? ? ???? ??? ?? ???? ? ???? ???? ?? ?????? ?
    ????? ?? ????? ? ???? ?????? ?? ?????? ?? ????
    ??????? ?? ??????? . ???? ??? ?? ???? ???????
    ???????? ?????? ???? ????? ????? ???????
    ???????? ??? ??????? ???? ???? ?? ???? ?? ?? ??
    ?????? ??????? ????? ???? ? ????? ??? ??????? ?
    ?????? ??? ??? ????? ????? ?? ??????? ? ?? ?????
    ????? ??? ???? ? ????? ??? ?? ??? ????? ??? ?????
    ? ???? ??? ???? ?? ?????? ?? ?? ????? ?? ???? ??
    ???? .

Kata kunci menggunakan peralatan tuli s yang
mudah
21
Penulisan Pengumpulan Al Quran
  • Peringkat kedua pada zaman Abu Bakar pada tahun
    12 Hijrah. Sebabnya ialah banyak al-Qurra (para
    hafiz) telah terbunuh dalam peperangan
    al-Yamamah. Di antara mereka ialah Salim Maula
    Abi Huzaifah yang mana Rasulullah s.a.w. telah
    memerintahkan supaya belajar al-Quran
    daripadanya. Abu Bakar mengeluarkan perintah
    supaya al-Quran dikumpul agar tidak luput.
  • ?? ??? ?? ?????? ???? ??? ??? ??? ??? ???? ?????
    ???? ?????? ??? ???? ??????? ? ????? ????? ? ???
    ??? ??? ?????? ??? ??? ???? ??? ??? ??? ???? ?
    ????? ??? ??? ?? ???? ????? ? ????? ??? ???? ??
    ??? ??? ??? ??? ??? ???? ?? ????? ? ??? ???
    ???? ????? ????? ???? ??? ???? ???? ???? ?????
    ?????? ?????? ? ??? ?????? ?????? ????? ??
    ????? ??????? ????? ?????? ? ????? ????? ??? ???
    ??? ??? ????? ???? ? ?? ??? ??? ????? ? ?? ???
    ???? ??? ??? ??? ???? ????? . ???? ??????? ?????
  • Umar bin al-Khattab telah mencadangkan supaya Abu
    Bakar mengumpulkan al-Quran selepas peperangan
    al-Yamamah. Pada mulanya, Abu Bakar tidak
    menerima cadangan ini kerana beliau sangat
    berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan. Umar
    pula tidak putus-putus mengulangi cadangannya
    sehinggalah Allah Taala melapangkan dada Abu
    Bakar untuk menerima cadangan itu.
  • Abu Bakar terus memanggil Zaid bin Thabit lalu
    berkata sambil didengar oleh Umar, Sesungguhnya
    kamu seorang pemuda yang berakal dan kami tidak
    mensyakimu. Kamu juga sering menulis wahyu
    daripada Rasulullah s.a.w.. Carilah dan kumpullah
    ayat-ayat al-Quran. 
  • Zaid berkata, Akupun bergegas mencari al-Quran
    dan mengumpulnya daripada pelepah kurma,
    batu-bata dan dada manusia. Mushaf yang terkumpul
    itu berada dalam tangan Abu Bakar sehingga beliau
    wafat. Kemudian dipegang oleh Umar sepanjang
    hayatnya. Kemudian dipegang oleh Hafsah.

Kata kunci inisiatif dari saydina umar
22
Penulisan Pengumpulan Al Quran
  • Peringkat ketiga pada zaman Amir al-mukminin
    Uthman bin Affan pada tahun 25 Hijrah. Sebabnya
    ialah berlakunya perselisihan manusia dalam
    bacaan (qiraat) al-Quran berdasarkan perbezaan
    lembaran-lembaran al-Quran yang berada dalam
    tangan para sahabat. Apabila ditakuti berlaku
    fitnah, Uthman telah memerintahkan supaya
    lembaran-lembaran ini dikumpulkan ke dalam satu
    mushaf supaya manusia tidak berselisihan lalu
    bertelagah dalam kitab Allah Taala dan berpecah
    belah.
  • ?? ????? ?? ?????? ??? ??? ????? ?? ??? ???????
    ????????? ? ??? ????? ???????? ?? ??????? ? ????
    ?? ???? ???????? ???? ??? ????? ??? ?? ???????
    ?? ?????? ?????? ?????? ???????? ? ????? ?????
    ??? ???? ?? ????? ????? ?????? ?????? ?? ???????
    ?? ????? ???? ? ????? ? ???? ??? ?? ???? ? ????
    ???? ?? ?????? ? ????? ?? ????? ? ???? ?????? ??
    ?????? ?? ???? ??????? ?? ??????? . ???? ??? ??
    ???? ??????? ???????? ?????? ???? ????? ?????
    ??????? ???????? ??? ??????? ???? ???? ?? ????
    ?? ?? ?? ?????? ??????? ????? ???? ? ????? ???
    ??????? ? ?????? ??? ??? ????? ????? ?? ??????? ?
    ?? ????? ????? ??? ???? ? ????? ??? ?? ??? ?????
    ??? ????? ? ???? ??? ???? ?? ?????? ?? ?? ?????
    ?? ???? ?? ???? .
  • ??? ??? ????? ??? ???? ??? ??? ??? ?? ??????
    ??????? ??? ???? ???? ? ??? ??? ??? ??? ????
    (21)?? ??? ??? ???? ??? ??? ??? ????? ?? ???
    ???? ??? ?? ??????? ??? ?? ???? ??? ? ??? ???
    ?? ???? ????? ??? ???? ???? ? ??? ???? ???? ???
    ??????? ???? ? ???? ?? ???? .

Kata kunci perselisihan dalam bacaan/ tulisan
mengikut lahjah
23
Penulisan Pengumpulan Al Quran
  • Perbuatan ini adalah salah satu kebaikan Amir
    al-mukminin Uthman r.a. yang dipersetujui oleh
    semua orang. Usaha ini menyempurnakan usaha
    pengganti Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. dalam
    mengumpulkan al-Quran.
  •  
  • Perbezaan antara usaha Uthman dan usaha Abu
    Bakar dalam mengumpul al-Quran ialah, tujuan
    mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar ialah
    mengumpul semua ayat-ayat al-Quran dalam satu
    mushaf supaya tidak luput sebahagian daripada
    ayat-ayat itu tanpa diperintahkan agar manusia
    bersatu atas mushaf tersebut. Ini kerana belum
    ada lagi kesan perbezaan bacaan yang menuntut
    supaya diperintahkan bersatu atas satu mushaf.
  •  
  • Sementara tujuan mengumpul al-Quran pada zaman
    Uthman ialah mengumpul semua ayat-ayat al-Quran
    dalam satu mushaf dan diperintahkan agar manusia
    bersatu atas mushaf itu sahaja kerana kesan
    perbezaan bacaan amat menakutkan.
  •  
  • Usaha mengumpul al-Quran ini menghasilkan
    kebaikan yang besar kepada umat Islam seperti
    kesatuan umat, kesatuan pemikiran dan wujudnya
    keharmonian. Ianya juga telah menolak kerosakan
    yang besar seperti perpecahan umat, perbezaan
    pemikiran dan menghindari daripada berlakunya
    kebencian dan permusuhan.
  •  
  • Sejak daripada itu, al-Quran tetap dengan
    keadaannya, dipersetujui oleh semua umat Islam,
    diwarisi secara tawatur oleh yang muda daripada
    yang tua. Al-Quran tidak dapat dicemarkan oleh
    tangan-tangan pembuat kerosakan. Al-Quran tidak
    dapat juga dipupuskan oleh hawa nafsu orang yang
    sesat. Segala puji hanya bagi Allah Taala, Tuhan
    langit dan Tuhan bumi serta Tuhan sekalian alam.

Kata kunci bacaan secara tawatur
24
BerTajwid Adab Tilawah al-Quran
  • Tajwid dari segi bahasamemperelokkan sesuatu
  • Dari segi istilahmemberikan kepada huruf akan
    hak-hak dan tertibnya, makhraj dan asalnya dengan
    sebaik mungkin.
  • Ilmu Tajwid satu disiplin ilmu atas kaidah2
    berkisar pada cara waqaf, ikhfa, iklab, idgham
    dan sebagainya.( tatacara membaca al-Quran)

Kata kunci memperelokkan bacaan dengan kaedah
tertentu
25
Hukum Bertajwid
  • Hukum mempelajari Tajwid.
  • Ianya terbahagi kepada 2 sudut iaitu secara teori
    dan secara amali
  • Secara Teori hukumnya adalah seperti pembelajaran
    ilmu yang lain iaitu Fardhu Kifayah.
  • Secara Amali hukumnya dikhilafkan ulama iaitu
    sebahagian mengatakan
  • Fardhu Ain
  • Sunnat / digalakkan.

26
Adab MemBaca al-Quran
  • Sunnah berWuduk
  • Tempat bersih suci
  • Khusyuk, tenang hormat
  • Bersiwak
  • Basmalah
  • Tartil bacaan tenang, bertajwid
  • MEMIKIRKAN/TADABBUR etc

27
Rasm Al Quran
  • Definasinya dalam istilah ialah
  • ????? ???? ?????? ????? ????? ??? ???? ??? ??
    ????? ????? ?????? ?????? ??????
  • Perletakan tulisan kalimat-kalimat Al Quran dan
    huruf-hurufnya sebagaimana yang telah Khalifah
    Uthman bin Affan telah setujui cthnya baris,
    ejaan perkataan di dalam al-quran.
  • Penulisan dirujuk dari zaid bin thabit (penulisan
    klasik)

28
Sentuhan Minggu hadapan
  • Nasikh Mansukh
  • Aam Khas
  • Definasi Tafsir
  • Ahli Tafsir yang masyhur
  • Mukjizat Al Quran dari aspek bahasa.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com