PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH

Description:

Melahirkan pelajar yang bersatu padu menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke arah pembentukan sebuah Malaysia yang berbudaya, berdisplin, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:16
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 14
Provided by: upsi3
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH


1
PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH
  • Definisi PPS
  • Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/
  • Pergerakan yang ditubuhkan secara formal oleh
    sesebuah institusi atau agensi berdasarkan
    sesuatu akta dengan ahlinya memakai pakaian
    seragam yang ditetapkan mengikut peraturan yang
    telah diwartakan atau termaktub dalam peraturan
    dan undang PPS berkenaan.

2
Dasar Penubuhan PPS
  • Guru besar atau pengetua, setelah menerima
    permohonan secara bertulis bagi penubuhan
    PPS/badan beruniform di sekolah masing-masing.
    (Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah) 1998-
    Warta kerajaan P.U.(A).196
  • Guru besar atau pengetua digalakkan supaya
    menubuhkan PPS/badan beruniform yang boleh
    didaftarkan sebagai sebagai badan/pasukan/unit
    gabungan dengan PPS yang sedia ada di peringkat
    daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa
    Peraturan 11 Peraturan Pendidikan (Persatuan
    sekolah) 1998

3
Jenis PPS
  • Terdiri daripada 4 kategori
  • a. PPS agensi/pertubuhan kerajaan (GO)
  • - Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
  • (darat/laut/udara)
  • - Pasukan Kadet Polis
  • - Pasukan Kadet Bomba Penyelamat
  • - Pasukan Kadet JPA 3.
  • - Pasukan Kadet Trafik

4
  • b. PPS agensi/pertubuhan bukan
  • kerajaan (NGO).
  • - Persatuan Pengakap
  • - PBSMM
  • - St.John Ambulan Malaysia
  • (SJAM)
  • - Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • - Persatuan Puteri Islam Malaysia
  • - Persatuan Briged Puteri Malaysia

5
  • c. PPS Kementerian Pelajaran
  • Malaysia.
  • - Kadet Remaja Sekolah
  • (Menengah)
  • - Tunas Kadet Remaja Sekolah
  • (Rendah)
  • - Pasukan Pancaragam Sekolah

6
  • d. Pasukan/pertubuhan Seni Bela Diri
  • (Diiktiraf sebagai PPS dalam Surat
  • perkeliling iktisas Bil. 2/1997)
  • - Persatuan Silat Gayong
  • - Persatuan Teakwando
  • - Persatuan Karate Do
  • - Persatuan Wushu
  • - Persatuan Judo
  • - Persatuan Silamban
  • - Persatuan Silat Cekak

7
Matlamat Penubuhan
  • Objektif Am
  • Melahirkan pelajar bersemangat patriotik yang
    cintakan masyarakat,bangsa, negara dan agama.
  • Melahirkan pelajar yang menginsafi kewujudan
    mereka sebagai bunga bangsa menjadi warga
    negara yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada
    kesejahteraan, keamanan, keselamatan dan
    kemakmuran masyarakat, bangsa dan negara.

8
  • 3. Melahirkan pelajar yang bersatu padu
    menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke arah
    pembentukan sebuah Malaysia yang berbudaya,
    berdisplin, berilmu dan berperikemanusiaan.
  • 4. Melahirkan pelajar yang prihatin kepada
    masalah dan cabaran yang mendepani masyarakat,
    bangsa dan negara serta sanggup berkesanggupan
    menghadapi dan mengatasinya.
  • 5. Melahirkan pelajar yang memahami dan
    menginsafi tanggungjawab dan peranan
    masing-masing demi menjaga kemakmuran dan
    keharmonian masyarakat, bangsa dan negara.

9
  • 6. Melahirkan pelajar yang meminati dan
    menghayati nilai-nilai kesukarelawan dan semangat
    pasukan yang utuh.
  • 7. Melahirkan pelajar yang berani dan cekal
    menghadapi pelbagai masalah dan cabaran serta
    berkemampuan menyelesaikan dan mengatasi masalah
    dan cabaran dengan bijaksana, inovatif, kreatif
    dan penuh berdisplin.
  • 8. Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan,
    pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang
    kerjaya yang mereka minati, khusus kerjaya dalam
    PPS.

10
  • Ojektif khusus
  • Memupuk dan memantapkan lagi displin kendiri
    dalam mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Memperteguh semangat patriotik dan esprit de
    corps
  • Menambah dan mempertingkatkan kemahiran ikhtiar
    hidup dan membantu orang lain
  • Memupuk semangat dan kemahiran berdikari dalam
    menghadapi sebarang masalah dan dugaan
  • Memantapkan jasmani dan emosi demi meningkatkan
    ketahanan diri.

11
  • 6. Mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman
    tentang aspek keselamatan diri, masyarakat,
    bangsa dan negara
  • 7. Menyalurkan jasa dan bakti kepada
    rakan-rakan, masyarakat, bangsa, negara dan
    agama.
  • 8. Memupuk dan memantapkan pengetahuan berkaitan
  • kerjaya yang diminati yang berasaskan PPS.
  • 9. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan
    berinteraksi
  • untuk memupuk keharmonian dan perpaduan.
  • 10. Memupuk dan memantapkan pengetahuan,
    pengalaman
  • dan kemahiran kepimpinan.
  • 11. Menyemai dan menyuburkan semangat
    kesukarelawanan
  • dan sikap tolong menolong ke arah
    pembentukan
  • perpaduan masyarakat majmuk

12
Proses Penubuhan
  • Tubuhkan jawatankuasa penaja
  • Kemukakan surat permohonan penubuhan PPS kepada
    pengetua. (Tindakan JK penaja)
  • Terima permohonan bertulis untuk menubuhkan PPS
    dan pertimbangkan untuk diberi sokongan
    (tindakan- pengetua)
  • Rujuk permohonan ke Pusat PPS yang terdekat
  • Terima Ulasan dan surat sokongan dari pusat PPS
    dan hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Terima dan kaji proses permohonan (tindakan
    JPN)
  • Panjangkan permohonan yang disokong ke PPS Negeri
    (Tindakan JPN)

13
  • Terima keputusan permohonan penubuhan daripada
    PPS negeri dan hantar salinan ke PPD dan sekolah
    berkenaan
  • Menerima keputusan dan memulakan proses penubuhan
    PPS disekolah
  • - Tubuhkan organisasi pentadbiran dan
    pengurusan.
  • - Melantik pegawai/penasihat
  • - Pendaftaran keanggotaan
  • Menyediakan laporan penubuhan PPS beserta jadual
    latihan dan aktiviti ke JPN dan PPD (tindakan
    pengetua)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com