HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 26
About This Presentation
Title:

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

Description:

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN KULIAH 8 - Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1005
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 27
Provided by: umsEduMy
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN


1
HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN
  • KULIAH 8

2
  • - Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam
    kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai
    kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan
    etnik.
  • - Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan
    integrasi amat penting bagi mewujudkan
    kestabilan politik dan seterusnya pembangunan
    negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan.
  • - Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga
    negara dapat disalurkan kepada memajukan
    negara drp digunakan utk menyelelsaikan
    masalah yg wujud drp kepelbagaian etnik.

3
  • PEMBINAAN JATIDIRI MALAYSIA.
  • - Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau
    keadaan khusus seseorang. Ia juga boleh
    dianggap sbg identiti bangsa, keperibadian
    nasional, semangat kebangsaan, patriotisme dan
    kewarganegaraan yg menjurus kpd ketahanan dan
    kemurnian nilai sesuatu bangsa.
  • - Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama,
    mempunyai nilai sendiri, dihayati secara
    kolektif dan dominan sifatnya yg dpt mencirikan
    rupa dan peribadi bangsa (semangat, sikap,
    pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa)
    yg mampu membina personaliti dan identiti
    kendiri yg bersifat dinamik dan struktural.

4
  • - Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai
    kerana sudah sedia ada negara, bahasa, nilai,
    minat dan perlakuan yg sama mengikat seluruh
    negara. Sebagai sebuah negara yg merdeka dan
    berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai
    budaya dan identiti sendiri yg sesuai dgn negara
    ini.
  • - Namun krisis yg berlaku pd tahun 1969
    (peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia
    belum mempunyai suatu budaya nasional yg menjadi
    asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah
    wujud permuafakatan di antara rakyat di negara
    ini dlm mewujudkan perlembagaan sbg undang2
    tertinggi negara.

5
  • Melalui Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa
    garis kasar tentang bentuk kebudayaan Malaysia
    seperti
  • 1. Kedudukan YDA sbg ketua negara sbg
    manifestasi penerapan unsur kebudayaan
    Melayu.
  • 2. Perkara 152 B.Melayu sbg bahasa
    kebangsaan.
  • 3. Kedudukan agama Islam sbg agama
    persekutuan mencerminkan corak budaya
    Melayu tradisional kerana agama menjadi
    pegangan masyarakat Melayu sejak zmn
    kesultanan Melayu Melaka lagi.

6
  • Berdasarkan garis kasar tsb satu Kongres
    Kebudayaan Kebangsaan telah diadakan pd th 1971
    yg menetapkan 3 prinsip asas utk membina
    kebudayaan kebangsaan iaitu
  • 1. Kebudayaan kbgsaan haruslah berteraskan
    kpd kebudayaan rakyat asal di rantau ini.
  • 2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
    blh diterima menjadi unsur kebudayaan
    kbgsaan.
  • 3. Islam menjadi unsur yg penting dlm
    pembentukan kebudayaan kbgsaan.
  • Penerimaan Dasar Kebudayaan Kbgsaan (DKK) sbg
    jatidiri rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas
    kebudayaan nasional yg berkait rapat dgn budaya,
    sejarah, politik dan perlembagaan negara ini.

7
  • Bagaimanakah Jatidiri acuan Malaysia?
  • - Perlukah kita menjadi salad bowl dalam
    meraikan perbezaan?
  • - Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah
    mustahil kerana kesamaan agama adalah pada
    etika moral bukannya pada persoalan
    kerohanian (hakikat ketuhanan, syurga dan
    neraka dll).
  • - Penyatuan hanya boleh berlaku pd peringkat
    kesedaran yg mencetuskan kemahuan memilih untuk
    bersatu. Kita hanya boleh bersatu jika kita ada
    ilmu tentang penyatuan dan suka untuk bersatu.
  • - Dari segi fizikal hubungan etnik yg kelihatan
    adalah menerusi aktiviti2 yg boleh dikategorikan
    sbg aktiviti penyatuan.

8
  • - Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di
    negara ini perlu menghasilkan agen hubungan
    etnik yg memilih, tahu, suka dan melakukan
    aktiviti2 dlm kerangka hubungan etnik nasional.
  • - Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun
    mengiktiraf perbezaan?
  • - Meraikan perbezaan harus dlm lingkungan
    manifestasi fizikal spt fesyen pakaian, makanan,
    permainan dll, tetapi bukannya meraikan fahaman
    kenegaraan yg pelbagai atau menyamatarafkan
    kedudukan semua agama sbg agama rasmi demi
    meraikan kepelbagaian.

9
  • - Kemahuan majoriti amatlah penting kerana
    tanpanya tidak ada kerjasama yg menyeluruh.
    Kerjasama mesti berpadanan dgn kontrak sosial
    kerana ia tlh dipersetujui dan didokumenkan,
    bukan sesuatu yg subjektif dan tertakluk kpd
    citarasa semberono iaitu asalkan ada aktiviti
    shj.
  • - The chemistry of ethnic relations ini
    sewajarnya mengandungi unsur2 penyatuan yg
    mencetuskan memudahkan kerjasama dlm sesuatu
    sistem masyarakat. Cth dlm kelab2 sukarela,
    badan2 amal, PIBG dll dgn menjadikan hubungan
    etnik dan integrasi sbg acara tahunan.

10
  • - Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi
    hubungan etnik yg pelbagai iaitu pd peringkat
    diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan
    negara.
  • - Melalui agen hubungan etnik ini budaya yg
    mencetuskan perpaduan blh dibentuk, budaya yg
    berpaksikan kpd wawasan yg boleh dikongsi
    bersama, disokong oleh media yg positif dan
    dasar2 kesedrhanaan yg membawa kpd
    keseimbangan.
  • - Keseimbangan sangat perlu kerana sebarang
    aspek budaya yg diekstrimkan tanpa berpandu kpd
    kontrak sosial akan membawa keretakan kpd
    integrasi nasional.

11
  • - Ketidakseimbangan itu juga termasuklah
    semangat perkauman yg mgatasi semangat
    kebangsaan, semangat kenegerian yg mgatasi
    semangat keMalaysiaan dan semangat keakuan yg
    mgatasi semangat kekitaan.
  • Hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya
    mengandungi sekurang-kurangnya 6 unsur2 berikut
  • 1. Political Will hubungan etnik diinstitusikan
    oleh kepemimpinan kerajaan dgn niat, kemahuan,
    dan kesukaan dlm aktiviti yg disengajakan. Niat
    dicetuskan oleh kesedaran tentang kepentingan
    hubungan etnik.

12
  • 2. Khalayak Kritikal Adanya badan induk sbg
    faktor pemangkin kpd semua program hubungan
    etnik dan integrasi misalnya peranan Jbtn
    Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional.
  • 3. Kekukuhan ekonomi hubungan etnik, integrasi
    dan perpaduan hanya blh terhasil jika ada
    keperluan asas utk survival manusia dipenuhi,
    cth. Makanan utk meneruskan kehidupan (faktor
    ekonomi).
  • 4. Agama Islam realitinya majoriti penduduk yg
    beragama Islam, sewajarnya hbgn etnik
    integrasi nasional serasi dgn majoriti pnduduk
    dan blh diterima oleh minoriti. Ketamadunan blh
    dikongsi bersama oleh seramai mungkin rakyat
    Malaysia.

13
  • 5. Wawasan yg dikongsi bersama kerana yg hendak
    diintegrasikan itu mesti mempunyai visi yg sama
    tentang hala tuju hasil integrasi yg
    dimahukan Wawasan 2020.
  • 6. Penggunaan Sains Teknologi Teknologi dpt
    menangani masalah hbgn etnik dan integrasi dgn
    berkesan. Cth penggunaan mykad utk mengatasi
    masalah imigresen, peningkatan interaksi maya
    dgn penggunaan teknologi tanpa wayar 3G,
    penerbangan yg lebih murah dan perkongsian laman
    web.
  • 7. Menerima perbezaan antara agama, menghormati
    perbezaan dan menghayati persamaan dalam etika
    dan moral.

14
  • CABARAN HUBUNGAN ETNIK
  • 1. Perbezaan pertentangan kepentingan di
    antara etnik.
  • i. Cabaran dalam aspek sosial
  • a. Pemisahan penempatan bukan shj boleh
    merenggangkan hbgn interaksi pelbagai
    etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan
    kekitaan etnosentrisme dlm kalangan
    anggota yg seterusnya menimbulkan
    prasangka, streotaip mengekalkan kejahilan
    di klgn etnik trhadp etnik yg lain.
  • b. Pengasingan sistem pendidikan interaksi
    hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.

15
  • ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
  • a. Perbezaan pekerjaan.
  • b. Dominasi sektor ekonomi wujudnya jurang
    pendapatan antara etnik merupakan cabaran
    yg sering membawa kpd ketidakstabilan
    masyarakat majmuk.
  • iii. Cabaran dari aspek politik.
  • - Politik perkauman menjadi lebih parah
    apabila isu-isu perkauman diperalatkan
    utk kepentingan sesuatu pihak dan
    mendapat sokongan rakyat.

16
  • 2. Perbezaan pertentangan nilai di antara
    etnik.
  • - Perbezaan dari segi agama, bahasa dan
    kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar
    apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum
    sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan
    pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga
    mewujudkan polarisasi antara etnik.
  • 3. Cabaran globalisasi.
  • - Proses globalisasi atau pembaratan corak
    hidup berasaskan gagasan ekonomi politik
    Barat sejagat.

17
  • - Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm
    rangka nilai kebebasan manusia masa kini,
    maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi
    manusia.
  • - Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya
    hedonisme nilai negatif, ekonomi bebas, sains
    teknologi yg memusnahkan, serta sistem
    politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia
    dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.
  • - Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus
    pembaratan dan globalisasi yg mendesak.
    Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg
    amat kuat deras, mengakibatkan lenyapnya

18
  • nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
    Barat diterima secara halus ke dalam
    masyarakat.
  • Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung
    dikawal akan menjurus kpd pembentukan semangat
    perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka
    mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan
    meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi
    mudah terjadinya konflik yg mengundang rusuhan
    kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa
    persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan
    dan terus dipercayai oleh sebahagian besar
    masyarakat Malaysia.

19
  • Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw
    hbgn etnik mengalami turun naik mengikut kategori
    baik, sederhana,dingin dan baik.

20
  • Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai
    faktor
  • - Faktor jangka panjang kesan dasar pecah
    perintah British.
  • - Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum cukup
    mantap dalam menangani masalah pembangunan
    sosioekonomi rakyat dan hbgn etnik.
  • - Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi dgn
    isu-isu perkauman sensitif spt bahasa, agama
    kedudukan istimewa Melayu.
  • - Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang
    perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan antara
    org Melayu dan bukan Melayu menimbukan rasa
    tidak puas hati org Melayu.

21
  • Iktibar drp Peristiwa 13 Mei 1969
  • 1. Kerosakan harta benda awam rusuhan itu tidak
    mendatangkan faedah kpd semua etnik, malah
    tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa
    terkorban (kematian 196 orang dan kecederaan
    493 orang) dan harta benda musnah.
  • 2. Perintah berkurung pgisytiharan darurat
    menyekat kebebasan dan pergerakan semua org utk
    menjalankan urusan, berinteraksi dan berniaga.

22
  • 3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan org
    Melayu belum terjamin dr segi ekonomi akan
    sia-sia shj kerana ia mengundang konflik
    perkauman berdarah.
  • Penghayatan Islam sbg kaedah penyelesaian.
  • - Sbg agama rasmi, kedudukan Islam harus
    mendapat tempat yg wajar dlm penyelesaian
    masalah seperti yg diperakui dlm Perlembagaan
    Malaysia.
  • - Ajaran Islam yg mengandungi norma-norma yg
    bercorak universal dan menentang paksaan
    terhadap orang bukan Islam sangat sesuai utk
    masyarakat berbilang kaum.

23
  • - Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan dan
    diterima dlm konteks penyelesaian cabaran yg
    wujud dlm hbgn etnik di Malaysia.
  • Sahifah Madinah / Piagam Madinah.
  • - Piagam yg digunakan semasa Nabi Muhammad
    mendirikan kerajaan di Madinah yg ketika itu
    wujud kepelbagaian etnik (golongan pendatang yg
    trdiri drp Yahudi Muhajirin, golongan tempatan
    Ansar, perbezaan dari segi agama spt Islam,
    Yahudi dan Kristian)

24
  • - Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi Muhammad
    telah memperkenalkan konsep perpaduan
    kesatuan dlm menyatukan org Islam dan bukan
    Islam yg tidak ada dlm mana2 negara atau agama
    lain.
  • Antara beberapa peraturan berhubung org bukan
    Islam ialah
  • i. Semua org bukan Islam penganut agama Yahudi
    dlm kalangan kabilah Arab Madinah hendaklah
    mengikut org Islam dan menolong mempertahankan
    negara bersama mereka dlm mana2 peperangan.
    Mereka tidak dibenarkan menolong orang Quraisy
    Mekah dan menghalang org Islam menyerang org
    Quraisy Mekah.

25
  • ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi
    hak kewarganegaraan dgn syarat mereka
    memutuskan segala hubungan atau ikatan dgn org
    Quraisy dan bersikap berkecuali.
  • iii. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama
    berhak mendapat pertolongan dan persamaan,
    tidak dizalimi dan diserang.
  • iv. Setiap orang hendaklah berpegang kpd agama
    mereka.
  • v. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada
    menuntut haknya apabila dicerobohi.

26
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com