PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 19
About This Presentation
Title:

PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133

Description:

PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133 KULIAH 1 PENGENALAN APA ITU GEOGRAFI? Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang interaksi antara manusia dan alam sekitar ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:377
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 20
Provided by: s3Amazona7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133


1
PERSEKITARAN FIZIKALAG1133
  • KULIAH 1

2
PENGENALAN
  • APA ITU GEOGRAFI?
  • Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang
    interaksi antara manusia dan alam sekitar dalam
    ruang pada sesuatu masa, sama ada ia merupakan
    ruang fizikal ataupun ruang sosial.
  • Ruang fizikal merujuk kepada semua unsur fizikal
    iaitu atmosfera (udara), biosfera (hidupan),
    hidrosfera (air) dan litosfera (kerak bumi).
  • Ruang sosial merujuk kepada semua aktiviti
    manusia seperti pergerakan manusia (mobiliti/
    migrasi dll), demografi atau kependudukan
    (kelahiran, kematian dll), petempatan,
    perbandaran dan banyak lagi yang berkaitan dengan
    aktiviti manusia.

3
BEBERAPA DEFINISI GEOGRAFI
Eratosthenes Ilmuan Greek/Yunani Geo membawa
maksud BUMI Graphos bermaksud KAJIAN _at_
PENERANGAN
  • Ptolemy , 150 SM
  • Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh
    mengenai bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap
    tempat di bumi.
  • Carl Sauer, 1925
  • Ahli geografi mesti melihat geografi dalam
    perspektif yang saintifik dimana ahli geografi
    mesti mampu menyusun, menghuraikan hubungan unsur
    dan menjelaskan bagaimana hubungan ini mencorak
    ruang dan lanskap tersebut menjadi sesuatu yang
    unik dan tersendiri berbanding kawasan lain. (Ini
    kerana perubahan sesuatu lanskap mempunyai
    pertalian antara aspek/ unsur fizikal dan manusia
    yang membentuk unsur/ fenomena/ faktor sosial
    dalam dalam sesuatu ruang)

4
  • Cho (1995)
  • Takrifan geografi bukan sekadar apa yang
    digariskan pada perkataan yang dikaitkan dengan
    kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur/
    unsur/ fenomena dan karakter-karakter yang
    membentuk sesuatu lanskap itu mempunyai ciri
    tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam
    sesuatu ruang geografi.
  • Bergman Renwick (1999)
  • Geografi adalah kajian interaksi semua fenomena
    fizikal dan manusia dalam-satu-satu tempat/ruang
    dan bagaimana interaksi ruang mewujudkan pula
    aspek pengurusan untuk ruang itu sendiri.

5
APA ITU GEOGRAFI FIZIKAL
  • Geografi fizikal ialah kajian mengenai
    proses-proses fizikal di ruang fizikal atau ruang
    sosial pada sesuatu masa.

6
  • 4 tema utama pengajian geografi-
  • Pengajian Ruangan
  • (The Spatial Traditions)
  • Pengajian Kawasan
  • (Area Studies Traditions)
  • Pengajian Manusia dan Alam Sekitar
  • (Man-Land Traditions)
  • Pengajian Sains Bumi
  • (Earth Science Traditions)

7
TEMA-TEMA GEOGRAFI FIZIKAL
  • General Physical Geography study of spatial
    patterns of weather and climate, soils,
    vegetation, animals, water, and landforms,
    including human and environment interaction.
  • Astronomy study of the solar system
  • Geology (Earth Science) studies the earth's
    surface and the processes that shape it
  • Natural Hazards and Disasters earthquakes,
    volcanoes, hurricanes, floods, tsunamis,
    droughts, etc.
  • Biogeography
  • spatial relationships of plants and
    animalsGeomorphology Topography
  • study of landforms and landscapesNatural
    Resources Energy SourcesClimatology (Climate)
    study of the condition of the atmosphere over a
    long period of time and the effect of weather on
    life, including climate zones
  • Hydrology study of water in all forms, including
    waterbodies and the hydrological (water) cycle
  • Oceanography study of the ocean and its
    phenomenon, including ocean currents, tides,
    coastlines, and the seafloor
  • Ecology Conservation study of ecosystems and
    the interactions between plants and animals and
    their environment conserving natural resources
  • Meteorology (Weather) study of the condition of
    atmosphere for short time periods
  • Pedology study of soils
  • Some Specific Landforms, Waterbodies, Other
    Physical Features

8
  • Antara persoalan-persoalan penting untuk dijawab
    dalam kajian geografi ialah seperti berikut-
  • Persoalan Asas APA, DI MANA, KENAPA dan
    BAGAIMANA ?
  • Kenapa manusia dan aktivitinya wujud dan di mana
    ia berada sekarang?
  • Bagaimana unsur/ elemen dan aktiviti di satu-satu
    tempat bertinteraksi dan menjadikan sesuatu
    lokasi/ ruang/ tempat/ kawasan itu unik ?
  • Apa hubungan antara lokasi/ruang/tempat/ kawasan
    yang berbeza keunikannya ?
  • Apakah faktor atau daya yang menyebabkan
    penyerakan dan pengagihan unsur/elemen dan
    aktiviti mengikut lokasi/ruang/ tempat/ kawasan ?
  • Bagaimana dan kenapa penyerakan dan agihan mampu
    berubah-ubah ?

9
Sejarah perkembangan geografi
  • Geografi mula wujud apabila sekitar 400 ribu
    tahun lampau
  • Manusia mula ingin mengetahui tentang
    persekitarannya
  • Mengembara/ belayar untuk mencari tempat baru

10
  • Tahap 1 Zaman klasik
  • Herodotus (485-425 SM)- Menulis tentang manusia
    dan geografi fizikal dari banyak wilayah semasa
    pemerintahan Parsi.
  • Aristotle (684-322 SM)- secara saintifik telah
    menggambarkan bumi sebagai berbentuk sfera-
    permulaan kajian tentang bentuk bumi
  • Eratosthenes (276-194 SM) mengkaji tentang bentuk
    muka bumi
  • Strabo (64 SM-20 M) menulis 17 siri penulisan
    bertajuk Geographia yang berkaitan dengan
    geografi budaya pelbagai kaum di Britain, India,
    Selatan Utopia dan utara Iceland.
  • Ptolemy(100-178 M) melakukan kompilasi maklumat
    geografi Greek dan Roman. Hasil penulisan beliau
    bertajuk Geographike hyphegesis atau Guide to
    Geography.- memperkenalkan juga kordinat

11
  • Tahap 2 Zaman Pertengahan
  • Zaman pertengahan (Middle age-abad 5 hingga 13 M)
    memperlihatkan perkembangan geografi yang agak
    pesat. Di Eropah- Viking of Scandavia giat
    mencari tanah jajahan baru.
  • Timur Tengah, ahli akademik berbangsa Arab mula
    menterjemahkan hasil kerja Tamadun Greek dan
    Rom. Al-Idrisi mahir membuat peta- terkenal
    dengan hasil deskripsi geografi beliau Kitab
    nuzhat al-mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau "The
    Pleasure Excursion of One Who Is Eager to
    Traverse the Regions of the World".
  • Ibn Battutah and Ibn Khaldun terkenal dengan
    penulisan berkaitan pengembaraan mereka di utara
    Afrika dan Timur Tengah.

12
  • Tahap 3 zaman Renaissance
  • 1400-1600 M semasa zaman Renaissance- Pelayaran
    yang membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu
    termasuk geografi fizikal- Tokoh-tokoh
    Christopehr Columbus, Vasco da Gamma, Ferdinand
    Magellan, Jacques Cartier, Sir Martin Frobisher
    dan John Davis.
  • Martin Behaim (1492)-Membuat glob sfera tiga
    dimensi.
  • Tahap 4 Abad ke-17 dan 18
  • 1622-1650 M- Bernadus Varenius- menerbitkan
    rujukan geografi yang penting- Geographia
    generalis (General Geografi 1650).-idea-idea
    dalam geografi- membahagikan kajian geografi
    kepada 3 cabang iaitu (1) bentuk dan dimensi
    bumi, (2) variasi iklim dan pergerakan matahari
    dan bumi terhadap ruang dan masa dan (3) geografi
    budaya.
  • Immanuel Kant (1724-1804)-Pengetahuan manusia
    diperolehi daripada 3 cara (1) Pengetahuan yang
    diperolehi berdasarkan objek yang dikaji, (2)
    Pengetahuan daripada sejarah (temporal dimension)
    dan (3) Pengetahuan daripada memahami fakta dan
    hubungannya dengan ruang disebut sebagai
    geografi.- Membahagikan geografi kepada
    fizikal, metamatikal, moral, political, komersial
    dan teologi.

13
  • Abad ke 18 banyak kesatuan yang berminat dengan
    isu geografi terutamanya di Amerika Syarukat dan
    Eropah- Alexander Von Humbolt (1844) Kosmos
    menjelaskan geologi dan geografi fizikal bumi.
  • Frederich Ratzel (abad 19) teori bahawa variasi
    budaya manusia dipengaruhi oleh persekitaran
    fizikal
  • Tahap 5 Abad -19
  • 1950-an revolusi kuantitatif
  • 1964 4 tradisi Willian Pattison (1) Tradisi
    ruang (2) Tradisi kawasan (3)Tradisi manusia dan
    alam sekitar (4)Tradisi sains bumi
  • Terus berkembang sehingga kini- wujud tema
    berkaitan dengan persekitaran fizikal iaitu
    hidrosfera, atmosfera, litosfera dan biosfera.

14
Sejarah Perkembangan Geografi Fizikal
  • Perkembangan geografi fizikal seiring dengan
    perkembangan ilmu yang lain.
  • Geografi berkembang dengan pesat pada 1850-1950
    akibat daripada beberapa faktor\
  • Uniformitarianism- Teori yang menyatakan bahawa
    keadaan bumi dipengaruhi oleh kejadian lampau
    dan kejadian kini.
  • Evolusi- Yang dicetuskan oleh Charles Darwin
    (1859)- Menjelaskan bahawa manusia akan mengalami
    perubahan genetik bagi generasi seterusnya.-
    Penggunaan sains salam menjelaskan tentang
    sesuatu fenomena dan mula mengabaikan mitos
  • Explorasi dan pemerhatian- koleksi data
  • Pemuliharaan- Perhatian kepada persekitaran yang
    semakin membangun
  • Selepas 1950-an perkembangan geografi terutama
    dalam
  • Revolusi kuantitatif
  • Kajian tentang hubungan manusia dan alam sekitar

15
BIDANG KAJIAN
  • Ahli geografi fizikal bebas memilih apa yang
    hendak
  • dikaji. Secara umumnya, kajian ahli geografi
    fizikal
  • boleh ditumpukan mengikut komponen
  • asas sistem bumi iaitu
  • Atmosfera
  • Biosfera
  • Hidrosfera
  • Litosfera
  • Pedosfera

Atmosfera- Kajian tentang udara, iklim dan
cuaca. Kajian boleh dijalankan dengan
megkaji proses dan bentuk atmosfera.
Contohnya pemanasan global
penipisan ozon, jerebu, pencemaran udara dan
sebagainya yang berkaitan
dengan atmosfera. Biosfera- Biosfera merupakan
semua hidupan di bumi yang terdiri daripada
tumbuhan, haiwan dan manusia. Ia juga disebut
sebagai life layer. Bahagian ini meliputi lapisan
permukaan bumi (lapisan biofizikal) dan 300 kaki
permukaan lautan
16
  • Hidrosfera- Hidrosfera adalah jisim yang
    berkaitan dengan air, sama ada ia dalam bentuk
    cecair, pepejal dan wap. Ia meliputi air
    permukaan bumi (Laut, tasik, kolam dll), Air
    bawah tanah (air perigi, air tanih dll) dan wap
    di atmosfera serta pepejal dalam bentuk ais,
    glasier dan juga salji.
  • Litosfera- Litosfera adalah bahagian kerak bumi
    yang keras dan mempunyai ketebalan di antara
    0-1000km. Ia membentuk benua yang merupakan
    platform yang mengelilingi bumi dan sebagai
    tempat tinggal hidupan. Litosfera terdiri
    daripada lapisan batuan dan lapisan tanih yang
    sangat kaya dengan nutrien dan organisma. Ia juga
    merupakan permukaan yang membentuk lanskap bumi
    atau bentuk muka bumi (landform) seperti
    gunung-ganang, bukit-bukau, cerun dan sebagainya.
  • Pedosfera- Pedosfera pula merupakan bahagian
    tanih. Ia terdiri daripada elemen yang membentuk
    tanih. Ia berada sama lapisan dengan Litosfera.

17
PENUTUP
  • Geografi fizikal merupakan bidang yang mengkaji
    tentang persekitaran fizikal. Ia telah bermula
    sejak 400 tahun lampau dan melalui
    sekurang-kurangnya lima tahap perkembangan
    sehingga kini. Tumpuan utama kajian ialah
    terhadap elemen yang membentuk sistem bumi, iaitu
    atmosfera (udara), biosfera (hidupan), hidrosfera
    (air) dan litosfera (kerak bumi) sertai pedosfera
    (bahagian tanih). Elemen ini saling berinteraksi
    antara satu sama lain sebagai satu sistem bumi.
    Banyak isu boleh dikaji oleh ahli geografi
    fizikal seperti isu penambakan, pencemaran,
    ekosistem dan sumber air.

18
  • CADANGAN RUJUKAN
  • Bradshaw, M Weaver, R. 1993. The Physical
    Geography an introduction to earth environments.
    United State of America The C.V Mosby Company.
  • Chan Ngai Weng dan rakan-rakan. 1993. Pengantar
    Geografi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Gregory, K.J. Walling, D.E. 1988. Manusia dan
    Proses Persekitaran. Terj. Kuala Lumpur Dewan
    Bahasa dan Pustaka.
  • Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar
    Geografi fizikal. Bangi Universiti Kebangsaan
    Malaysia.
  • Web
  • http//www.physicalgeography.net/fundamentals/1a.h
    tml
  • http//www.fiu.edu/longoria/geo2200/ch01AC.html
  • Dan bahan lain yang bersesuaian.../

19
SEKIAN
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com