Title:TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT, AFRIKA
Description:
... SEB, tamadun ini pindah 300 km ke hulu Nil lagi dari Napata ke Meroe akan tetapi ... Kush diikuti oleh Axum atau Etiopia moden di hulu Nil dan Nok di Afrika Barat ... – PowerPoint PPT presentation
Title: TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT, AFRIKA
1 TEKNOLOGI DAN PERADABANTEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT AFRIKA AMERIKA
Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof
Fakulti Kejuruteraan
http//pkukmweb.ukm.my/drkmy/sejarah/index.html
2 TUJUAN KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Memahami sejarah pembangunan teknologi dalam peradaban manusia
Memahami hubungan antara teknologi kejuruteraan sains
Memahami falsafah teknologi kejuruteraan sains
Memahami perkembangan teknologi kejuruteran dan sains terkini dan kesan perkembangan itu terhadap peradaban moden
Memahami falsafah etika dan penggunaannya dalam profesion kejuruteraan moden
3 SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Kursus ini membincangkan faktor-faktor
teknik
Saintifik
Falsafah
Agama
Politik
ekonomi dan
sosial
yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh perkembangan teknologi.
4 SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Pengenalan
Tujuan kajian teknologi dan peradaban berbagai takrif teknologi
Sains dan teknologi peradaban purba
Mesopotamia Mesir Yunani Helen dan Helenistik Rom Afrika Amerika India Cina Islam Melayu
Roda bangunan piramid kerja logam seramik jentera perang saloran air percetakan kertas kincir air kincir angin kek meriam istinggar
Gerakan sains dan teknologi ke Barat
Pemindahan sains dan teknologi ke Barat
sains dan teknologi Eropah zaman Pertengahan dan Renaissance
peminggiran ahli seni bina / kejuruteraan sebagai profesion pada zaman Pertengahan dan
kebangkitan semula pada zaman Renaissance
5 SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Revolusi sains dan revolusi industri
Revolusi sains zaman kesedaran berbagai takrif sains kaedah sains perkembangan dalam bidang matematik fizik kimia dan biologi
Revolusi industri berbagai takrif kejuruteraan teknologi kuasa air dan stim keretapi kilang pembuatan kain perkakas mesin kebolehtukaran bahagian
Penghijrahan ke kota industri pencemaran kemiskinan kekotoran wabak penyakit berjangkit eksploitasi buruh gerakan anti-mesin kilang (Luddite) infrastruktur bandar seperti pembentungan saloran gas pengangkutan pengukuhan ahli seni bina / kejuruteraan sebagai profesion pemisahan ahli seni bina / jurutera
6 SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Revolusi Industri Kedua dan perubahan paradigma sains
Revolusi tenaga tenaga elektrik penjana hidroelektrik enjin pembakaran dalaman turbin gas dan jetRevolusi pengangkutan jalan raya kereta kapal dan kapal terbang
Perubahan paradigma sains teori elektromagnet kenisbian istimewa dan kuantum
Revolusi komunikasi telegraf telefon radio television radar transistor dan komputer Makmal inovasi sains gunaan
Revolusi pembuatan pembuatan keluli dan kimia perkakas mesin barisan pemasangan Ford pembuatan barangan besar-besaran zaman kepenggunaan hiburan massa
7 SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Sains dan teknologi besar
Angkasa lepas pengembangan roket dan kapal angkasa Jerman Russia Amerika Eropah Cina dan Jepun misi ke bulan marikh dsb.
Tenaga nukleus pemecahan atom lunggukan atom pertama bom nukleus dan kuasa nukleus awam
Perang dingin kompleks tentera-industri perlumbaan senjata dan kemalangan nukleus
Sains dan teknologi tinggi
Bioteknologi penemuan heliks DNA kejuruteraan gen organisma gen terubah-suai organisma transgenik sel pangkal
Teknologi komunikasi dan maklumat komputer peribadi internet budaya maya ledakan maklumat nanoteknologi
8 SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
Isu sekitaran
Pencemaran sekitaran lubang ozon penghancuran ekosistem perubahan iklim global pemanasan global dan gas rumah hijau Kitaran semula dan teknologi hijau
Teori perubahan dalam sains dan teknologi
Penciptaan inovasi model inovasi linear dan pautan rantai reka bentuk heuristik sintesis dan analisis lengkung sigmoid hayat produk pemindahan teknologi
Falsafah Sains Barat dan Timur
Falsafah sains positivisme berlojik Karl Popper Thomas Kuhn dan Islam falsafah teknologi dan kejuruteraan
Pembangunan dan pemindahan teknologi
Pempribumian sains dan teknologi teori pembangunan Barat dan Islam pembangunan mampan dan lestari teknologi wajar
9 TAKRIF TEKNOLOGI
Teknologi sebagai penyusunan ilmu untuk mencapai tujuan praktik (Mesthene 1970)
Sebarang benda atau teknik yang praktikal dianggap sebagai teknologi
Teknologi sebagai benda yang dibuat (artefak) atau dilaksanakan (teknik) dan cara membuat artefak atau melaksanakan teknik (Singer 1954)
Teknologi sebagai semua teknik untuk mencapai sebarang tujuan (Ellul 1964)
Manusia menjadi hamba teknologi
Teknologi sebagai pengawal alam sekitar (Carpenter 1974)
Manusia sebagai tuan kepada alam tabii
Teknologi sebagai kuasa politik (Spengler 1934)
Disalah-gunakan oleh Hitler untuk menguasai Eropah dengan teknologi ketenteraan yg hebat
10 TAKRIF TEKNOLOGI
Teknologi (Islam) sebagai satu cabang ilmu praktik untuk mencapai tujuan praktik bertunjangkan tawhid berimbang dan berseimbang dengan alam sekitar terkekang dalam lingkungan had syariah (undang-undang) terlaksana mengikut sistem etika (Islam) yg mengutamakan keadilan dipertanggung-jawabkan kepada manusia sebagai khalifah (pengganti) Allah untuk mentaskhirkan (mengguna) alam tabii (Wan Ramli Wan Daud 1991)
Takrif ini memastikan perkembangan teknologi terkekang dgn perundangan terlaksana dengan adil mengikut sistem etika dipertanggung jawabkan kpd manusia
Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan dengan syarat tidak ada eksploitasi berlebihan sehingga mencabuli hak org lain dan alam sekitar
Keimbangan dan keseimbangan teknologi dgn alam sekitar memastikan kesan sebarang teknologi terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan ekologi
11 PERMULAAN TEKNOLOGI
Teknologi bermula jauh lebih awal daripada kejuruteraan dan sains sejak pada zaman pra-peradaban lagi
Manusia awal mencipta teknologi kehidupan seperti artefak alat mudah iaitu pisau mata lembing anak panah batu pengisar baji dan kapak drpd batu untuk membantu mereka hidup
Teknologi awal penting lain ialah penggunaan api yang terkawal pembuatan pakaian dan alat kegunaan harian
Peradaban agro (6000 SEB) bermula dengan revolusi pertanian di lembah sungai subur yang mempunyai cuaca panas pembanjiran tahunan yang mengendap tanah rumput yang menghasilkan bijiran dan haiwan yang dijinakkan untuk makanan atau haiwan tunggangan
Permulaan peradaban di Lembah Tigris Eufrates di Iraq Nil di Mesir Indus di India Huang Ho di China
12 PERMULAAN PERADABAN Revolusi pertanian 13 TEKNOLOGI PURBAAnok tuas roda penulisan pengiraan
Pada 5000 SEB anok dicipta untuk mengangkut hasil tuaian tenggala digunakan untuk memecah tanah dan tuas digunakan di Mesir untuk mengangkut air dalam alat syaduf
Pada 3500 SEB roda telah dicipta di Mesopotamia dan selepas itu kereta kuda beroda dicipta sebagai pengangkut umum dan juga sebagai kereta kuda perang
Pada 3000 SEB penghasilan makanan cekap yang mampu menyara lebih ramai orang daripada golongan petani sahaja menyebabkan kemunculan golongan bukan petani seperti raja askar rahib dan tukang yang hidup di bandar
Pengurusan penghasilan makanan seperti kawalan pengairan pembahagian tanah penanaman dan penuaian menjadi lebih kompleks sehingga menyebabkan penciptaan penulisan piktogram dan kemudian penciptaan penulisan berabjad dan pengiraan serta piawai berat dan ukuran
14 KEMUNCULAN KOTA Gerbang Isytar di Kota Babylon 15 TEKNOLOGI PURBAPermulaan kajilogam
Artefak logam tak dilebur terawal di Iraq pada 9500 SEB
Kuprum dan emas tak dilebur adalah terlalu lembut dan hanya digunakan dalam artefak hiasan sahaja
Pada 3500 SEB gangsa aloi kuprum yang mempunyai 10 18 timah ditemui secara tersendiri di Iraq Mesir China dan Alam Melayu secara tak sengaja ketika melebur hasil galian atau membakar tembikar
Aloi ini lebih kuat dan digunakan secara meluas dalam senjata dan bekas di seluruh Dunia sehingga zaman ini digelar Zaman Gangsa
Proses pembuatan lilin lesap bagi barangan gangsa yang dicipta pada Zaman ini masih digunakan hingga hari ini
Pada 1500 SEB besi pertama kali dilebur di pergunungan Kaukasus akan tetapi suhu lebih tinggi yang diperlukan memperlahankan perkembangan teknologi besi
Zaman Besi menyusul setelah kualiti besi diperbaiki dengan teknik lindapkejut pengerasan selonsong pembajaan sesuai untuk pisau pedang
16 TEKNOLOGI PURBAPermulaan teknologi tembikar kaca kek
Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda pemejaman dan kek pada 6000 SEB
Flax merupakan gentian pertama diikuti oleh bulu kambing pada 5000 SEB kapas pada 4300 SEB dan sutera pada 2700 SEB
Artefak tembikar diperbuat di Alam Melayu pada 6000 SEB di perbatasan India Iran dan di China pada 5000 SEB dan di Amazonia Colombia pada 4000 SEB
Tembikar becat dibakar di dalam tanur berkubah besar
Roda pembuat tembikar dicipta di Mesopotamia pada 3500 SEB dan di China pada 3000 SEB
Roda pembuat tembikar membolehkan pembuatan tembikar yang mempunyai dinding senipis kulit telur
Pada 1500 SEB pembuatan kaca dicipta di Mesir dan peniupan kaca dicipta sekitar 1000 SEB
17 TEKNOLOGI PURBABangunan jambatan jalan kapal saloran air empangan kolam saliran
Kemegahan kerajaan dan penyembahan agama memerlukan bangunan kuil dan tugu yang besar
Piramid di Mesir sebagai makam Firaun dan Ziggurat sebagai kuil di Iraq
Teknologi pengangkutan seperti jalan jambatan diperbaiki dan kereta beroda (tidak di Mesir) kapal dicipta dan dikembangkan untuk mengangkut bahan binaan seperti bata kayu ke lembah Tigris-Eufrates Indus batu kayu di lembah Nil
Teknologi kapal yang berlunas berlinggi bertulang dan berdinding papan terikat atau terpaku dikembangkan
Pengurusan air di bandar diselesaikan dengan pembinaan saliran air hujan dan buangan dan saloran air minum dan di ladang dengan pembinaan permatang empangan kolam saliran
18 TEKNOLOGI PURBAPengaruh budaya agama Mesir Mesopotamia
Budaya dan agama setiap tamadun menentukan jenis artefak teknologi yang dicipta cara penggunaannya dan pengekalannya untuk generasi seterusnya sistem sosio-teknologi
Sistem sosio-teknologi Mesir yang menekankan kehidupan selepas mati mendorong penciptaan teknologi pengawetan mayat dan pembinaan piramid sebagai makam diraja yang dipenuhi harta isteri dan hamba bagi Firaun terus hidup di alam selepas mati dengan selesa
Sistem sosio-teknologi Ur di Iraq yang menekankan penyembahan Nanna tuhan bulan di langit mendorong pembinaan kuil berbentuk piramid yang mencecah langit ziggurat yang merupakan bangunan 3 aras dengan kuil Nanna di puncaknya
19 TEKNOLOGI PURBAMesir Piramid di Giza 20 TEKNOLOGI PURBAIraq Kuil Ziggurat di Ur 21 TEKNOLOGI PURBAPengaruh budaya agama Mesir Mesopotamia
Piramid bertangga pertama merupakan makam diraja Firaun Joser yg dikembangkan drpd makam diraja lazim oleh jurutera Imhotep
Piramid Khufu di Giza Mesir yg paling besar 253 m segi empat tepat dan tinggi 160 m
Batu dibawa ke tapak dgn kapal ditarik atas tanah dgn bantuan pelincir ditarik ke atas piramid atas tanjakan tanah dgn menggunakan tali dan tuas
Pembinaan piramid yang begitu jitu memerlukan pengetahuan mendalam tentang geometri pengukuran
Bentuk piramid zigurat merupakan bentuk paling mudah dan tabii bagi longgokan blok batu dan bata yang amat stabil tanpa sebarang struktur penyokong yang lain
22 TEKNOLOGI PURBAMesir Piramid Bertangga Firaun Joser 23 TEKNOLOGI PURBA Yunani Helen
Pewaris tamadun Minos Mycenae Mesir
Yunani Helen (Yunani Tulen/pra-Iskandar) Yunani Helenistik (Yunani campuran/pasca-Iskandar)
Walaupun golongan intelek Yunani memandang rendah kegiatan kejuruteraan dan penciptaan teknologi akan tetapi tamadun inilah yang pertama sekali mengiktiraf profesion jurutera yang digelarnya architekton technites atau mechanopoios
Kuil Parthenon untuk Athena di Athens yang dibina oleh Iktinos dan Kallikrates mempunyai tiang-tiang keliling yang mendukung palang-palang yang seterusnya menyokong bumbung kajang .
Batu tiang disambung dengan batang besi untuk mengukuhkan tiang
Terowong air sepanjang 1 km selebar 1.7 m dari bukit 300 m tinggi ke bandar Pulau Samos
Penggunaan pengguling kayu untuk mengheret blok batu besar
Penggunaan pertama kapi derik utk mengangkat blok batu berat
24 TEKNOLOGI PURBA Yunani Helen
Negara kota Yunani sentiasa berperang di antara satu sama lain dan antara teknologi yang terkembang ialah kapal lancang dan enjin perang
Penciptaan kapal perang jenis lancang seperti bireme (dua lapis pendayung) trireme (tiga lapis pendayung)
Penciptaan enjin perang seperti pelancar panah besar yg digelar oxybele dicipta pada 340 SEB. Busur panah besar diletakkan pada tripod dan anak panah di tarik dengan menggunakan win dan dikunci dengan menggunakan gear sehaladi dalam
pembaling batu yang digelar catapulta utk memecahkan tembok pertahanan dengan membaling batu mempunyai rupa bentuk hampir sama dengan oxybele akan tetapi mempunyai gear sehala di luar
25 PELONTAR ANAK PANAH Pelontar anak panah catapulta 26 PELANCAR ANAK PANAH Pelancar anak panah oxybele 27 TEKNOLOGI PURBA YUNANI HELEN Kuil Parthenon untuk Athena di bukit Akropolis di Athens 28 TEKNOLOGI PURBA Yunani Helenestik
Teknologi Yunani mencapai kematangan pada zaman Hellenestik
Kemunculan buku kejuruteraan pertama Mekanika karya Straton seorang anak murid Aristotle pada abad ke-2 SEB
Buku ini menerangkan rangkaian roda gear penimbang rasuk tuas pengguling baji kapi tali pelontar kapstan takal dan kapi kompleks
Kemudian Philon dari Byzantium mengarang buku Mechanike Syntaxis dan Pneumatics
Kotaraya Iskandariah dirancang oleh Deinokrates rumah api Pharos setinggi 147 m di situ dibina oleh Sotratos
Bentuk menara rumah api ini yang mempunyai bahagian bawah segi empat bahagian tengah oktagon dan bahagian atas bulat menunjukkan pengaruh fahaman hermetika dan bentuk ini dikekalkan dalam menara masjid di seluruh Asia Barat hingga kini
Pembinaan tugu gergasi Helios-Appollo 40 m di Rhodes oleh Chares
Ktesibios dari Iskandariah mencipta pam paksa organ paip hidraulik papan kunci musik pegas logam dan jam
Philon mencipta berbagai mesin automatik untuk hiburan dan roda air Heron dari Iskandariah mencipta turbin stim Archimedes dari Syracuse mencipta enjin perang pam skru dan planetarium
29 TEKNOLOGI PURBAYUNANI HELENISTIK Rumah api Pharos di Iskandariah 30 TEKNOLOGI PURBAYUNANI HELLENISTIK Noria di Hama 31 SAINS PURBAMesopotamia Mesir
Sains yang dikembangkan di Mesopotamia Mesir berhubung rapat dengan amalan agama dan kegiatan pertanian
Sistem nombor terawal di Mesopotomia berasaskan enam-puluhan yang jelas ditunjukkan dalam sistem berat berdasarkan (1 talent 60 mana 1 mana 60 busyel) dan bilangan 360 hari setahun
Sistem ini masih digunakan kini dalam pembahagian sudut bulatan kepada 360 darjah dan pembahagian unit masa
Ilmu geometri merupakan sains pertama dikembangkan oleh tamadun Mesopotamia Mesir kerana keperluan pengukuran tanah pertanian
Pengetahuan nisbah 345 untuk segi-tiga tepat bagi lakaran bentuk segi empat tepat dan luas bulatan diketahui
Bentuk alam mengikut tamadun Mesopotamia ialah bumi leper yang ditutup oleh langit semi sfera manakala tamadun Mesir tidak mempunyai bentuk alam kerana penumpuannya dengan kehidupan selepas kematian
Sistem perubatan berasaskan gangguan syaitan dan ubatan herba
32 SAINS PURBAYunani Helen
Matematik Yunani terbina atas geometri
Pelopor geometri Thales menemui garis pusat yang membahagi dua sama bulatan kesamaan sudut segi-tiga sama dua garis yang berpintasan menghasilkan sudut bertentangan yang sama
Pelopor teori angka Pythagoras menemui angka genap ganjil angka segi-tiga segi-empat (angka diwakili oleh titik susunan berbentuk segi-tiga spt 13610 . . ./segi-empat spt 491625 . . .) Teorem Pythagoras iaitu c2a2b2 utk segi-tiga tepat
Anaximander pelopor teori evolusi organisme mencadangkan haiwan pertama dari air kemudian haiwan darat manusia drpd haiwan lain
Aristotle mebincang tentang struktur tabiat pembesaran tumbuh-tumbuhan dan haiwan dlm bukunya De Anima
Democritos seterusnya Epicurus mencadangkan teori atom kebendaan iaitu semua benda terdiri drpd atom benda hilang apabila atom bercerai akan tetapi atom kekal abadi tiada alam lain selain daripada alam benda
33 SAINS PURBAYunani Helen
Plato (Aflatun) yakin roh wujud menentang kebendaan Epicurus mencadangkan bumi sebagai pusat alam
Aristoteles pula mencadangkan jirim bersifat selanjar bahan terdiri drpd 4 juzuk iaitu tanah udara api air 4 sifat panas sejuk kering lembab alam semesta terhad ruangnya dan bintang planet bergerak di atas sfera habluran langit
Mengikut perubatan Yunani kesihatan seseorang bergantung kepada imbangan empat juzuk air udara tanah dan api (Alcamaeon Empedocles Hippocrates)
Bagi Hippocrates kesihatan juga bergantung kpd makanan
Hippocrates menghasilkan koleksi cerapan kes perubatan yg berbentuk saintifik iaitu bebas drpd tahyul
34 SAINS PURBAYunani Hellenistik
Sains Yunani mencapai kematangan pada Zaman Hellenestik
Teori matematik Yunani disimpulkan dalam buku Elements karya Euclids yg digunakan hingga ke hari ini
Penganggaran nilai lilitan bulatan/garis pusat oleh Archimedes sebagai nilai antara nisbah ini untuk poligon dalam bulatan yg verteksnya menyentuh bulatan dgn nisbah ini utk poligon luaran bulatan yg sisinya menyentuh bulatan yg sama
Geometri keratan kon dipelopori Appolonius menghasilkan lengkung elips parabola hiperbola dgn memotong kon pada satah tertentu
Galen mengkaji anatomi manusia ketika menjadi tabib utk pahlawan laga dan mendapati urat membawa darah bukan udara
Mengikut Galen kesihatan seseorang dipengaruhi oleh empat humor iaitu kahak hempedu hitam hempedu kuning dan darah
Kehidupan ditentukan roh pneuma dari udara yg masuk ke paru-paru
Teori tuas dan takal dan graviti tentu dipelopori oleh Archimedes
Almagest atau He Matematike Syntaxis karya Ptolemy/Batlamus
35 TEKNOLOGI PURBARom
Rom mewarisi sains teknologi Yunani tetapi tidak mengembangkan sainsnya sendiri
Jurutera Rom handal dlm urusan kontrak penentuan spesifikasi kos
Dua jenis jurutera ingeniator atau jurutera tentera architectus atau jurutera arkitek
Jurutera Rom terkenal ialah Censor Appius Claudius Crassus Consul Marcus Vispanius Agrippa Architectus Marcus Vitruvius Heron
Archetictus Marcus Vitruvius dalam bukunya de architectura menyatakan ciri jurutera jurutera mestilah boleh menulis pelukis yg handal ahli matematik tahu tentang sejarah pelajar falsafah tahu musik tidaklah jahil tentang perubatan tahu pendapat ahli hukum dan handal dalam astronomi pengiraan astronomi
Hero/Heron dari Iskandariah mengarang Mekanika Belopoiika (teknologi kepungan) Dioptra (kaji ukur) dan Pneumatics (udara)
10 jilid buku ini memperihalkan kelayakan jurutera prinsip seni bina perancangan bandar bahan binaan pembinaan kuil tiga tertib tiang Doric Ionic dan Corinthian bangunan awam rumah hiasan dalaman bekalan air geometri astronomi dan mekanik termasuk pam roda dan kincir air organ air enjin perang dsb.
36 TEKNOLOGI PURBA Rom
Teknologi jalanraya merupakan teknologi tentera terpenting Rom kerana tentera Rom boleh bergerak dengan pantas ke seluruh pelusuk jajahan takluknya melalui jalan-jalan raya itu
Jalan raya Rom direka dengan mengambil kira keselarasan supaya pergerakan lebih pantas saliran yang cukup supaya tahan hujan tapak dan permukaan terlas yang kukuh supaya tahan lama
Jalan raya itu terdiri drpd 4 lapis lapis bawah batu leper segi-empat tersusun dalam konkrit lapisan pasir dalam konkrit lapisan pasir yang ditutup oleh batu segi-empat besar
Jurutera Rom handal dalam hidraulik telah membina saloran air besar daripada batu yg digelar aqueducts dari sumber air ke bandar membina jaringan paip plumbum untuk membekal air ke rumah
Rom dibekali air melalui 11 aqueduct
Teknologi ciptaan Rom yang membolehkan aquedcut dibina terutama bagi queduct yang merentas lembah yang lebar ialah teknologi gerbang
37 TEKNOLOGI PURBAROM Jalan raya Rom 38 TEKNOLOGI PURBAROM Aqueduct Rom 39 TEKNOLOGI PURBA Rom
Gerbang Rom dibina dgn membina penyokong gerbang dahulu menyusun bata berbentuk baji utk membentuk gerbang meruntuhkan penyokong dan akhirnya meninggalkan bata-bata itu menyokong diri sendiri pada gerbang
Kubah juga dibina sedemikian dengan menggabungkan banyak gerbang dan menggunakan satu lagi teknologi ciptaan Rom iaitu konkrit
Kubah Rom hanya digunakan sebagai bumbung bilik bulat seperti kuil Pantheon yg mempunyai berhala Rom kerana jurutera Rom masih belum mengetahui penggunaan pedentif untuk meletak bumbung kubah di atas bilik segi-empat yang dicapai oleh jurutera Byzantium
Konrit Rom mengandungi abu gunung berapi (simen) batu kapur batu kikir (agregat) dan air
Konkrit digunakan sebagai pengisi antara blok batu kubus dalam dinding (opus reticulatum) antara batu rencam dalam dinding (opus incertum) dan dinding konkrit bersalut bata dan penggabung gerbang dalam pembinaan kubah
40 TEKNOLOGI PURBAROM Gerbang Rom 41 TEKNOLOGI PURBAROM Kubah Rom di bahagian belakang bangunan Kuil Pantheon ni 42 TEKNOLOGI PURBAROM Opus reticulum Dinding bersalut bata Opus incertum Penggunaan konkrit Rom 43 TEKNOLOGI PURBARom
Kejayaan tentera Rom menakluk hampir seluruh Eropah disebabkan oleh tentera yang berdisplin strategi taktik perang yang bijak dan senjata enjin perang yang hebat
Enjin perang merupakan teknologi yang diwarisi daripada tamadun Yunani Hellen Hellenistik
catapulta oxybele
Enjin perang yang disempurkan oleh jurutera tentera Rom ialah
Ballista yg merupakan pembaikan catapulta Yunani diperbuat drpd kayu dan menggunakan bingkai pegas yg lebih kuat daripada catapulta Yunani
Onager lebih mudah dan murah drpd ballista terdiri drpd 2 batang kayu yg melengkung tersambung di tengah dengan seberkas tali terpiuh sebatang palang yg mempunyai pin dan uncang terselit dalam berkas tali terpiuh. Alt ini ditembak dengan menarik palang mengunci pin mengisi bola lempung berisi minyak ke dalam uncang dan memukul pin keluar
44 TEKNOLOGI PURBAROM Ballista Rom 45 TEKNOLOGI PURBARom Onager Rom 46 TEKNOLOGI PURBAAfrika
Walaupun fosil manusia terawal ditemui di Afrika tetapi tamadun penting Afrika terawal Kush atau Nubia muncul di Napata di teBing Sungai Nil sekitar Aswan pada 1000 SEB
Kush pernah menakluk Mesir seketika pada abad ke-8 SEB
Tamadun ini terkenal dengan emas yg diekspot ke seluruh Dunia
Bijih besi dilombong dilebur dan besi waja yg terhasil digunakan untuk membuat senjata besi
Pencapaian tamadun ini dalam penghasilan besi waja ditunjukkan oleh bukit jermang yg masih ada di Nubia hingga ke hari ini
Tamadun ini juga merupakan pembina bangunan yang bijak
Agama asal Kush sama dengan agama Mesir dan bangunannya mengikut rupa bentuk Mesir
Piramid yang lebih cerun dibina sebagai makam diraja
Kuil juga dibina mengikut rupa bentuk Mesir
Pada abad ke-6 SEB tamadun ini pindah 300 km ke hulu Nil lagi dari Napata ke Meroe akan tetapi hancur pada 500 SEB
47 TEKNOLOGI PURBAAFRIKA Pintu masuk kuil di Kush 48 TEKNOLOGI PURBAAFRIKA Piramid Kush Menara berbentuk papirus di Kush 49 TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Kush diikuti oleh Axum atau Etiopia moden di hulu Nil dan Nok di Afrika Barat
Di sekitar pantai Afrika Barat Timur terdapat banyak kerajaan Afrika pada Zaman Pertengahan yg mempunyai teknologi yg setara dengan Eropah seperti kesultanan Ghana
Benin merupakan sebuah bandar berkota yang besar pada 1600 EB
Tamadun Afrika Barat ini terkenal dengan kerja logam yang baik terutama emas yg dilombong di Zimbabwe dan gangsa dgn menggunakan kaedah lilin lespa terutama di Yoruba dan Benin
Masjid dan istana besar kerajaan Islam di Kilwa
Kota granit di Zimbabwe
50 TEKNOLOGI PURBAAFRIKA Runtuhan Istana Kilwa di Tanzania 12 EB Runtuhan Masjid besar Kilwa 12 EB 51 TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
Kaum Olmec telah mula membina piramid batu bertangga seperti piramid Mesir dengan puncak rata pada 1200 SEB di La Venta Mexico
Piramid dibina di merata tempat di Amerika Tengah oleh berbagai kaum seperti Teotihuacan Toltec Maya Zapotec Aztec Moche Inca
Pada 150 EB bandar pertama dan terbesar Teotihuacan yg bermakna Bandar Tuhan-Tuhan dibina hampir dgn bandar Mexico kini
Pembinanya tidak diketahui
Mitos kaum Aztec Teotihuacan dibina oleh gergasi bagi menukar manusia menjadi tuhan
Bandar ini yg dirancang mengikut grid yg bersudut 15 ke timur arah Utara menunjukkan pengetahuan geometri dan astronomi
Piramid terbesar di Teotihuacan ialah Piramid Suria selebar 213 m dan setinggi 61 m dan diperbuat drpd batu yg lebih kecil drpd yg di Mesir
Teotihuacan ditinggalkan pada 900 EB dan digantikan oleh kaum Toltec yg kemudian ditakluk kaum Aztec yg menentang tentera Sepanyol
52 TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
Kaum Maya di Guatemala juga membina bandar dan piramid antara 330 900 EB menggunakan sistem tulisan hiroglif
Kaum Inca membina jalanraya kubu di seluruh empayarnya di pergunungan Andes untuk tujuan ketenteraan walaupun tidak mempunyai kereta beroda
Gerbang batu bertangga dan bukan gerbang betul digunakan dalam semua bangunan Amerika
Semua bangunan alat dan senjata dalam tamadun Amerika dibuat daripada batu sahaja tanpa penggunaan sebarang logam dan tanpa bantuan alat yg menggunakan prinsip roda seperti kapi dsb.
Kaum Toltec mengetahui peleburan logam seperti gangsa hanya pada 950 EB dan itupun untuk pembuatan barang hiasan dan alat dapur sahaja
Kaum Maya mengembangkan sains matematik dan astronomi sendiri yg maju melalui cerapan mata kasar tanpa bantuan teleskop
53 TEKNOLOGI PURBAAMERIKA Piramid olmec Piramid Maya Piramid suria di Teotihuacan
About PowerShow.com
PowerShow.com is a leading presentation/slideshow sharing website. Whether your application is business, how-to, education, medicine, school, church, sales, marketing, online training or just for fun, PowerShow.com is a great resource. And, best of all, most of its cool features are free and easy to use.
You can use PowerShow.com to find and download example online PowerPoint ppt presentations on just about any topic you can imagine so you can learn how to improve your own slides and presentations for free. Or use it to find and download high-quality how-to PowerPoint ppt presentations with illustrated or animated slides that will teach you how to do something new, also for free. Or use it to upload your own PowerPoint slides so you can share them with your teachers, class, students, bosses, employees, customers, potential investors or the world. Or use it to create really cool photo slideshows - with 2D and 3D transitions, animation, and your choice of music - that you can share with your Facebook friends or Google+ circles. That's all free as well!
For a small fee you can get the industry's best online privacy or publicly promote your presentations and slide shows with top rankings. But aside from that it's free. We'll even convert your presentations and slide shows into the universal Flash format with all their original multimedia glory, including animation, 2D and 3D transition effects, embedded music or other audio, or even video embedded in slides. All for free. Most of the presentations and slideshows on PowerShow.com are free to view, many are even free to download. (You can choose whether to allow people to download your original PowerPoint presentations and photo slideshows for a fee or free or not at all.) Check out PowerShow.com today - for FREE. There is truly something for everyone!