Perkembangan Ketenteraan pada Zaman Kerajaan Abbasiyah - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Perkembangan Ketenteraan pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

Description:

mariahani binti murad noor diana najwa binti darmo ameera rashida binti tukemen – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1228
Slides: 19
Provided by: kea96ana
Category: Entertainment

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Perkembangan Ketenteraan pada Zaman Kerajaan Abbasiyah


1
PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH
2
Pencapaian dan Pembaharuan Dalam Bidang
Ketenteraan Pada Zaman ABBASIYAH
  • Membuka keanggotaan tentera kepada
  • orang bukan Arab seperti orang
    Turki dan
  • Parsi .
  • Mengemaskini sistem pentadbiran dan
  • struktur organisasi ketenteraan .
  • Memberi gaji dan imbuhan lumayan
  • kepada tentera .

3
STRUKTUR ORGANISASI KETENTERAAN KERAJAAN ABBASIYAH
  • Al-Khalifah

Perdana Menteri (Al-Wazir)
Kementerian Pertahanan (Dewan Al-Jundi)
4
KEMENTERIAN PERTAHANAN
  • 1. Dewan Al-Jund (kementerian pertahanan )
  • menguruskan hal ehwal pertahanan negara
    .
  • merekodkan daftar lengkap tentang
    tentera
  • darat dan laut, gaji, imbuhan, pangkat
    dan
  • sebagainya .

5
  • 2. Majlis Al- Taqrir ( bahagian kewangan )
  • Menguruskan hal-hal gaji dan imbuhan tentera,
    pengurusan ketenteraan, belanjawan khusus untuk
    pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan.
  • 3. Majlis Al-Muqabalah ( bahagian latihan )
  • Menguruskan pengambilan dan latihan kepada
    tentera baru.

6
  • 4. Dewan Al-Tasnif ( bahagian pengurusan sumber
    manusia)
  • Mengurus kenaikan pangkat penyusunan tentera
    mengikut pasukan
  • - pasukan pengawal khalifah
  • - pasukan pengawal bergaji tetap (
    al-murtaziqah )
  • - pasukan sukarelawan ( al-mutathauiq
    )
  • 5. Dewan Al-Ardh ( depot simpanan)
  • Menguruskan stor dan kelengkapan persenjataan
  • dikendalikan oleh pengarah depot
  • (AL-Musyirif Ala Al-Sinaah Wal Makhazin )

7
  • 6. Al-Jawasis / al-uyun ( bahagian perisikan )
  • Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta
    tahap kesetiaan tentera Islam .
  • 7. Dairah Al-Muhandisin ( bahagian kejuruteraan)
  • Bertanggungjawab dalam pembinaan kem-kem tentera
    dan kubu-kubu pertahanan.

8
  • 8. Al-Massahun (bahagian peninjau )
  • Membuat panduan dan menasihatkan
    panglima-panglima angkatan tentera tentang
    topografi sesuatu tempat.
  • 9. Al-Bahrriyah ( bahagian tentera laut )
  • Mengawasi perairan Kerajaan Abbasiyah serta
    kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang dan
    penyusunan angkatan tentera laut.

9
Fungsi Ketenteraan Dalam Menjaga Keamanan Negara
  • TUGAS UTAMA
  • Mempertahankan sempadan negara daripada
    pencerobohan luar.
  • Menentang musuh negara.
  • Menghadapi sebarang keadaan darurat.
  • TUGAS BANTUAN
  • Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awan
    dalam
  • memelihara ketenteraman awam dan operasi
    anti-keganasan.
  • Membantu pihak berkuasa awan dalam bantuan
    malapetaka dan
  • pembangunan negara.

10
Struktur Pasukan Tentera Islam Zaman Abbasiyah
  • Al-Amir (laksamana)
  • Al-Qaid (panglima perang)
  • An-naqib (kapten)
  • Al-arif (koperal)

11
Faktor Kejayaan Tentera Islam Zaman ABBASIYAH
  • Dasar ketenteraan yang terbuka
  • Membuka keanggotaan tentera kepada orang
  • bukan Arab.
  • Penyertaan daripada pelbagai bangsa terutama
  • Parsi dan Turki.

12
  • Pemimpin yang berkaliber
  • Dipimpin oleh khalifah-khalifah yang berkaliber
    seperti
  • Abu Jaafar Al-Mansur dan Harun Ar-Rasyid .
  • Pemimpin ini memberi perhatian kepada kebajikan
    tentera dengan memberi gaji dan imbuhan yang
    lumayan.
  • Melantik pemimpin-pemimpin tentera yang
    berkaliber tanpa mengira bangsa.

13
  • Peralatan ketenteraan yang canggih
  • senjata yang sering digunakan
  • Pedang
  • Lembing
  • Panah
  • Manjaniq ( ballista )
  • Dabbabah ( kayu pelantak )
  • Barud ( gunpowder )
  • Pelbagai jenis kapal perang

14
  • Strategi peperangan yang berkesan
  • Panglima-panglima tentera Islam memiliki
    strategi
  • peperangan yang berkesan sama ada diwarisi
    daripada
  • generasi sebelumnya atau diubah suai
    mengikut
  • perkembangan semasa.
  • Contohnya
  • Strategi Al-Karadis iaitu strategi peperangan
    yang membahagikan tentera kepada lima ketumbukan
    besar yang mempunyai peranan masing-masing.
  • Strategi ini diwarisi dari zaman Umar bin
    Al-Khattab r.a dan diubah suai mengikut keperluan
    semasa.

15
  • Keimanan dan semangat jihad tentera Islam
  • Tentera Islam pada zaman Abbasiyah memiliki
  • keimanan yang mantap, semangat jihad dan
    kecintaan
  • kepada agama yang tidak berbelah bahagi.
  • Sanggup berjuang menentang kuasa-kuasa besar
  • seperti Rom dan Parsi demi menegakkan Islam
    dan
  • merealisasikan keamanan.
  • Sebahagian daripada mereka berkhidmat sebgai
  • sukarelawan ( Al-Mutatauik )

16
Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan dan
Kemajuan Negara
  • Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara
    bergantung kepada kestabilan politik, pendidikan
    dan ekonomi.
  • Kestabilan politik akan tergugat, aktiviti
    perekonomian akan lumpuh dan pendididkan akan
    terjejas sekiranya sesebuah negara tidak aman.
  • Negara tidak aman akan menjadi mundur dan sering
    terdedah dengan ancaman luar.
  • Keselamatan sesebuah negara amat penting untuk
    menjamin tiga aspek ini bagi mengekalkan
    kemakmuran yang kita kecapi sekarang.

17
  • Khalifah biasanya menghadiahkan sebidang tanah
    untuk menghargai jasa tentera mereka.
  • - Khalifah Al-Makmun menghadiahkan
  • sebidang tanah kepada Panglima
    Tentera
  • Abdullah bin Thohir .
  • - Pemberian tanah ini dikenali sebagai
  • Al-iqtoq

18
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com