PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN

Description:

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2 Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1484
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 46
Provided by: keselamata
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN


1
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(ICT) DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Disediakan oleh Shahwiran Shahrany / TESL K1.2
2
Skop Perbincangan
  • (1) Pengenalan
  • (2) Manfaat
  • (3) Penggunaan ICT dalam PP
  • (i) pengajaran guru mengguna ICT
  • (ii) Aspek pembelajaran murid mengguna ICT

3
Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam PP ?
(1) PENGENALAN
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses
dan pengajaran dan pembelajaran
4
(2) MANFAAT
Apakah Manfaat ICT dalam PP? Sebagai contoh
dalam pembelajaran Sains.
  • Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep
    pembelajaran.
  • Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi
    pendidikan yang mencabar minda kepada murid
    cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
  • Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
    murid terhadap pelajaran.

5
  • memberi peluang pembelajaran
  • yang sama kepada semua murid
  • yang memiliki pelbagai keupayaan.
  • meningkatkan motivasi murid.
  • membolehkan pembelajaran
  • bersendiri (individualise learning).
  • ? Membolehkan murid mengakses maklumat
    yang sukar diperolehi.

6
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang
    menyeronokkan dan mencabar.
  • Membolehkan murid mengumpul maklumat
    yang perlukan masa yang lama atau
    terlalu mahal untuk diperoleh.
  • Membolehkan murid mencuba atau melaksana
    eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
    mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan
    cara biasa.
  • meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

7
? memberi peluang kepada murid
belajar secara berkesan dengan bimbingan
yang minimum. ? meningkat kemahiran ICT.
8
(2.1) Untuk memperolehi manfaat mengguna ICT
dalam PP Sains, perkara berikut perlu diberi
perhatian
  • Penggunaan ICT dalam PP perlu dirancang
  • dengan baik dan bukan sebagai
    aktiviti
  • sampingan yang tidak ada kaitan dengan
  • kurikulum.
  • Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian
  • dengan kehendak kurikulum atau untuk
  • menyokong sesuatu pendekatan pengajaran
  • dan pembelajaran. 


(Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang
boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran)
9
(3) PENGUNAAN ICT DALAM PP
Penggunaan ICT dalam PP dapat dilihat dari 2
aspek, ( i ) Aspek pengajaran iaitu (guru
mengguna ICT), dan ( ii ) Aspek pembelajaran
( murid mengguna ICT).
10
Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam
PP boleh dikategori sebagai
(Unit 1) ICT sebagai Alat Tutorial (Unit 2)
ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori) (Unit
3) ICT sebagai Alat Aplikasi (Unit 4) ICT
sebagai Alat Komunikasi.  Dalam konteks
pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat
persembahan dan alat demonstrasi.
11
(3.1) Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer
Sebelum Boleh Menggunakannya Dalam PP Sains?
Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar
menguasai kemahiran asas ICT yang boleh
diperolehi melalui aktiviti kelab komputer
sekolah yang melaksanakan program Literasi
Komputer Kementerian Pendidikan.
12
(3.2) Bagaimana Menggunakan ICT Dalam PP Sains?
  • Dalam konteks penggunaan ICT dalam PP,
    tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai
    terbaik dan mesti digunakan
  • Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah
    apabila penggunaan ICT sesuai dengan
    keperluan murid, serta dapat membuahkan
    hasil yang diharapkan dalam jangka masa
    yang munasabah.

13
(Unit 1)ICT SEBAGAI ALAT TUTORIAL
14
Apakah maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial ?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran tutorial
apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan
pelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan.
15
  • Pembelajaran tutorial ini merangkumi
  • pembelajaran ekspositori,
  • demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan
    dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan
  • latihan atau latihtubi yang disampai dan
    dikawal oleh sistem.

16
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Tutorial
Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran
tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan
sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera
keras ataupun laman web.
17
Secara umum, setiap perisian pendidikan
mengandungi satu atau lebih daripada komponen
berikut mempersembahkan maklumat, membimbing,
menyediakan / memberi latihan, dan menilai
pencapaian
18
Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna
dalam pembelajaran tutorial direka bentuk
berdasarkan kepada model tradisional PP, model
transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai
maklumat utama dan murid sebagai penerima.
19
  • Sebelum para guru mengguna pendekatan ini,
    perkara-perkara berikut perlu diberi
    pertimbangan
  • Ada perisian pendidikan yang sesuai.  Untuk
    tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai
    setiap perisian pendidikan yang hendak diguna
    oleh murid.
  • Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna
    perisian.

20
  • Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
  • Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunaan
    ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai
    pengetahuan yang dikehendaki)

21
  • Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru
    hendaklah merancang penggunaan ICT.  Perancangan
    ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut
  • Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar
    kelas)
  • Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
  • Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu
    persekolahan.

22
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai
diguna dalam situasi berikut?Kelas yang
mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan
kemampuan pembelajaran yang berbeza.
(Dalam situasi ini, guru boleh memberi
tumpuan kepada sebahagian murid sementara
sebahagian yang lain mengguna komputer).
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini
?
23
? Guru terpaksa bertugas luar dan kelas
diselia oleh guru ganti.( Dalam situasi
ini, guru tersebut boleh merancang
pembelajaran mengguna komputer.) ? Terdapat
murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.
(Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan
perisian pendidikan khusus untuk
pemulihan.) ? Terdapat murid cerdik yang
memerlukan aktiviti pengayaan. (Dalam situasi
ini, perisian pendidikan yang mencabar
minda boleh diberikan kepada mereka.)
24
(Unit 2)ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN
(EKSPLORATARI)
25
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran
penerokaan apabila ICT digunakan untuk
Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
? Mencari dan mengakses maklumat daripada
CD-ROM, Internet, portal maklumat dan
sebagainya.
26
? Mengalami, mempelajari dan mengkaji
sesuatu fenomena secara simulasi. ?
Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang
urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
27
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh
mengawal dan menentukan maklumat yang diterima
melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran
tutorial di mana murid hanya menerima bahan
pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
28
Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan
constructivism, iaitu teori pembelajaran yang
memberi penekanan kepada-
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan
  • pemikiran kritis,
  • penyelesaian masalah dalam masa sebenar
    (real-time),
  • pengalaman pembelajaran dalam situasi yang
    nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina
    melalui interaksi sosial.

29
Pelajar-pelajar di dalam kelas Sains boleh
membuat penerokaan seperti merujuk kepada laman
web NASA Kids di mana ia memberi pelbagai
maklumat dalam bidang sains atau pun mana-mana
laman web yang bersesuaian melalui internet.
Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan
ulangkaji. 
30
  • Selain daripada mencapai maklumat terus daripada
    Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat
    yang disimpan di dalam CD-ROM seperti, pangkalan
    data, dan lain-lain maklumat yang boleh
    diperolehi di pasaran. 
  • Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan
    samada secara bersendirian atau berkumpulan. 
  • Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh
    guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran
    boleh memakan masa yang

31
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan
ini?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran
penerokaan dalam situasi pembelajaran yang
berbentuk inkuiri penemuan. pembelajaran
yang menjurus kepada penyelesaian masalah
kehidupan sebenar.
32
Aktiviti yang berkaitan kajian masa
depan. Aktiviti pembelajaran yang berbentuk
simulasi.
33
Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran
Penerokaan?
  • Memberi peluang kepada murid untuk menentukan
    haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
  • Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam
    pembelajaran..

34
  • Memberi peluang kepada murid untuk menangani
    masalah sebenar di dalam kelas
  • Memberi peluang kepada guru menerapkan teori
    pembelajaran moden seperti constructivism,
    multiple intelligence dan lain-lain.

35
(Unit 3)ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
36
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?
  • ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi
    apabila ICT digunakan sebagai medium bagi
    membantu pelajar melaksanakan aktiviti
    pembelajaran. 
  • (Cth Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD)

37
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Aplikasi
  • Di kalangan guru, ada yang beranggapan
    penggunaan ICT dalam konteks di atas telah
    dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan
    huraian dengan menggunakan pemproses perkataan. 

38
  • Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini
    tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan,
    sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan
    digunakan hanya digunakan seperti mesen taip
    sahaja.
  • Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar
    berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei
    atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan
    dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini,
    barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan
    secara yang bermanfaat.   

39
  • Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian
    teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural
    learning) yang mengatakan budaya atau
    persekitaran sosial turut membantu pembelajaran
    pelajar saling mempelajari dan membantu sesama
    mereka membangunkan kemahiran kognitif,
    metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama
    (Brown, 1994 Perkins, 1992 McInerney
    McInerney, 1998)  

40
Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?
Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti
pembelajaran yang nyata(praktikal). Guru boleh
mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda
murid. Murid dapat meningkat kecekapan dan
ketepatan hasil pembelajaran.
41
(Unit 4 )ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
42
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat komunikasi apabila
digunakan untuk menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui
media elektronik diantara dua pihak.
43
Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan
komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti
berikut
  • teks
  • grafik
  • audio
  • video
  • atau kombinasi pelbagai mod.

44
Penggunaan ICT sebagai Alat Komunikasi
Terdapat empat teknik komunikasi melalui
penggunaan ICT, iaitu - Teknik Seorang -
Sendirian,- Teknik Seorang kepada Seorang,-
Teknik Seorang kepada Ramai, dan- Teknik Ramai
kepada Ramai.
45
Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi?
  • Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
  • Tingkat penglibatan murid dalam proses
    pembelajaran melalui peer group yang bersifat
    global.
  • Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara
    dalam proses pembelajaran.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com