INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN) - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)

Description:

INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN) MAKSUD INTERAKSI Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:353
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 33
Provided by: shah152
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)


1
INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN
DAN KEBURUKAN)
2
MAKSUD INTERAKSI
  • Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi
    bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara
    satu sama lain.
  • Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua
    atau beberapa pihak.

3
KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Negatif
Positif
4
Kesan Positif (Tamadun Islam,Yahudi,Kristian) 
  • Beberapa kesan positif telah dikesan semasa zaman
    kemunculan Islam di Tanah Arab
  • Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang
    digubal oleh Nabi Muhammad saw,di Madinah hak-hak
    orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut
    agama lain telah diberi perlindungan.
  • Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan
    ahli intelektual daripada kalangan
    individu-individu Yahudi dan Kristian.

5
Kesan Positif (India, Cina)
  • Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui
    interaksi ini.
  • Astronomi India turut diperkembangkan di Negara
    China oleh ahli-ahli astronomi India
  • Terdapat kemahiran teknologi membuat gula
    daripada tebu dari India telah diperkembangkan
    kepada orang-orang China.
  • Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan
    letupan, percetakan, penggunaan kompas dan
    lain-lain.
  • Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku
    koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke
    dalam bahasa China.

6
Kesan Positif (Islam, China)
  • Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan
    peranan penting dalam interaksi ini
  • Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur
    antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
    tempatan.
  • Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran
    agama Islam di negara China yang akhirnya
    mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina
  • Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan,
    teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas.
  • Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan
    tembikar
  • Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
    pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan
    farmasi

7
Kesan Positif (Islam, Melayu)
  • Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun
    Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara
    melalui perdagangan.
  • Kesan positif yang penting ialah tersebarnya
    agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya
    kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai,
    Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu,
    Banten, Demak, Tuban dan Mataram.
  • Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup
    orang-orang Melayu.
  • Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang
    berperanan penting dalam perkembangan ilmu
    pengetahuan di Kepulauan Melayu.
  • Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,
    kesenian,material seperti pakaian, makanan dan
    istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa
    Melayu.

8
Kesan Positif (China, Melayu)
  • Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan
    teknologi serta kebendaan.
  • Tamadun China membawa teknologi membuat gula
    daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan
    sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan
    logam.
  • Interaksi antara tamadun China dengan tamadun
    Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman
    dan secara konflik peperangan.
  • Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti
    perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik.
  • Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara
    China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
    Kesultanan Melaka.

9
Kesan Positif (China, Jepun)
  • Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan
    tulisan.
  • Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan
    dalam Tamadun Jepun.
  • Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
    dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto
  • Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.
  • Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa
    zaman Nara dan Heian.

10
  • Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan
    penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun
  • Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
    pembentukan tulisan Jepun
  • Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut
    diasimilasikan dalam tamadun Jepun.
  • Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan
    kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi
    institusi kekeluargaan Jepun.
  • Interaksi antara tamadun China dengan Jepun telah
    berlaku secara aman dan penerapan tamadun China
    dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti
    Tamadun Jepun.

11
Kesan Negatif (Yahudi, Kristian, Islam)
  • Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang
    Kristian dengan Yahudi telah mengalami
    kemerosotan sejak awal.
  • Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan
    orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9
    dan ke-18 Masihi.
  • Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor
    perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan
    sosial.
  • Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman
    pertengahan di Eropah.
  • Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah
    bertindak melancarkan beberapa siri ke atas
    orang-orang Islam yang dikenali sebagai
    peperangan Perang Salib
  • Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai
    penganut Islam dan Yahudi.
  • Peperangan ini turut dicetuskan oleh
    faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik

12
Kesan Negatif (India, Islam)
  • Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana
    orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid
    dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama
    Hindu
  • Keadaan yang sama juga berlaku kepada
    penganut-penganut agama Hindu dan kuil Hindu yang
    dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam
  • Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
    mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan
    beberapa upacara keagamaan Hindu.
  • Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak
    keras terhadap penganut-penganut Hindu.
  • Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil
    yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di
    Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan
    sebagainya.

13
Kesan Negatif (India, China)
  • Tamadun India dengan tamadun China juga berlaku
    konflik terutama semasa agama Buddha mula
    diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman
    pemerintahan Dinasti Han Timur
  • Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan
    cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh
    dalam pentadbiran Dinasti Han.
  • Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
    Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan
    agama tersebut

14
Kesan Negatif (Islam, China)
  • Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan
    tamadun China pada tahun 751 masihi.
  • Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih
    telah mengalahkan angkatan perang China yang
    dipimpin oleh Kao Hsien-chih
  • Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah
    mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan
    Tang di Negara Chin
  • Permusuhan antara orang Islam dengan orang China
    juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati
    terhadap pencapaian ekonomi pihak yang
    bertentangan.
  • Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara
    negara China telah bermusuh dengan orang Islam
    kerana iri hati dengan kemewahan yang dinikmati
    oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan.
  • Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton
    menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh

15
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ANTARA TAMADUN
  • Toleransi kepimpinan
  • Nilai
  • Pemikiran
  • Keinsanan
  • Geografi
  • Institusi

16
Interaksi Tamadun China dan India
  • Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada
    abad ke-2 sebelum masihi
  • Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa
    pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur)
    merupakan kemuncak kepada interaksi antara
    tamadun China dan India.
  • Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya
    India, maka China juga telah berkongsi banyak
    persamaan dengan budaya masyarakat India.
  • Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek
    kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.
  • Pada peringkat awal penyebaran Buddha di
    China,berlaku penentangan antara budaya dalam
    ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan,
    politik,etika serta moral orang-orang China yang
    telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga
    tempatan China terutama falsafah Konfusianisme.

17
  • Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses
    penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi
    prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak
    terjejas.
  • Kesan interaksi positif antara tamadun China
    dengan India ialah beberapa alat muzik dan
    struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun
    China.
  • Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang
    popular di istana dan di kalangan bangsawan
    China.
  • Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat
    gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun
    China.
  • Manakala kesan positif interaksi tamadun yang
    diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan
    sains dan teknologi orang China yang telah
    berkembang di dalam masyarakat India.
  • China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli
    cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti
    Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam
    kerajaan Dinasti Tang.

18
  • Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem
    kalendar China yang lebih tepat daripada tahun
    727 masihi
  • Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga
    turut menerima kesan interaksi antara tamadun
    China dan India.
  • Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng,
    kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan
    Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China.
  • Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa
    Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut
    berlaku.
  • Contoh yang paling ketara ialah kemunculan
    pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah
    kesan perhubungan tamadun China dan India.
  • Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak
    merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik
    dan perdagangan.

19
Interaksi Tamadun Islam dan China
  • Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah
    adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana
    kerajaan Wei.
  • Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting
    untuk ke China iaitu
  • Laluan Sutera iaitu jalan darat yang
    merentasi Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke
    Peking
  • Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5
    masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India
    dan Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara
    China.
  • Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad
    ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai ke
    Teluk Parsi

20
  • Pada pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang
    Arab telah menetap di daerah tenggara China
    seperti Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan Chuan
    Cow.
  • Hubungan perdagangan antara Arab dan China
    menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan mereka
    telah mendirikan masjid-masjid di kawasan
    Guangzhou dan Guanzhou.
  • Selepas beberapa abad kemudian,munculnya beberapa
    tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu
    (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi
    (1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874).
  • Penglibatan tokohtokoh ini turut mempengaruhi
    hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas
    mereka.
  • Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China
    Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah
    diterbitkan pada tahun 1642.

21
  • Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep
    yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi
    memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan.
  • Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme
    dengan ajaran Islam seperti xiao (penghormatan
    kepada ibu bapa),zhong (kesetiaan),shu
    (altruisme) yang telah banyak membantu
    penulis-penulis China muslim memperkenalkan
    ajaran Islam kepada mayarakat China.
  • Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana
    China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun
    telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia
    Medica Seberang Laut sebanyak 6 jilid.
  • Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis
    ubat di Arab.
  • Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu
    Jamaluddin telah memberi sumbangan penting
    penciptaan kalendar baru untuk Kublai Khan pada
    tahun 1267 masihi
  • Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun
    China ketika pemerintahan Dinasti Yuan.
  • Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut
    juga menyumbang dalam aspek senibina.
  • Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina
    di Xinjiang (Sinkiang ).

22
Interaksi Antara Tamadun China dan Jepun
  • Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku
    melalui perantaraan semenanjung Korea semasa
    zaman Raja Packhe yang memerintah Korea.
  • Korea telah menerima pengaruh China sejak abad
    ke-2 masihi lagi.
  • Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi
    mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2
    masihi.
  • Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada
    ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur tamadun
    China yang terdapat dalam budaya Korea telah
    meresapi budaya Jepun.
  • Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam
    penggunaan tulisan.
  • Sistem tulisan China telah memperkembangkan
    tradisi tulisan di Jepun.
  • Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan
    komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam
    masyarakat Jepun yang telah membawa kepada
    perkembangan intelektual.
  • Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod
    mengenai mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod
    pentadbiran Jepun.
  • Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah
    menunjukkan gabungan antara tulisan China dan
    tulisan Jepun.

23
  • Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Manyoshu
    pada tahun 760 masihi turut memperlihatkan
    penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman
    China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.
  • Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam
    aspek binaan. Contohnya dalam Bandar Nara telah
    dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar
    Changan iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti
    Sui.
  • Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke
    Jepun turut menerima kesan serta perubahan.
  • Konsep mandat dari syurga yang telah
    digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja.
  • Agama Buddha juga telah melalui satu proses
    asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun
    iaitu Shinto.
  • Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan
    dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan.
  • Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep
    kasih-sayang,moral dan kerohanian telah memberi
    satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun.
  • Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang
    berkembang ialah yang mementingkan Amida atau
    Amitabha sebagai lambang penyembahan penting.

24
Interaksi Antara Tamadun India dengan Asia
Tenggara
  • Secara teologi, interaksi ini telah memberi
    peluang kepada perkembangan agama Hindu dan
    Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara.
  • Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang
    penting dalam kerajaan-kerajaan awal di
    AsiaTenggara seperti di Funan,Angkor,Majapahit,Ked
    ah Tua dan lain-lain.
  • Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia
    Tenggara ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan
    Brahmanisme.
  • Agama Hindu turut mempengaruhi sistem pentadbiran
    dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep
    devaraja.
  • Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja
    setaraf dengan dewa.
  • Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di Asia
    Tenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana
    (agama Buddha Theravada).

25
  • Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang
    dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum
    India.
  • Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan
    perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang
    dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama
    Buddha dari China yang pernah singgah di
    Srivijaya pada abad ke-7 masihi.
  • Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia
    Tenggara iaitu di Thailand,Myanmar,Burma dan Laos
    menerima agama dari Mazhab Buddha Hinayana
  • Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang
    berkembang di Asia Tenggara adalah kesan
    interaksi tamadun ini.
  • Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa
    penting di istana.
  • Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan
    Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia
    Tenggara.

26
  • Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab
    ini telah dilakukan selapas wujudnya interaksi
    antara Asia Tenggara dengan tamadun Islam.
  • Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke
    dalam Bahasa Melayu dan ditulis dengan
    menggunakan tulisan Jawi.
  • Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan
    perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.
  • Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh
    dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan
    daripada interaksi ini.
  • Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan
    penduduk Asia Tenggara secara amnya telah
    menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara
    meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat
    sebagai kesan interaksi antara tamadun ini.
  • Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi
    sistem perundangan Asia Tenggara. Contohnya
    kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan
    dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan
    Majapahit.

27
Interaksi Antara Tamadun Islam dengan Asia
Tenggara
  • Perkembangan Agama Islam telah memberi sumbangan
    yang besar kepada perkembangan dan penerimaan
    tamadun Islam di kawasan Asia Tenggara.
  • Asia Tenggara telah lama dikenali oleh
    pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama
    hijrah.
  • Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam
    datangnya dari Yaman iaitu sebuah kerajaan Arab
    yang bergiat penting dalam perdagangan.
  • Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang
    mengatakan bahawa Islam di Asia Tenggara
    datangnya dari India.
  • Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada
    beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O
    Winstedt,Vlekke, Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet
    dan masing-masing mengaitkan penglibatan
    pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

28
Interaksi Antara Tamadun Islam dengan Eropah
  • Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di
    Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily.
  • Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan
    Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke
    benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan
    tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.
  • Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu
    cara aman dan peperangan.
  • Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.
  • Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang
    panjang antara orang Eropah dengan Islam
    merupakan interaksi konflik.
  • Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib
    ini.Antaranya ialah
  • Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah
    Kristian kepada penganut Islam
  • Ketidakseimbangan ekonomi
  • Peranan paderi Kristian yang menyeru
    orang-orang Kristian untuk berperang dengan
    orang-orang Islam

29
  • Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku
    adalah kesan interaksi positif yang berlaku.
  • Penterjemahan buku falsafah Greek telah
    menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun
    Greek (Yunani).
  • Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan
    dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.
  • Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi
    bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah
    telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam.
  • Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku
    secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila
    tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200
    tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14
    masihi).
  • Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman
    gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi)
  • Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai
    kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada
    pertangahan kurun ke-7.

30
  • Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada
    abad ke-10 hingga ke-12 masihi.
  • Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu
    pengetahuan Islam di Eropah.
  • Universiti-universiti Sepanyol di Cordova,
    Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat
    pengajian terpenting kepada pelajar Kristian.
  • Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah,
    matematik, astronomi dan seni muzik yang
    berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi
    pemikiran orang-orang Eropah.
  • Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang
    karya-karya penting dalam bidang seni muzik.
  • Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah
    diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi
    peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni
    ini.

31
KESIMPULAN
  • Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan
    bagaimana orang-orang terdahulu menjalinkan
    hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi
    pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.
  • Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil
    pertembungan antara tamadun. Antaranya ialah
  • Sifat pemerintah dan pemimpin yang
    bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh
    keadilan dan kesaksamaan
  • Sikap golongan beragama seperti sami
    dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana
    harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan
    cenderung kepada semangat keinsanan.
  • Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat
    keterbukaan.
  • Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang
    diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami
    proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan
    negatif pula seringkali mewujudkan konflik
    antara masyarakat yang memilki tamadun yang
    berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai
    faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan
    politik.
  • Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama
    terbina akan mempengaruhi tamadun yang baru dan
    lebih bersifat receptive (penerima).
  • Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan
    pengaruh luar seterusnya akan semakin berkembang
    dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan
    penting.

32
RUJUKAN
  • Internet
  • http//kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/b
    ab-6-interaksi-antara-tamadun-dan.html
  • http//www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/
    gallery/citu/web/mal-india.pdf
  • http//tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamand
    un_Islam_2.pdf
  • Buku
  • Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan
    Tamadun Asia, Kuala Lumpur,Universiti Malaya,
    2001.
  • Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit
    Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul
    Ehsan, 2001.
  • Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun
    Asia (TITAS),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah
    Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.
  • Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini
    Sulaiman,Mahadi Abu Hassan,Ali Hafizar Mohamad
    Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-Hill
    (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul
    Ehsan,2007
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com